Tuesday, 22 January 2019

Fatty Crabs Ampang

Assalamualaikum.

Kepada mereka yang suka makan ketam tu, korang patut cuba makan kat Fatty Crabs Ampang. Kitorang dah 2 kali pergi tau. First time datang rasa tak puas nak makan. Second time datang nak makan lagi puas. Hehehe!

Ada macam macam jenis masakan untuk ketam. Bukan takat ketam je, udang, sotong, ikan semua ada. Korang pasti akan puas hati makan sampai kenyang. Sedap dia memang boleh pergi berdesup. Harga pun berpatutan. Cerita banyak tak guna, korang tengok je la review kitorang masa makan dekat Fatty Crabs Ampang ni.


Kalau korang nak datang boleh je waze Fatty Crabs Ampang. Restoran ni betul betul depan hospital kpj ampang. Seberang jalan je dah sampai. Tak rugi kalau korang nak cuba sebab diorang masak sedap! Kitorang dah jadikan tempat wajib makan bila dapat gaji. Hehehe! Nanti dah cuba makan komen kat posting kitorang ni sedap ke tak ok!

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment