Friday, 21 February 2020

Makan di Ombak Kitchen

Assalamualaikum.

Hello, hello! Siapa kat sini yang suka makan seafood spread? Siapa yang suka tu boleh geng babah didil hehehe. Kitorang nak share dengan korang satu tempat makan yang best dan sedap! Yesss serius sedap! Nama tempat makan tu adalah Ombak Kitchen. Yumssss!


Yang suka makan seafood spread ni kitorang suggest makan kat Omabk Kicthen sebab dia hidangkan seafood yang premium pada harga yang berpatutan. Yang penting semua fresh! Makan pun nak tambah nasi ok. Banyak pilihan sos yang boleh korang pilih ikut kesesuaian selera korang. Antara sos yang ada Creamy Tom Yam, Cheezy Zesty Lemon dan lain lain. Tapi top selling dia adalah Ombak Crazy Cajun. Haaa tu yang kitorang makan. Nak rasa terliur tengok video kat atas tu.

Korang boleh pilih kombo yang ada atau ala carte. Ikut citarasa dan pilihan apa yang korang suka. Yang penting harga sangat berbaloi. Apa yang menarik pasal makan kat Ombak Kitchen ni, korang kena makan pakai tangan jer. Sama macam tag line yang diorang gunakan #pakaitanganjer. Baru feeling kan makan pakai tangan. Hehehe

Ombak Kitchen ada 2 kedai, 1 kat Bukit Jelutung dan Bangsar. Kalau korang nak cuba datang, boleh la call untuk booking. Mana tau fully book ke. Baik call dulu sebelum sampai. Yang kitorang pergi ni kat bangsar. Tempat selesa, parking depan kedai je. Pekerja semua ramah, siap tolong ambilkan gambar lagi. Semua best lah!

Sekali lagi kitorang suggest korang datang makan kat Ombak Kitchen. Makan sekali mesti korang nak datang lagi nanti. Tak rugi sebab berbaloi dengan harga yang korang bayar. Sedap!

Ok itu saja perkongsian kali ni. Jangan lupa cuba dan pergi makan kat Ombak Kitchen ok!

Assalamualaikum.