Tuesday, 18 April 2017

Rayyan Kena Epilepsy

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian apabila Rayyan kena epilepsy. Apa itu epilepsy? Secara ringkas Epilepsy - pergerakan aneh, pengsan dan sawan. Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku didalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalan tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak diam seketika, tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran, kaki dan tangan menjadi keras/kejang, kaki dan tangan menyentak-yentak atau tiba-tiba jatuh ke lantai.

Inilah cerita macam mana Rayyan boleh kena. Kitorang dapat panggilan dari rumah pengasuh yang menyatakan Rayyan lain macam (ada tanda-tanda epilepsy). Orang yang jaga anak kitorang telefon suruh kitorang datang tengok sendiri keadaan Rayyan. Masa sampai kat rumah pengasuh Rayyan dah lemah dan tidak bermaya. Kitorang pun tak jangkan benda ni akan berlaku dan kena pada Rayyan. Ye la, Rayyan tak demam apa-apa langsung. Masa hantar kat rumah pengasuh pun dia aktif. Semua berlaku dengan begitu pantas.

Masa nak bawa ke hospital dalam keadaan cemas, kitorang hanya mampu berdoa Rayyan tak apa-apa. Ye la tak pernah lalui situasi macam ni. Bawa kereta pun macam orang gila sebab nak cepat takut dan risau sangat keadaan Rayyan yang lemah tak bermaya. Dalam otak kitorang tak fikir apa. Masih tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni. Jantung macam nak jatuh masa tengok Rayyan lemah tak bermaya. Sampai hospital terus masuk tempat kecemasan. Doktor periksa dan beri ubat. Lepas 5 minit doktor periksa diorang cakap Rayyan kena epilepsy. Syukur Rayyan tak apa-apa.


Kitorang minta doktor buat pemeriksaan lanjut dengan lebih teliti. Buat x-ray dan ct scan untuk otak. Epilepsy ni bahaya sebab melibatkan otak. Lebih baik periksa je semua untuk elak benda-benda tak elok jadi in future. Lepas periksa semua doktor cakap Rayyan tak apa-apa. Tiada pendarahan atau kecederaan kat kepala Rayyan. Syukur!


Lepas selesai periksa semua, doktor nasihatkan Rayyan kena tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Tapi masalahnya hospital yang kitorang pergi tu tak ada bilik kosong (Hospital Columbia Setapak). Kitorang minta pindahkan Rayyan ke hospital yang lain untuk pemerikasaan lanjut. Kitorang pindahkan Rayyan ke Prince Court KL.

Sampai di Prince Court, Rayyan kena buat pemeriksaan sekali lagi untuk pengesahan dia kena epilepsy. Sejam juga la buat pemeriksaan baru la Rayyan dapat masuk wad untuk pemerhatian seterusnya. Doktor datang periksa dan cakap esok kena buat EEG test untuk periksa kalau ada elektrik berlebihan dalam sel otak Rayyan. 


Esoknya Rayyan kena buat EEG test. Kalau nak buat EEG test ni kena dalam keadaan tidur. Rayyan mula-mula tidur. Tapi masa pasang wayar-wayar tu dia terbangun. Agak susah juga bila Rayyan tak selesa bila dipasangkan wayar sekitar kepala dia. Untuk buat EEG test ni sekurang-kurangnya kena 30 minit dalam keadaan tidur. Alhamdulillah Rayyan dapat buat EEG test dalam masa 1 jam walaupun pada mulanya Rayyan menangis tak selesa.


Lepas sehari duduk dekat wad, Rayyan beransur pulih. Nampak la Rayyan makin ceria dan ada interaksi dengan kitorang. Lebih aktif dari hari sebelumnya. Makan dan minum pun tiada masalah. Cuma Rayyan tak nak minum susu dan berak untuk 2 hari tu. Doktor cakap Rayyan kena monitor takut akan jadi lagi nanti. Kena lebih berjaga-jaga la. Result EEG test pun Alhamdulillah semua baik dan normal. Tak ada apa yang serius. Syukur!


Lepas 4 hari 3 malam kat hospital, Rayyan dah boleh discharge. Yeayyy! Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Rayyan. Tak lupa juga yang datang melawat Rayyan. Terima kasih sangat-sangat. Apa yang boleh kitorang cakap kalau apa yang jadi pada anak kita, kita kena sentiasa sabar dan jangan cepat mengelabah. Faham sangat, keadaan cemas kan kadang-kadang tak boleh berfikir dengan betul tapi kalau boleh cuba jangan terlalu emosi nanti akan jadi lebih teruk. Sentiasa positif dan berdoa.

Itu saja kali ni. Ini sedikit perkongsian tentang epilepsy yang terjadi pada anak kitorang. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh google atau rujuk pakar yang lebih arif tentang epilepsy ni. Teruskan doa Rayyan tak akan kena balik epilepsy ni. Amin.

Sekian saja, assalamualaikum.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete