Thursday, 4 January 2018

Movie Review : Insidious: The Last Key

Assalamualaikum.

Pembukaan tahun 2018 dengan menonton filem seram Insidious : The Last Key. Dapat tiket tayangan perdana di GSC One Utama. Kitorang berkesempatan nak tengok. Ada ke yang takut nak tengok cerita seram? Macam mana agaknya filem ni? Seram ke tak? Takut ke tak? Ini adalah sedikit review dari kitorang lepas tengok filem Insidious : The Last Key.


Kita mulakan dengan jalan cerita. Jalan cerita yang sangat mudah untuk difahami. Secara ringkas cerita bermula bila Elise balik kembali ke rumah yang pernah dia tinggalkan dulu lepas ada orang call cakap  dia diganggu hantu. Elise tinggalkan rumah tu dulu sebab tak tahan kena dera dengan bapanya sendiri. Kenapa bapa dia dera? Sebab bapa dia tak percaya si Elise ni boleh nampak benda-benda (hantu). Mana cerita hantunya? Nak tau kena la tengok sendiri. Hehe.

Dari segi keseraman filem ni? Bagi kitorang, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab tak banyak scene suspen, jadi tak de la korang terkejut banyak kali. Tapi ternanti-nanti juga la apa yang akan jadi lepas tu. Kat belah mana hantu tu nak keluar. Huhuhu. Dari segi ketakutan pula, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab hantu tak banyak tunjuk muka sangat. Part last je baru hantu nak keluar. Hehehe.

Secara keselurahannya. Lakonan mantap dari semua pelakon. Jalan cerita yang mudah difahami. Tak berapa nak takut dan seram sangat (bagi kitorang). Dan yang paling penting macam ada rasa sedih sikit bila part ending. Haaaaaa. Tu korang akan rasa bila habis tengok cerita ni. Kitorang bagi 3 bintang. Yeayyy!

Rasanya tu je untuk review filem Insidious : The Last Key. Mungkin apa yang kitorang bagi ni tak berapa nak betul. Kalau korang nak tau lebih lagi kena la tengok sendiri kat pawagan ok. Dah tengok bagi komen kat kitorang. Nak feel lebih sikit? Meh tengok trailer filem ni.


Itu saja untuk movie review kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment