Tuesday, 26 September 2017

Travel ke Siem Reap Cambodia (Angkor Wat & Ta Prohm)

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian buat semua pembaca yang ingin bercuti ke Siem Reap, Kemboja. Mungkin tak banyak info boleh dikongsi tapi kitorang akan kongsi mana yang kitorang tahu ya. Kepada yang dah beli tiket tu. Teruskan membaca.

Trip ke kemboja ni babah didil pergi dengan kawan-kawan dia. Yer, mommy dan khaleeshs kena tinggal. Hehehe #allboysweekedtrip katanya. Jadi cerita pertama pasal tiket kapal terbang la. Korang boleh beli ikut masa yang korang nak. Untuk trip ni kitorang beli melalui Air Asia Go. Berapa harga tiket dah hotel? Masa kitorang beli tu harga dia RM650 termasuk insurans. Agak mahal sebenarnya. Boleh dapat dalam RM350+ hingg RM450+ je rasanya kalau beli ikut timing yang tengah murah. Sebab masa sehari sebelum kitorang pergi tu harga tiket turun jadi RM350+. Murah kan?! Moral of the story kalau dapat timing tengah murah, beli je terus. Jangan tangguh sebab harga dia akan beruabah ubah ikut masa.

Nak ke Kemboja, kena tukar duit USD. Currency sekarang 1USD : RM4.25. Agak mahal. Kat Kemboja ada je mata wang diorang tapi diorang lebih guna USD. Jadi sebelum ke Kemboja tukar duit siap siap ke USD ya. Macam mana perbelanjaan di sana? Perbelanjaan ikut budget masing-masing. Nak shopping atau nak berjalan jalan atau sebaliknya. Tapi kitorang ke Siem Reap ni sebab nak tengok Angkor Wat. Jadi perbelanjaan tak banyak sangat. Untuk pengetahuan korang, trip ni kitorang pegi 3 hari 2 malam.

Hari Pertama.

Flight ke Kemboja awal pagi jam 6.50 pagi. Sampai sana jam 8.50 pagi. Tapi waktu kemboja 7.50 pagi sebab kat Kemboja lambat 1 jam. Sampai airport sana, kitorang disambut oleh pemandu dari hotel. Kalau korang tak ada yang amek kat airport, korang boleh guna tuk tuk. Bayaran tuk tuk sekitar 4USD - 5USD. Kitorang duduk dekat Angkor Elysium Hotel. Dekat je dengan airport. 5 minit je dah sampai. 

Di airport Siem Reap

Sampai hotel kitorang terus check in, sarapan dan rehat. Lepas rehat baru pergi ke bandar untuk makan tengahari dan jalan jalan. Sempat juga tengok bandar Siem Reap, pergi Hard Rock Cafe dan singgah Angkor National Museum. Dah habis lepak kat bandar, balik hotel balik untuk rehat lagi. Malam baru keluar lagi untuk sambung jalan-jalan dan makan malam.

Di Angkor National Museum dan Hard Rock Cafe

Night live kat Siem Reap memang tak hambar sebab korang boleh pergi Night Market dan juga Pub Street. Tempat ni memang hidup la untuk yang suka enjoy. Hari pertama tak ada apa yang menarik sangat, hanya chill saja untuk tengok apa yang best kat bandar Siem Reap. Oh ya, masa kitorang pergi ni tengah musim hujan. Malam tu hujan ok, tapi tetap berjalan.

Hari kedua.

Kitorang bangun 6.00 pagi untuk sarapan dan bergerak ke Angkor Wat. Niat hati nak bangun lagi awal jam 5.00 pagi untuk tengok sunrise kat Angkor Wat. Tapi sebab tengah musim hujan, matahari pun tak timbul. Jadi kitorang tak pergi awal pagi nak tengok sunrise tu. Gerak ke Angkor Wat jam 7.00 pagi. Masa ni pun dah mendung ya. Sebelum masuk ke Angkor Wat, kena beli tiket dulu. Harga tiket untuk masuk Angkor Wat dan temple sekitar Siem Reap adalah 37USD (pas sehari). Kalau pas untuk 3 hari harga lain. Korang kena beli sendiri tiket tu sebab nak kena ambil gambar. Tak bole suruh orang lain belikan. Lepas beli tiket terus ke Angkor Wat. Perjalanan nak ke Angkor Wat tak jauh pun. Dalam 15-25 minit dah sampai. Kitorang decide nak pergi 3 temple je sebab kalau nak pergi semua temple macam tak sempat untuk sehari. Kitorang mula mula pergi Angkor Wat. Sampai Angkor Wat. Yes! Ramai orang ok. Jadi pandai-pandai la bawa diri. Cerita lebih korang kena tengok video yang babah didil dah buat.

Di Ta Prohm temple

Lepas habis jalan jalan Angkor Wat, pergi temple Ta Prohm tempat filem Tomb Raider tu. Tapi masa ni dah hujan la. Huhuhu. Walaupun hujan, tetap redah juga ok. Apa yang best kat Ta Prohm ni? Tengok la video ya. Hehehe. Kitorang decide pergi 2 temple saja sebab hujan dan keadaan temple yang lecak susah nak jalan. Walaupun tak pergi semua temple, kitorang berpuas hati dapat pergi temple yang "must visit" bak kata orang kalau ke Siem Reap. Habis pergi Angkor Wat dan Ta Prohm, kitorang terus ke bandar untuk sambung jalan jalan dan makan tengahari. Sempat juga pergi urut kaki. Penat berjalan katanya. Lewat petang baru gerak balik hotel untuk berehat. Malam sambung balik jalan kat bandar pergi Pub Street dan night market untuk beli cenderahati.

Hari Ketiga.

Bangun awal pagi sebab flight balik KL jam 7.50 pagi. Check out dari hotel dan pihak hotel sediakan breakfast box. Nak ke airport pun transportation free. Layanan dan servis yang baik dari Angkor Elysium Hotel. Kitorang bagi 4 bintang. kalau korang plan nak ke Siem Reap ni pergi la duduk hotel ini. Memang best! Dah sampai airport lepak lepak tunggu fight ke Kl. Bila dah sampai KL, berakhirlah trip ke Siem Reap Kemboja ni. Yeayyy!

Harap sedikit perkongsian info ni dapat membantu korang. Mungkin tak banyak info yang korang dapat tapi, ada la juga kan sikit sikit. Hahaha! Jadi selamat bercuti pada sesiapa yang nak ke Siem Reap ni ya. Pengalaman yang best berada di negara orang. Siem Reap Kemboja, CHECKED!

Untuk gambaran lebih best. Layan la video yang dah babah didil buat ni. Selamat menonton!


Hari pertama

Hari kedua

Oh ya, jumlah perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam di Siem Reap, babah didil habis USD99 saja, bersamaan RM420.75. Dapat la guna untuk 2 kali makan di Hard Rock Cafe, 1 kali makan dan minum di Coffe Bean, pas 1 hari ke Angkor Wat dan pengangkutan ke Angkor Wat, urut kaki dan bayar tuk tuk. Sekian saja perkongsian di Siem Reap, Kemboja. Jumpa di destinasi yang lain ya. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Agak murah gak perbelanjaan minus flight. Hotel cam besh. Menariks!!!

    ReplyDelete
  2. boleh lagi murah kalau proper plan. huhu

    ReplyDelete
  3. Saya sdg bercuti di Siem Reap ketika ini. Lokasi yang amat menarik dikunjungi. Saya ingin recommend seorang Driver tuk tuk beragama islam. Nama beliau adalah Muslim. Beliau blh bertutur bahasa melayu dgn fasih. Abang beliau ada restoran halal disini dgn harga makanan yg berpatutan. Seorang yg amat jujur. Beliau telah lindungi saya drpd scam di tasik tonle sap. Beliau caj 30usd shj utk service 2 hari dan bawa saya ke semua lokasi menarik di sini (pagi smpi ke malam) . Beliau juga kenal ramai peniaga2 disini dan bantu saya untuk menawar harga. Tuan2 blh hubungi dia ditalian +85599302210.

    ReplyDelete
  4. Salam pelancongan semua,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Siem Reap.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Siem Reap. Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete