Thursday, 27 December 2018

Vlog Upin Ipun Fun Run 2018

Assalamualaikum.

Yes! Kitorang berkesempatan untuk sertai #UpinIpinFunRun2018 hari tu. Dapat la luangkan masa dengan anak-anak bawa beriadah. Walaupun diorang bukan faham sangat pun. Tapi masa yang diluangkan tu lebih penting. Alhamdulillah kitorang berjaya habiskan larian 3km tu. Tak lari pun. Jalan je sebenarnya. Hehehe! Ni ada sedikit vlog masa kitorang lari. Enjoy!


Harap tahun depan kitorang akan sertai lagi larian macam ni. Akan cuba cari dan curi masa untuk beriadah dengan anak-anak. Best!!! Sebab dapat keluar peluh walaupun penat. hehehe! Ok itu je.

Assalamualaikum.

Friday, 30 November 2018

Hidup Lepas Kahwin : Managing People Expectation

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian pendapat dan pandangan tentang topik Managing People Expection selepas kahwin. Mungkin betul mungkin tak betul. Korang ambil yang positif je ok. Mana tau membantu korang yang nak kahwin. Nak tau life lepas kahwin camne. Ok? Enjoy the video.



Dont forget to subscribe our youtube channel. Pastu jangan lupa juga follow kitorang dekat instagram dan juga twitter.

Assalamualaikum.

Friday, 12 October 2018

Upin & Ipin Fun Run 2018

Assalamualaikum.

Untuk mereka yang dah berkeluarga dan ada anak anak kecil comel. Apa kata korang sertai Upin & Ipin Fun Run 2018 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang pada 23 Disember 2018. Bestnya! Boleh la korang sekeluarga lari dengan Upin & Ipin nanti.

Pendaftaran dah dibuka. Cepat register kat sini. Kategori dan bayaran camne pula? Haaa korang boleh tengok gambar kat bawah ni. Baju dan medal pun comel!




Jangan lepaskan peluang untuk sertai Upin & Ipin Fun Run 2018 ni ok. InsyaAllah kitorang pun nak sertai. Boleh la sama sama sihat sambil beriadah dengan anak anak. Yeayyy! Ok itu saja perkongsian kali ni.


Assalamualaikum.

Monday, 27 August 2018

Rumah Sky Awani Sentul

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Rasanya macam dah lama tak update kat blog ni. Hahaha! Agak sibuk dengan life dan membesarkan anak-anak. Tak sempat nak ketuk blog ni. Maaf ya! Kali ni kitorang update ya. Untuk pengetahuan korang kitorang ada beli rumah di Sky Awani Sentul. Ini Sky Awani Sentul fasa 1 sebab dah ada Sky Awani 2 dan 3. Jadi untuk entry kali ni kitorang nak tunjuk apa yang best kat Sky Awani ni. Harap korang enjoy! Layan video yang kitorang buat ni. Lebih senang korang nak tengok dari baca entry ni. Hahahaha.




InsyaAllah lepas renovate kitorang akan pindah duduk sini secara tetap. Paling awal awal bulan 12 InsyaAllah. Penantian 3 tahun untuk duduk rumah sendiri. Alhamdulillah!

Ok lah sekian saja update untuk entry kali ni. Nantu kitorang update lagi eh!
Assalamualaikum.

Tuesday, 5 June 2018

Koleksi Iklan Hari Raya 2018

Assalamualaikum.

Raya dah nak dekat ni, yang dinanti dan ditunggu mesti la iklan raya dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Agaknya best ke tak iklan raya tahun ni? Hehehe. Jom kita layan antara iklan raya yang ada untuk tahun 2018!

TNB

MALAYSIA AIRLINES

ASTRO GEMPAK

SAMSUNG

HOT FM

HABIB

LAZADA MALAYSIA

TRAVELOKA

ASTRO CERIA

YAKULT

WATSON

Korang rasa iklan mana yang best tahun ni? Kongsikan dengan kitorang. Selamat hari raya!

Assalamualaikum.

Thursday, 22 February 2018

Top 10 Selebriti Malaysia Pengikut Paling Ramai di Instagram

Assalamualaikum.

Kepada yang suka main Instagram tu korang kena ambil tahu pasal benda ni. Kalau tak jangan main Instagram. Hahaha! Take it as general knowledge ya untuk keep updated. Siapa yang ada di top 10 selebriti Malaysia pengikut paling ramai di Instagram? Jom layan video ni.


Korang dah follow semua belum? Hehehe. Kalau belum cepat follow sekarang! Jumpa lagi untuk entry seterusnya.

Assalamualaikum.

Thursday, 15 February 2018

Koleksi Iklan Tahun Baru Cina 2018

Assalamualaikum.

Tahun baru cina 2018 ni banyak juga iklan yang keluar. Seperti biasa rakyat Malaysia ramai yang menunggu apa yang best iklan di kaca tv. Jom kita layan antara iklan Tahun Baru Cina untuk tahun 2018!


TNB

PETRONAS

NISSAN MALAYSIA

THE STAR ONLINE

SETIA

DAIKIN MALAYSIA

PENSONIC MALAYSIA

AIR ASIA

GAMUDA LAND

MUDAH.MY

AIA MALAYSIA

UNIFI

TREVELOKA

Korang suka iklan yang mana satu? Meh share komen korang dekat ruang komen ya. Apa-apa pun selamat bercuti dan selamat Tahun Baru Cina 2018!

Assalamualaikum.

Wednesday, 24 January 2018

Movie Review : Maze Runner the Death Cure

Assalamualaikum.

Masa untuk movie review! Kali ni kitorang dapat movie premiere Maze Runner the Death Cure. Siapa kat sini peminat filem Maze Runner? Sep sikit! Tanpa buang masa jom baca review dari kitorang ni. Harap dapat la membantu korang untuk lebih semangat nak tengok filem ni. Hahaha! But.... simple review je ya.


Sinopsis filem ni simple je. Nak selamatkan kawan si Minho dari WCKD. Thomas dan geng yang lain terpaksa masuk ke Last City untuk selamatkan Minho ni. Dalam masa yang sama si Teresa berusaha mencari penawar kepada virus yang ada. Lepas tu apa jadi? Korang kena la tengok sendiri untuk tau cerita seterusnya. Hahaha! Apa apa pun jalan cerita yang mudah untuk difahami dan tak berat kepala nak fikir.

Overall filem ni best dan tak mengecewakan. Grafik semua tip top. Pelakon pun best. Nak komen lebih-lebih pun tak best. Baik korang tengok sendiri. Baru puas hati. Tapi yang tak bestnya Newt dan Teresa mati. Hahahaha! Seperti biasa ending yang happy walaupun ada yang mati. Sobsobsob! Kitorang bagi 4/5 bintang. Yeayyy!

Mungkin ni adalah lite review untuk korang semua. Pergi panggung wayang sekarang dan tengok ok! Jumpa kat movie review yang lain ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, 9 January 2018

8 Jenis Reaksi Bila Tengok MV Abang Nak Tegur 3.0

Assalamualaikum.

Apa reaksi korang bila tengok muzik video Abang Nak Tegur 3.0? Haaaa. Mungkin ada yang suka ada yang tak suka. Betul? Tak kisah la apa reaksi korang. Janji korang enjoy tengok muzik video tu. Ni mungkin antara reaksi bila korang tengok muzik video Abang Nak Tegur 3.0.


Korang jenis yang mana satu? Kongsikan dengan kitorang. Hehe. Apa-apa pun video ni hanya sekadar hiburan. Terima kasih geng youtube kitorang sudi colab.

Assalamualaikum.

Thursday, 4 January 2018

Movie Review : Insidious: The Last Key

Assalamualaikum.

Pembukaan tahun 2018 dengan menonton filem seram Insidious : The Last Key. Dapat tiket tayangan perdana di GSC One Utama. Kitorang berkesempatan nak tengok. Ada ke yang takut nak tengok cerita seram? Macam mana agaknya filem ni? Seram ke tak? Takut ke tak? Ini adalah sedikit review dari kitorang lepas tengok filem Insidious : The Last Key.


Kita mulakan dengan jalan cerita. Jalan cerita yang sangat mudah untuk difahami. Secara ringkas cerita bermula bila Elise balik kembali ke rumah yang pernah dia tinggalkan dulu lepas ada orang call cakap  dia diganggu hantu. Elise tinggalkan rumah tu dulu sebab tak tahan kena dera dengan bapanya sendiri. Kenapa bapa dia dera? Sebab bapa dia tak percaya si Elise ni boleh nampak benda-benda (hantu). Mana cerita hantunya? Nak tau kena la tengok sendiri. Hehe.

Dari segi keseraman filem ni? Bagi kitorang, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab tak banyak scene suspen, jadi tak de la korang terkejut banyak kali. Tapi ternanti-nanti juga la apa yang akan jadi lepas tu. Kat belah mana hantu tu nak keluar. Huhuhu. Dari segi ketakutan pula, kitorang bagi 3 bintang dari 5 bintang. Sebab apa? Sebab hantu tak banyak tunjuk muka sangat. Part last je baru hantu nak keluar. Hehehe.

Secara keselurahannya. Lakonan mantap dari semua pelakon. Jalan cerita yang mudah difahami. Tak berapa nak takut dan seram sangat (bagi kitorang). Dan yang paling penting macam ada rasa sedih sikit bila part ending. Haaaaaa. Tu korang akan rasa bila habis tengok cerita ni. Kitorang bagi 3 bintang. Yeayyy!

Rasanya tu je untuk review filem Insidious : The Last Key. Mungkin apa yang kitorang bagi ni tak berapa nak betul. Kalau korang nak tau lebih lagi kena la tengok sendiri kat pawagan ok. Dah tengok bagi komen kat kitorang. Nak feel lebih sikit? Meh tengok trailer filem ni.


Itu saja untuk movie review kali ni.

Assalamualaikum.