Wednesday, 24 January 2018

Movie Review : Maze Runner the Death Cure

Assalamualaikum.

Masa untuk movie review! Kali ni kitorang dapat movie premiere Maze Runner the Death Cure. Siapa kat sini peminat filem Maze Runner? Sep sikit! Tanpa buang masa jom baca review dari kitorang ni. Harap dapat la membantu korang untuk lebih semangat nak tengok filem ni. Hahaha! But.... simple review je ya.


Sinopsis filem ni simple je. Nak selamatkan kawan si Minho dari WCKD. Thomas dan geng yang lain terpaksa masuk ke Last City untuk selamatkan Minho ni. Dalam masa yang sama si Teresa berusaha mencari penawar kepada virus yang ada. Lepas tu apa jadi? Korang kena la tengok sendiri untuk tau cerita seterusnya. Hahaha! Apa apa pun jalan cerita yang mudah untuk difahami dan tak berat kepala nak fikir.

Overall filem ni best dan tak mengecewakan. Grafik semua tip top. Pelakon pun best. Nak komen lebih-lebih pun tak best. Baik korang tengok sendiri. Baru puas hati. Tapi yang tak bestnya Newt dan Teresa mati. Hahahaha! Seperti biasa ending yang happy walaupun ada yang mati. Sobsobsob! Kitorang bagi 4/5 bintang. Yeayyy!

Mungkin ni adalah lite review untuk korang semua. Pergi panggung wayang sekarang dan tengok ok! Jumpa kat movie review yang lain ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, 9 January 2018

8 Jenis Reaksi Bila Tengok MV Abang Nak Tegur 3.0

Assalamualaikum.

Apa reaksi korang bila tengok muzik video Abang Nak Tegur 3.0? Haaaa. Mungkin ada yang suka ada yang tak suka. Betul? Tak kisah la apa reaksi korang. Janji korang enjoy tengok muzik video tu. Ni mungkin antara reaksi bila korang tengok muzik video Abang Nak Tegur 3.0.


Korang jenis yang mana satu? Kongsikan dengan kitorang. Hehe. Apa-apa pun video ni hanya sekadar hiburan. Terima kasih geng youtube kitorang sudi colab.

Assalamualaikum.

Thursday, 4 January 2018

Movie Review : Insidious: The Last Key

Assalamualaikum.

Pembukaan tahun 2018 dengan menonton filem seram Insidious : The Last Key. Dapat tiket tayangan perdana di GSC One Utama. Kitorang berkesempatan nak tengok. Ada ke yang takut nak tengok cerita seram? Macam mana agaknya filem ni? Seram ke tak? Takut ke tak? Ini adalah sedikit review dari kitorang lepas tengok filem Insidious : The Last Key.


Kita mulakan dengan jalan cerita. Jalan cerita yang sangat mudah untuk difahami. Secara ringkas cerita bermula bila Elise balik kembali ke rumah yang pernah dia tinggalkan dulu lepas ada orang call cakap  dia diganggu hantu. Elise tinggalkan rumah tu dulu sebab tak tahan kena dera dengan bapanya sendiri. Kenapa bapa dia dera? Sebab bapa dia tak percaya si Elise ni boleh nampak benda-benda (hantu). Mana cerita hantunya? Nak tau kena la tengok sendiri. Hehe.

Dari segi keseraman filem ni? Bagi kitorang, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab tak banyak scene suspen, jadi tak de la korang terkejut banyak kali. Tapi ternanti-nanti juga la apa yang akan jadi lepas tu. Kat belah mana hantu tu nak keluar. Huhuhu. Dari segi ketakutan pula, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab hantu tak banyak tunjuk muka sangat. Part last je baru hantu nak keluar. Hehehe.

Secara keselurahannya. Lakonan mantap dari semua pelakon. Jalan cerita yang mudah difahami. Tak berapa nak takut dan seram sangat (bagi kitorang). Dan yang paling penting macam ada rasa sedih sikit bila part ending. Haaaaaa. Tu korang akan rasa bila habis tengok cerita ni. Kitorang bagi 3 bintang. Yeayyy!

Rasanya tu je untuk review filem Insidious : The Last Key. Mungkin apa yang kitorang bagi ni tak berapa nak betul. Kalau korang nak tau lebih lagi kena la tengok sendiri kat pawagan ok. Dah tengok bagi komen kat kitorang. Nak feel lebih sikit? Meh tengok trailer filem ni.


Itu saja untuk movie review kali ni.

Assalamualaikum.