Tuesday, 29 January 2019

Koleksi Video Medley 12 Lagu #AJL33

Assalamualaikum.

Bahang #AJL33 makin terasa. 12 lagu akan berentap untuk menjulang takhta juara #AJL33. Korang rasa lagu mana yang akan jadi juara #AJL33? Sebelum kita tengok malam kemuncak #AJL33 pada 3 Feb 2019 ni. Jom kita layan video medley 12 lagu #AJL33 yang ada di youtube.





Korang suka video yang mana satu? Komen prediction korang kat ruangan komen dibawah siapa bakal jadi juara #AJL33.

Assalamualaikum.

Tuesday, 22 January 2019

Fatty Crabs Ampang

Assalamualaikum.

Kepada mereka yang suka makan ketam tu, korang patut cuba makan kat Fatty Crabs Ampang. Kitorang dah 2 kali pergi tau. First time datang rasa tak puas nak makan. Second time datang nak makan lagi puas. Hehehe!

Ada macam macam jenis masakan untuk ketam. Bukan takat ketam je, udang, sotong, ikan semua ada. Korang pasti akan puas hati makan sampai kenyang. Sedap dia memang boleh pergi berdesup. Harga pun berpatutan. Cerita banyak tak guna, korang tengok je la review kitorang masa makan dekat Fatty Crabs Ampang ni.


Kalau korang nak datang boleh je waze Fatty Crabs Ampang. Restoran ni betul betul depan hospital kpj ampang. Seberang jalan je dah sampai. Tak rugi kalau korang nak cuba sebab diorang masak sedap! Kitorang dah jadikan tempat wajib makan bila dapat gaji. Hehehe! Nanti dah cuba makan komen kat posting kitorang ni sedap ke tak ok!

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Wednesday, 2 January 2019

Hari Pertama Fayyad Rayyan Masuk Sekolah

Assalamualaikum.

Hari ni 2 Januari 2019 hari pertama persekolahan untuk tahun 2019. Anak kitorang pun antara mereka yang masuk sekolah. Sekejap je rasanya, anak dah besar dan masuk sekolah. Pengalaman baru menguruskan anak nak masuk sekolah. Nasib baik baru masuk tadika. Belum sekolah rendah. Hehehe. Walaupun baru masuk tadika, macam macam ragam ok.

Si abang ok, si adik tu macam manja sikit. Nak ada babah dan mommy depan mata. Lama juga la tunggu nak ok. So far so good. Anak memberi kerjasama yang baik walaupun ada la sikit cranky. Biasa la tu, budak budak kan. Nah sedikit video pengalaman kitorang hantar anak kitorang pergi masuk sekolah.


Simpan video ni untuk tontonan masa depan. Harap nanti bila diorang besar boleh tengok balik macam mana perangai diorang masa hari pertama masuk sekolah. Hehehe. Babah dan mommy doakan Fayyad dan Rayyan rajin belajar masa kat sekolah. Amin. Ok itu saja perkongsian pengalaman kitorang hantar anak masuk sekolah. Jumpa di entry seterusnya!

Assalamualaikum.