Friday, 6 January 2017

Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati (Dr Hasmawati)

Assalamualaikum.

Siapa yang cari klinik pakar kanak-kanak area KL ni, kitorang cadangkan korang datang ke Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati. Kenapa kitorang cadangkan datang sini? Sebab doktor dia sangat-sangat bagus. Bagus macam mana ya?

Anak kitorang, Rayyan macam tak sihat. Mula-mula bawa pergi klinik biasa. Doktor periksa cuma kena demam biasa dan tonsil bengkak. Esoknya pula tiba-tiba naik bintik-bintik merah sekitar bawah mulut. Selera makan kurang dan minum susu pun tak nak. Malam susah tidur dan air liur asyik keluar je. Sebab risaukan kesihatan Rayyan ni, kitorang bawa la ke Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati ni. 


Datang awal ya untuk mengelakkan ramai orang. Sebelum klinik buka pun dah ramai yang beratur. Hehehe. Kitorang mulu-mula suspek Rayyan macam kena HFMD sebab tanda-tanda tu dah ada. Nak kepastian tu pergi klinik. Lepas jumpa doktor Hasmawati dan dia check Rayyan, memang confirm Rayyan kena HFMD. Banyak ulser dalam mulut Rayyan. Doktor bagi nasihat dan tips pada kitorang untuk cepat baik semua. Macam bagi aiskrim vanila untuk cepatkan baik dan tips lain. Sangat-sangat bagus ya doktor ni. Apa yang kitorang ingat, kalau anak-anak sakit paling penting sekali "ibubapa jangan terlebih emosi" sebab benda tu akan effect anak-anak kita. 

Tentang bayaran pula, bergantung pada sakit anak-anak kita. Macam Rayyan kena dalam RM200-250 sebab banyak ubat yang perlu diberi. Tak apa, janji anak sihat. Tu yang paling penting. Tapi rasanya harga bayaran kalau datang sini memang berpatutan. Boleh la cuba datang nanti ok.


Kalau korang nak datang boleh la ke alamat ni No 21,Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Boleh telefon 03-41051962 untuk maklumat lanjut. Klinik beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat), 9.00 pagi hingga 1 petang (Sabtu) dan hari ahad tutup.

Apa-apa pun kitorang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Doktor Hasmawati ni. Kalau anak korang sakit ke apa, boleh la cuba datang ya. Sekian saja perkongsian kitorang untuk kali ni.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Waktu Operasi pada bulan Ramadhan 2018 ialah:

    Isnin-Jumaat
    8:30am-3:00pm

    Sabtu
    9:00am-1:00pm

    Klinik Ditutup pada Hari Raya Aidilfitri dari:

    11.6.18 - 22.6.18 dan akan dibuka pada 23.6.18 (Sabtu)

    ReplyDelete