Wednesday, 2 January 2019

Hari Pertama Fayyad Rayyan Masuk Sekolah

Assalamualaikum.

Hari ni 2 Januari 2019 hari pertama persekolahan untuk tahun 2019. Anak kitorang pun antara mereka yang masuk sekolah. Sekejap je rasanya, anak dah besar dan masuk sekolah. Pengalaman baru menguruskan anak nak masuk sekolah. Nasib baik baru masuk tadika. Belum sekolah rendah. Hehehe. Walaupun baru masuk tadika, macam macam ragam ok.

Si abang ok, si adik tu macam manja sikit. Nak ada babah dan mommy depan mata. Lama juga la tunggu nak ok. So far so good. Anak memberi kerjasama yang baik walaupun ada la sikit cranky. Biasa la tu, budak budak kan. Nah sedikit video pengalaman kitorang hantar anak kitorang pergi masuk sekolah.


Simpan video ni untuk tontonan masa depan. Harap nanti bila diorang besar boleh tengok balik macam mana perangai diorang masa hari pertama masuk sekolah. Hehehe. Babah dan mommy doakan Fayyad dan Rayyan rajin belajar masa kat sekolah. Amin. Ok itu saja perkongsian pengalaman kitorang hantar anak masuk sekolah. Jumpa di entry seterusnya!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment