Monday, 18 December 2017

Tips Online Shopping Kat Lazada

Assalamualikum.

Siapa kat sini suka online shopping. Entry kali ni kitorang nak kasi sedikit tips camne nak online shopping dengan pulangan yang baik untuk korang semua. Mungkin korang dah tau tips ni. Kalau dah tau buat-buat tak tau ok. Kalau tak tau lagi, jom tengok tips yang selalu kitorang buat bila online shopping kat lazada.


Senang dan mudah kan? Kitorang harap tips online shopping ni dapat membantu korang bila nak online shopping tu. Kalau berguna jangan lupa share pada kawan kawan korang ya. Itu saja perkongsian untuk entry kali ni Selamat shopping!

Assalamualikum.

Monday, 23 October 2017

IDAYU Juara #AFMEGASTAR 2017

Assalamualaikum.

Korang tengok ke tak konsert final #AFMEGASTAR 2017? Menampilkan 5 finalis Bob, Idaya, Marsha, Syamel dan Shahir. Rata-rata kesemua peserta memberikan persembahan dan persaingan yang baik untuk merebut gelaran juara. Siapakah juara #AFMEGASTAR 2017?


Ini adalah keputusan akhir #AFMEGASTAR 2017.  Juara #AFMEGASTAR 2017 milik IDAYU. Tiada tempat ke dua, ke tiga, ke empat dan ke lima. Selain itu ada juga 2 anugerah sampingan iaitu anugerah The Ultimate Performer dimenangi oleh Syamel dan anugerah terlajak laris dimenangi oleh Marsha melalui like terbanyak di Instagram Dato' Alif Syukri. Tahniah buat juara dan kesemua finalis #AFMEGASTAR2017. Finalis yang mantap!

Assalamualaikum.

Monday, 16 October 2017

Manggo Float Royale Melaka

Assalamualaikum.

Pernah cuba minum Manggo Float Royale (MFR) Melaka? Kalau belum cuba korang kena tengok video yang kitorang buat ni. Kitorang bagi review yang sangat ikhlas lepas minum MFR ni. Jom tengok sekarang!


Jadi macam mana? Terliur tak lepas tengok video yang kitorang buat ni? Hehehe. Kalau korang ke Melaka jangan lupa singgah dan cuba ok. Lokasi MFR ni terletak di Kampung Sungai Putat Melaka. Waze je, confirm jumpa. Setiap satu gelas MFR cuma RM5.00. Jangan lupa cuba nanti!

Itu saja perkongsian untuk kali ni. Ada lagi tempat best untuk kitorang terjah? Komen dekat bawah ok.

Assalamualaikum.

Thursday, 28 September 2017

Resepi Sushi Popia Goreng Yeayyy

Assalamualaikum.

Nak cuba resipi baru? Apa kata cuba resepi ni. Yang tak suka makan sushi terus jadi suka makan sushi. Mungkin pelik tapi dah dijadikan ala rasa Malaysia gitu. Hahaha! Apa la kitorang merepek ni. Nak tau camne nak buat resepi sushi popia goreng yeayy ni. Sila klik video dibawah.


Macam mana? Senang tak nak buat. Harap korang cuba la buat resepi ni ya. Dah buat dan rasa nanti komen dekat ruang komen dibawah bagi pendapat korang. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Tuesday, 26 September 2017

Travel ke Siem Reap Cambodia (Angkor Wat & Ta Prohm)

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian buat semua pembaca yang ingin bercuti ke Siem Reap, Kemboja. Mungkin tak banyak info boleh dikongsi tapi kitorang akan kongsi mana yang kitorang tahu ya. Kepada yang dah beli tiket tu. Teruskan membaca.

Trip ke kemboja ni babah didil pergi dengan kawan-kawan dia. Yer, mommy dan khaleeshs kena tinggal. Hehehe #allboysweekedtrip katanya. Jadi cerita pertama pasal tiket kapal terbang la. Korang boleh beli ikut masa yang korang nak. Untuk trip ni kitorang beli melalui Air Asia Go. Berapa harga tiket dah hotel? Masa kitorang beli tu harga dia RM650 termasuk insurans. Agak mahal sebenarnya. Boleh dapat dalam RM350+ hingg RM450+ je rasanya kalau beli ikut timing yang tengah murah. Sebab masa sehari sebelum kitorang pergi tu harga tiket turun jadi RM350+. Murah kan?! Moral of the story kalau dapat timing tengah murah, beli je terus. Jangan tangguh sebab harga dia akan beruabah ubah ikut masa.

Nak ke Kemboja, kena tukar duit USD. Currency sekarang 1USD : RM4.25. Agak mahal. Kat Kemboja ada je mata wang diorang tapi diorang lebih guna USD. Jadi sebelum ke Kemboja tukar duit siap siap ke USD ya. Macam mana perbelanjaan di sana? Perbelanjaan ikut budget masing-masing. Nak shopping atau nak berjalan jalan atau sebaliknya. Tapi kitorang ke Siem Reap ni sebab nak tengok Angkor Wat. Jadi perbelanjaan tak banyak sangat. Untuk pengetahuan korang, trip ni kitorang pegi 3 hari 2 malam.

Hari Pertama.

Flight ke Kemboja awal pagi jam 6.50 pagi. Sampai sana jam 8.50 pagi. Tapi waktu kemboja 7.50 pagi sebab kat Kemboja lambat 1 jam. Sampai airport sana, kitorang disambut oleh pemandu dari hotel. Kalau korang tak ada yang amek kat airport, korang boleh guna tuk tuk. Bayaran tuk tuk sekitar 4USD - 5USD. Kitorang duduk dekat Angkor Elysium Hotel. Dekat je dengan airport. 5 minit je dah sampai. 

Di airport Siem Reap

Sampai hotel kitorang terus check in, sarapan dan rehat. Lepas rehat baru pergi ke bandar untuk makan tengahari dan jalan jalan. Sempat juga tengok bandar Siem Reap, pergi Hard Rock Cafe dan singgah Angkor National Museum. Dah habis lepak kat bandar, balik hotel balik untuk rehat lagi. Malam baru keluar lagi untuk sambung jalan-jalan dan makan malam.

Di Angkor National Museum dan Hard Rock Cafe

Night live kat Siem Reap memang tak hambar sebab korang boleh pergi Night Market dan juga Pub Street. Tempat ni memang hidup la untuk yang suka enjoy. Hari pertama tak ada apa yang menarik sangat, hanya chill saja untuk tengok apa yang best kat bandar Siem Reap. Oh ya, masa kitorang pergi ni tengah musim hujan. Malam tu hujan ok, tapi tetap berjalan.

Hari kedua.

Kitorang bangun 6.00 pagi untuk sarapan dan bergerak ke Angkor Wat. Niat hati nak bangun lagi awal jam 5.00 pagi untuk tengok sunrise kat Angkor Wat. Tapi sebab tengah musim hujan, matahari pun tak timbul. Jadi kitorang tak pergi awal pagi nak tengok sunrise tu. Gerak ke Angkor Wat jam 7.00 pagi. Masa ni pun dah mendung ya. Sebelum masuk ke Angkor Wat, kena beli tiket dulu. Harga tiket untuk masuk Angkor Wat dan temple sekitar Siem Reap adalah 37USD (pas sehari). Kalau pas untuk 3 hari harga lain. Korang kena beli sendiri tiket tu sebab nak kena ambil gambar. Tak bole suruh orang lain belikan. Lepas beli tiket terus ke Angkor Wat. Perjalanan nak ke Angkor Wat tak jauh pun. Dalam 15-25 minit dah sampai. Kitorang decide nak pergi 3 temple je sebab kalau nak pergi semua temple macam tak sempat untuk sehari. Kitorang mula mula pergi Angkor Wat. Sampai Angkor Wat. Yes! Ramai orang ok. Jadi pandai-pandai la bawa diri. Cerita lebih korang kena tengok video yang babah didil dah buat.

Di Ta Prohm temple

Lepas habis jalan jalan Angkor Wat, pergi temple Ta Prohm tempat filem Tomb Raider tu. Tapi masa ni dah hujan la. Huhuhu. Walaupun hujan, tetap redah juga ok. Apa yang best kat Ta Prohm ni? Tengok la video ya. Hehehe. Kitorang decide pergi 2 temple saja sebab hujan dan keadaan temple yang lecak susah nak jalan. Walaupun tak pergi semua temple, kitorang berpuas hati dapat pergi temple yang "must visit" bak kata orang kalau ke Siem Reap. Habis pergi Angkor Wat dan Ta Prohm, kitorang terus ke bandar untuk sambung jalan jalan dan makan tengahari. Sempat juga pergi urut kaki. Penat berjalan katanya. Lewat petang baru gerak balik hotel untuk berehat. Malam sambung balik jalan kat bandar pergi Pub Street dan night market untuk beli cenderahati.

Hari Ketiga.

Bangun awal pagi sebab flight balik KL jam 7.50 pagi. Check out dari hotel dan pihak hotel sediakan breakfast box. Nak ke airport pun transportation free. Layanan dan servis yang baik dari Angkor Elysium Hotel. Kitorang bagi 4 bintang. kalau korang plan nak ke Siem Reap ni pergi la duduk hotel ini. Memang best! Dah sampai airport lepak lepak tunggu fight ke Kl. Bila dah sampai KL, berakhirlah trip ke Siem Reap Kemboja ni. Yeayyy!

Harap sedikit perkongsian info ni dapat membantu korang. Mungkin tak banyak info yang korang dapat tapi, ada la juga kan sikit sikit. Hahaha! Jadi selamat bercuti pada sesiapa yang nak ke Siem Reap ni ya. Pengalaman yang best berada di negara orang. Siem Reap Kemboja, CHECKED!

Untuk gambaran lebih best. Layan la video yang dah babah didil buat ni. Selamat menonton!


Hari pertama

Hari kedua

Oh ya, jumlah perbelanjaan sepanjang 3 hari 2 malam di Siem Reap, babah didil habis USD99 saja, bersamaan RM420.75. Dapat la guna untuk 2 kali makan di Hard Rock Cafe, 1 kali makan dan minum di Coffe Bean, pas 1 hari ke Angkor Wat dan pengangkutan ke Angkor Wat, urut kaki dan bayar tuk tuk. Sekian saja perkongsian di Siem Reap, Kemboja. Jumpa di destinasi yang lain ya. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

Thursday, 10 August 2017

Movie Review : Annabelle Creation

Assalamualaikum.

Malam tadi kitorang berkesempatan untuk tonton preview screening movie Annabelle Creation kat GSC Mid Valley. Macam biasa ramai la yang datang tengok. Jadi macam mana movie tu? Best ke tak? Seram ke tak? Lagi best dari movie sebelum ni? Ini adalah ringkasan review dari kaca mata kitorang.


Dari segi cerita, movie ni ceritakan macam mana wujudnya Annabelle dan macam mana dia boleh jadi hantu. Senang nak faham tapi lambat sangat penceritaannya sampai ada rasa sedikit bosan. Kitorang tak nak bagitau la jalan cerita dia macam mana, nanti tak syok pula bila korang tengok nanti.

Dari segi keseraman movie ni. Kitorang boleh bagi skala 3 dari 5. Kenapa 3 je? Sebab tak berapa nak seram. Seram yang boleh dijangka. Banyak scene suspen tertunggu-tunggu apa nak jadi dengan kejutan bila nak nampak hantu tu macam dah dijangka dengan bantuan sound effect. Hantu dia pun tak seseram macam hantu melayu (mungkin sebab patung Annabelle tu comel kot). Hehehe.

Dari segi lakonan, kitorang rasa semua pelakon berlakon dengan baik. Pandai budak budak kecik tu berlakon. Lagi apa nak komen? Tu je la kot. Nak tau lebih lagi korang kena la tengok sendiri movie ni. Tapi secara keseluruhannya kitorang boleh cakap movie ni best. Kitorang bagi 3.5 bintang. Yeayyyy!

Apa kata korang pula? Berikan komen diruangan komen dibawah.

Assalamualaikum.

Monday, 7 August 2017

Dyrpers Baby Club

Assalamualaikum.

Korang penah dengar pasal Drypers Baby Club? Benda ni sebenarnya khas untuk para ibu bapa yang dah ada anak kecil dan guna lampin pakai buang. Kat luar sana ada banyak jenama lampin pakai buang. Tapi Drypers buat benda ni untuk menghargai para penggunanya. Rasanya ramai dah tau apa kelebihan Drypers Baby Club ni. Kalau sesiapa yang masih tak tau. Ni kitorang bagi tau ya.

Apa kelebihan kalau daftar sebagai Drypers Baby Club ni? Korang akan dapat hadiah aluan kalau pertama kali daftar. Best kan? Daftar je nanti dapat hadiah yang akan di pos kat rumah korang. Bila dah jadi ahli, korang kena la beli lampin pakai buang yang diorang jual untuk membolehkan korang dapat kod unik.  Apa pula kod unik ni? Kod unik tu adalah bukti pembelian sah yang diperlukan untuk kumpul mata ganjaran. Kiranya kod unik ni ada keistimewaan eksklusif untuk mengumpul mata ganjaran bagi menebus hadiah menarik macam mainan dan lampin pakai buang. Kan jimat tu dapat tebus barangan percuma.

Kat mana nak dapatkan kod unik ni? Ada beberapa cara:

1. Dengan beli pek lampin Drypers terpilih*
2. Dengan menjawab soal selidik yang dihantar melalui email Drypers Baby club
3. Dengan memperkenalkan rakan kepada Drypers Baby Club
4. Dengan mengambil bahagian dalam promosi yang sedang diadakan oleh Drypers Baby Club

Paling senang untuk dapatkan kod unik ni adalah dengan beli pek lampin Drypers. Dekat plastik lampin Drypers tu ada kod unik. Kat mana eh kod unik tu? Korang tengok dalam gambar bawah ni untuk gambaran lebih jelas.



Kod unik mempunyai mata ganjarannya yang berbeza mengikut jenis lampin Drypers yang korang beli. Nak tau berapa mata ganjaran untuk setiap pek lampin Drypers korang kena la daftar sebagai ahli dulu. Hehehe. Bila mata ganjaran dah banyak korang boleh tebus hadiah dekat Point Shop. Mudah kan? Sambil membeli sambil kumpul mata untuk tebus ganjaran. Best best best! Hehehe

Senang je kan kalau korang nak daftar sebagai ahli. Klik je daftar Dyrpers Baby Club ni. Kalau korang masih belum daftar, daftar la sekarang dan kongsikan pada sanak saudara rakan taulan pasal benda ni. Sama sama kita beroleh manfaat ya.

Sekian saja perkongsian kali ini. Harap dapat membantu.

Assalamualaikum.

Wednesday, 2 August 2017

Review : Spicy Korean Burger McDonalds

Assalamualaikum.

Mc Donalds sekarang tengah promo menu terbaru diorang, Spicy Korean Burger. Korang dah cuba? Sedap ke tak? Pedas ke tak? Rasa korea ke tak? Ada kimci ke? Boleh cakap bahasa korea ke lepas makan burger tu? Haaaa. Kitorang pun pertama kali cuba  makan burger tu dan ini adalah review dari kitorang.


Dah tengok ke belum video review korang ni? Kalau korang tengok mesti korang tau apa yang kitorang komen kan. Hehehe. Kalau korang belum cuba, boleh la cuba. Kalau dah cuba apa kata korang? Komen la dekat ruangan komen dibawah ya!

Next nak buat review apa pula ya?

Assalamualaikum.

Tuesday, 1 August 2017

Fayyad Rayyan Potong Rambut

Assalamualaikum.

Entry kali ni tak ada cerita pun, cuma nak kongsi gambar Fayyad dan Rayyan sebelum dan selepas gunting rambut. Untuk simpanan kenangan je. Ye la, untuk tahun 2017 ni baru pertama kali potong. Dah lama sangat simpan rambut tu. Sebenarnya nak simpan lagi panjang. Tapi.... lupakan je la cerita pasal tu. Hahaha! Mungkin lepas potong ni simpan balik rambut panjang.

Korang rasa Fayyad dan Rayyan ni sesuai rambut panjang atau rambut pendek? Jeng jeng jeng. Jom kita usha sikit.



Rasanya sama je kan. Dua dua hensem dan comel. Hahaha! Nak potong rambut diorang ni macam macam hal. Ada takut dengan mesin, ada yang takut gunting. Kena la babah didil gigih pujuk untuk potong. Bukan senang tapi kena pandai pujuk. 2 orang potong kena bayaran RM38. Sebaik potong elok dan kemas. Itu je nak kongsi sebenarnya. Hehehe.

Next time nak gunting gaya apa ya?

Assalamualaikum. 

Monday, 31 July 2017

Promosi Coway Ogos 2017

Assalamualaikum.

Nampaknya makin rancak kitorang promo Coway kat korang semua. Hehehe. Yang dah pasang Coway tu bagus! Yang belum pasang tu, fikir betul betul dan buat keputusan. Nak pasang Coway, ingat kitorang ok. Hehehe. Tanpa membuang masa jom kita tengok promosi Coway untuk bulan Ogos 2017!



Jadi kalau korang berminat nak pasang calling calling la ya. InsyaAllah kitorang akan bantu korang untuk dapatkan produk Coway seceoat mungkin. Macam biasa promosi Ogos ni sah sehingga 25 Ogos 2017 ya. Take your time untuk fikir nak pasang ke tak. 0177252087 untuk dapatkan produk Coway pilihan korang!

Assalamualaikum.

Thursday, 13 July 2017

Promosi Coway Julai 2017

Assalamualaikum.

Apa khabar korang semua. Harap sihat selalu ya. Entry kali ni kitorang nak kongsi pasal promosi Coway yang ada untuk bulan Julai 2017 ni. Mesti korang tertanya, kitorang ni ejen sah ke? Ya kitorang boleh kira ejen sah. Boleh bantu korang untuk dapatkan barangan Coway. InsyaAllah segala urusan pemasangan Coway akan berjalan lancar. Gittew!

Tanpa buang masa baca apa yang kitorang bebel ni, korang tengok je la promosi Coway untuk bulan Julai 2017!



Berminat nak pasang tak? Promosi ni sah sehingg 25 JULAI 2017 sahaja. Boleh dapatkan produk Coway secara tunai atau sewa beli. Lepas tarikh tu promosi dah tak ada. Mungkin akan ada promosi lain pula. Kalau korang berminat nak pasang jangan segan silu whatsapp kitorang ok. 

InsyaAllah kitorang akan bantu korang dapatkan barangan Coway secepat mungkin. Apa tunggu lagi, ingat Coway ingat kitorang!

Assalamualaikum.

Friday, 16 June 2017

Koleksi Iklan/Filem Pendek Raya 2017

Assalamualaikum.

Bulan lepas memang tak ada update apa langsung dalam blog ni. Bulan ni kasi update sikit la. Rindu nak menaip. Hehehe. Sempena nak raya tak lama lagi. Kitorang nak kongsikan koleksi iklan/filem pendek raya 2017. Jom kita tengok iklan mana yang best!

Malaysia Airlines Malaysia

TV3

Tenaga Nasional Berhad

Pelaburan MARA

BSN Malaysia

Petronas

CIMB Bank

Astro Ria

Digi

POS Malaysia

Maxis

Celcom

MyEG

MYNIC

KFC Malaysia

Telekom Malaysia

Pusat Pakaian Hari-hari

RHB Bank

Jadi mana satu iklan raya/filem pendek raya paling best pilihan korang? Jom kongsikan. Diharap raya tahun ni lebih bermakna buat korang ya. Pesanan balik kampung, berhati-hati dijalan raya. Kita bergembira dihari lebaran ni ok. Selamat hari raya maaf zahir batin dari kitorang!

Assalamualaikum.

Tuesday, 18 April 2017

Rayyan Kena Epilepsy

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian apabila Rayyan kena epilepsy. Apa itu epilepsy? Secara ringkas Epilepsy - pergerakan aneh, pengsan dan sawan. Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku didalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalan tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak diam seketika, tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran, kaki dan tangan menjadi keras/kejang, kaki dan tangan menyentak-yentak atau tiba-tiba jatuh ke lantai.

Inilah cerita macam mana Rayyan boleh kena. Kitorang dapat panggilan dari rumah pengasuh yang menyatakan Rayyan lain macam (ada tanda-tanda epilepsy). Orang yang jaga anak kitorang telefon suruh kitorang datang tengok sendiri keadaan Rayyan. Masa sampai kat rumah pengasuh Rayyan dah lemah dan tidak bermaya. Kitorang pun tak jangkan benda ni akan berlaku dan kena pada Rayyan. Ye la, Rayyan tak demam apa-apa langsung. Masa hantar kat rumah pengasuh pun dia aktif. Semua berlaku dengan begitu pantas.

Masa nak bawa ke hospital dalam keadaan cemas, kitorang hanya mampu berdoa Rayyan tak apa-apa. Ye la tak pernah lalui situasi macam ni. Bawa kereta pun macam orang gila sebab nak cepat takut dan risau sangat keadaan Rayyan yang lemah tak bermaya. Dalam otak kitorang tak fikir apa. Masih tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam ni. Jantung macam nak jatuh masa tengok Rayyan lemah tak bermaya. Sampai hospital terus masuk tempat kecemasan. Doktor periksa dan beri ubat. Lepas 5 minit doktor periksa diorang cakap Rayyan kena epilepsy. Syukur Rayyan tak apa-apa.


Kitorang minta doktor buat pemeriksaan lanjut dengan lebih teliti. Buat x-ray dan ct scan untuk otak. Epilepsy ni bahaya sebab melibatkan otak. Lebih baik periksa je semua untuk elak benda-benda tak elok jadi in future. Lepas periksa semua doktor cakap Rayyan tak apa-apa. Tiada pendarahan atau kecederaan kat kepala Rayyan. Syukur!


Lepas selesai periksa semua, doktor nasihatkan Rayyan kena tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Tapi masalahnya hospital yang kitorang pergi tu tak ada bilik kosong (Hospital Columbia Setapak). Kitorang minta pindahkan Rayyan ke hospital yang lain untuk pemerikasaan lanjut. Kitorang pindahkan Rayyan ke Prince Court KL.

Sampai di Prince Court, Rayyan kena buat pemeriksaan sekali lagi untuk pengesahan dia kena epilepsy. Sejam juga la buat pemeriksaan baru la Rayyan dapat masuk wad untuk pemerhatian seterusnya. Doktor datang periksa dan cakap esok kena buat EEG test untuk periksa kalau ada elektrik berlebihan dalam sel otak Rayyan. 


Esoknya Rayyan kena buat EEG test. Kalau nak buat EEG test ni kena dalam keadaan tidur. Rayyan mula-mula tidur. Tapi masa pasang wayar-wayar tu dia terbangun. Agak susah juga bila Rayyan tak selesa bila dipasangkan wayar sekitar kepala dia. Untuk buat EEG test ni sekurang-kurangnya kena 30 minit dalam keadaan tidur. Alhamdulillah Rayyan dapat buat EEG test dalam masa 1 jam walaupun pada mulanya Rayyan menangis tak selesa.


Lepas sehari duduk dekat wad, Rayyan beransur pulih. Nampak la Rayyan makin ceria dan ada interaksi dengan kitorang. Lebih aktif dari hari sebelumnya. Makan dan minum pun tiada masalah. Cuma Rayyan tak nak minum susu dan berak untuk 2 hari tu. Doktor cakap Rayyan kena monitor takut akan jadi lagi nanti. Kena lebih berjaga-jaga la. Result EEG test pun Alhamdulillah semua baik dan normal. Tak ada apa yang serius. Syukur!


Lepas 4 hari 3 malam kat hospital, Rayyan dah boleh discharge. Yeayyy! Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Rayyan. Tak lupa juga yang datang melawat Rayyan. Terima kasih sangat-sangat. Apa yang boleh kitorang cakap kalau apa yang jadi pada anak kita, kita kena sentiasa sabar dan jangan cepat mengelabah. Faham sangat, keadaan cemas kan kadang-kadang tak boleh berfikir dengan betul tapi kalau boleh cuba jangan terlalu emosi nanti akan jadi lebih teruk. Sentiasa positif dan berdoa.

Itu saja kali ni. Ini sedikit perkongsian tentang epilepsy yang terjadi pada anak kitorang. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh google atau rujuk pakar yang lebih arif tentang epilepsy ni. Teruskan doa Rayyan tak akan kena balik epilepsy ni. Amin.

Sekian saja, assalamualaikum.

Friday, 14 April 2017

Movie Review : Fast & Furious 8

Assalamulaikum.

Rasanya macam dah lama tak update blog ni. Hehehe. Kali ni kitorang nak buat movie review filem Fast & Furious 8. Filem yang kitorang rasa ramai yang follow dari filem pertamanya. Kitorang berkesempatan pergi tayangan perdana pada 11 April 2017 yang lalu. Jadi macam mana filem ni? Ni review dari mata kitorang.


Apa yang boleh kitorang review, dari segi jalan cerita filem ni tidak cliche. Susuan jalan cerita yang kemas dan korang tak boleh jangka apa yang akan jadi dan korang akan ternanti-nanti apa akan jadi lepas tu. Agak tertekan juga bila dapat tau Torretto mengkhianati pasukan dan keluarganya sendiri. ARGH! Torretto jadi jahat bersebab. Nak tau apa sebeb dia korang kena la tengok. Story line best!

Dari segi lakonan pula, tak payah lah nak komen. Semua pelakon membawakan watak mereka dengan cukup baik! Tak sangka Hobbs boleh jadi lawak sekejap walaupun badan sado. Ada unsur lawak kat situ. Tapi secara keseluruhan lakonan semua watak sangat terbaik! Tip top la orang kata. Syabas buat semua pelakon!

Dari segi aksi dalam filem pula, mula je movie dah ada racing kereta. kereta terbang masuk dalam laut. Kau rasa? Mula-mula dah best. Belum tengah movie. Lagi lah best! Susunan jalan cerita dan aksi yang selari dengan situasi. Dulu aksi guna kereta, motor dan kereta kebal. Kali ni siap ada kapal selam. Memang A! Kalau lebih lagi aksi lagi best.

Moral of the story filem ni membawakan elemen kekeluargaan yang sangat tinggi. Dari filem 1 sampai nombor 8. Semangat brotherhood tu sangat kuat dan erat. Back to back filem ni akan terapkan nilai kekeluargaan. Ending filem mesti ada makanan dan doa kesyukuran. Very good message lah!

Secara keseluruahnnya kitorang bagi 5 bintang! Yeayyy! Filem wajib tonton 2017. Siapa tak pergi tengok dia rugi. Hehehe! Kalau ada masa pegi serbu wayang tengok ok! Itu saja review dari kitorang. Sebelum tu korang tengok la video babah didil membebel buat review Fast & Furious 8 ni.


Bye. Assalamualaikum.

Sunday, 26 March 2017

Top 10 Selebriti Malaysia Pengikut Paling Ramai di Twitter

Assalamualaikum.

Update terkini sehingga Mac 2017 top 10 selebriti Malaysia pengikut paling ramai di Twitter. Kedudukan ni akan berubah dari masa ke semasa ya. Korang rasa siapa yang berada di tangga pertama? Haaaa, kalau nak tau kena la tengok video ni.


Korang dah follow top 10 selebriti ni? Kalau belum follow, follow la eh. Lepas tu follow kitorang punya twitter sekali ya. Hehehe. Itu saja untuk kali ini.

Assalamualaikum.

Tuesday, 14 March 2017

#MeeraAbiTurns30

Assalamualaikum.

Hari ni 14 Mac 2017, genap lah umur mommy Meera yang ke 30. Yeayyy! Dah tua dah! Hehehe. Cuma nak cakap, semoga panjang umur, murah rezeki, selamat dunia akhirat dan sukses selamanya dari babah didil dan anak-anak.

Tak ada sambut besar-besar pun. Cukup la takat nyanyi lagu birthday dan bagi hadiah. Simple simple gitu! Hehehe. Nah belanja sekeping gambar mommy dah 30 tahun. Hehehe.


Masih nampak muda kan? Dont worry, age just a number. Hehehe. Semoga mommy Meera terus happy!

Assalamualaikum.

Wednesday, 8 March 2017

Baby Fiyya's Milestone (1 bulan - 4 bulan)

Assalamualaikum.

Rasanya lama tak update blog ni. Hehehe. Entry kali ni cuma nak update video perkembangan baby Fiyya dari 1 bulan hingga 4 bulan. Kitorang akan cuba buat video macam ni sampai baby Fiyya 1 tahun. Mampu ke tidak kitorang nak buat? Kena tunggu la. Hehehe

Jom kita layan video perkembangan baby Fiyya dari 1 bulan hingga 4 bulan. Enjoy!












So camne? Ada beza ke tak? Harap korang enjoy tengok video ni. 8 bulan lagi nak cukup setahun. Hehehe! Kena gigih la nak siapkan video projek ni. Jumpa lagi untuk entry seterusnya.

Assalamualaikum.

Thursday, 16 February 2017

Movie Review : JRevolusi

Assalamualaikum.

Malam tadi kitorang berkesempatan untuk menonton tayangan perdana filem JRevolusi di MMCineplex eCurve. Tayangan yang cukup meriah dengan kehadiran semua pelakon. Antara pelakon yang hadir adalam Zul Ariffin, Farid Kamil, Izara Aisyah, Fazura, Azad Jasmin, Iedil Putra. Macam mana filem JRevolusi. Best ke tak? Jom baca review kitorang ni.


Pertama, apa yang kitorang faham secara ringkas sinopsis filem ni mengisahkan pasal seorang ketua pegawai unit khas (UTK) Jay Zulkarnain (Zul Ariffin) gagal dalam selesaikan satu misi dan kakak dia Dian (Fazura) telah ditangkap oleh pengganas misteri. Pengganas misteri tu adalah Andra (Farid Kamil). Konflik bermula dari situ bila Jay berusaha nak selamatkan Dian tapi Jay terperangkap dan dituduh bunuh rakan setugasnya. Dalam misi nak selamatkan Dian, Jay dibantu oleh Didie (Izara Aishah) dan Skodeng (Azad Jazmin). Apa jadi lepas tu? Kena lah tengok sendiri. Bagi kitorang jalan cerita yang tak membosankan. Akan tertanya-tanya, ish! Apa aka jadi lepas ni? Haaa gitu feeling dia.

Kedua, dari segi lakonan para pelakon. Untuk watak Jay, Zul Ariffin bawakan watak dengan baik sekali. Lakonan yang best dan mantap! Sama juga dengan watak Andra, Farid Kamil bawa watak jahat dengan bersahaja. Mutu lakonan yang tak boleh disangkal lagi. Watak Didie, Izara Aishah jadi lain dari yang lain. Lakonan dia bukan macam drama atau filem sebelum ni. Korang akan cakap "wow Izara dah up satu lagi level" nampak sisi lain bakat lakonan Izara. Yang penting menjadi. Watak Dian, Fazura bawa watak tu dengan baik tapi kitorang rasa kurang sebab babak dalam filem ni fazura keluar sikit je. Patut tambah lagi babak untuk fazura. Watak Skodeng, Azad Jazmin lakonkan dengan baik dan kelakar. . Kelakar yang boleh diterima dan penambah rasa untuk filem ni. Serius kena dengans semua babak. Korang mesti gelak nanti. Selebihnya, kena la tengok sendiri. Hahaha!

Ketiga, secara keseluruhan pasal filem JRevolusi ni kitorang rasa ini adalah filem aksi paling best paling meletop sebab banyak aksi tembak menembak (dekat tengah KL kau) mampu? Banyak aksi gaduh-gaduh tumbuk-tumbuk lawan-lawan. Kurang pasal cinta tapi nilai kekeluargaan tu sangat tinggi. Tema kekeluargaan kot filem ni. Tu yang buat filem ni tak boring dan berdebar-debar je bila korang tengok nanti. Plot cerita yang tak mendatar. Kitorang terhibur dan rasanya macam nak tengok lagi sekali. Hehehe! BEST WEH! Tak rugi tengok banyak kali.

Kesimpulannya filem JRevolusi akan bukak mata korang semua filem Malaysia boleh buat filem aksi yang baik dan mantap. Kitorang bagi 5 bintang! Yeayyy. Kalau dah 5 bintang tu maksudnya korang sendiri wajib tengok filem ni. Jom sokong filem tempatan! Kitorang boleh jamin confirm korang tak akan rugi bila tengok. Mesti korang akan cakap "BESTNYA FILEM NI, LAGI BEST DARI POLIS EVO".

Korang pergi tengok ok nanti. Akan mula ditayangkan di pawagan bermula 2 Mac 2017. Kasi gegar satu panggung. Ajak semu tengok filem JRevolusi. Memang "A"! Tu je sedikit review dari kitorang. Harap dapat membantu bila korang nak tengok ni. Selamat menonton!

Assalamualaikum.

Wednesday, 11 January 2017

Malam kemuncak AJL31

Assalamualaikum.

Siapa je tak tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) kan. Anugerah yang tiap tahun ditunggu-tunggu oleh semua orang. Pertandingan lagu terbaik antara yang terbaik. Fuhhh! Anugerah Juara Lagu tahun ni masuk tahun ke 31. Setiap tahun ada je kelainan dari segi tema dan persembahan. Rasa tak sabar nak tengok AJL31.

Apa yang boleh kitorang cakap. AJL31 tahun ni macam gempak sikit. Dia punya brand ad dan poster untuk setiap finalis. Gempak nak mampus. Terbaik la team kreatif dan produksi AJL31 ni. Kalau tak caya cuba tengok brand ad yang diorang buat ni.


Amacam? Gempak tak brand ad AJL31. Kitorang bagi 5 bintang! Memang nice! Korang tengok pula poster untuk semua finalis. Macam poster filem ok! Very high quality and standard! 


Macam mana pula finalis AJL31 kali ni? Rata-rata ada yang setuju dan tidak bersetuju dengan finalis yang berjaya ke AJL31. Katanya ada lagu yang lebih layak. Tapi semuanya keputusan juri profesional. Jadi kita tak boleh la nak pertikaikan. Yang penting kita sokong je ok. Tak perlu nak perlekah atau komen lebih-lebih. 

AJL31 kali ini menampilkan ramai penyanyi baru yang muncul dalam industri muzik tempatan dengan hanya satu single, terus berjaya mara ke pentas AJL31. Satu pencapaian yang membanggakan. Antara penyanyi tersebut adalah Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Khalifah, Projector Band dan Syamsul Yusuf. 

AJL31 akan berlangsung pada 22 Januari 2017. Siaran langsung di TV3 jam 9.00 malam. Rasanya ada juga live streaming di tonton. Jadi boleh la tengok satu dunia. Hehehe! Ini adalah urutan persembahan AJL31:

1. Akim & The Mejistret - Obses
2. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
3. Black - Anugerah Terindah
4. Elizabeth Tan & Awi Rafael - Setia
5. Syamsul Yusuf & Mawi - Kalah Dalam Menang
6. Khalifah - Hang Pi Mana
7. Sufian Suhaimi - Terakhir
8. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
9. Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
10. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
11. Projector Band - Sudah Ku Tahu
12. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta

AJL31 ni saingan hebat-hebat juga. Agaknya siapa yang akan menang? Ni hanya andaian kitorang ya. Tak betul pun. Hahaha! Korang rasa siapa akan menang? Jom kongsikan tekaan korang diruangkan komen. Jom kita teka!

Juara AJL31 - Syamsul Yusuf & Mawi - Kalah Dalam Menang
Tempat ke 2 AJL31 - Akim & The Mejistret - Obses
Tempat ke 3 AJL31 - Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Persembahan terbaik - Tak boleh nak teka sebab tak tengok persembahan lagi
Vokal terbaik - Dayang Nurfaizah

Fuh! Apa-apa pun selamat maju jaya buat semua finalis AJL31. Buat la persembahan terbaik. Kalah menang adat bertanding. Dah jadi finalis ni pun dah kira terbaik ni. Menang tu hanya bonus. Rezeki lebih menyebelahi mereka yang bakal menang nanti. Buat produksi AJL31, harap AJL31 akan lebih gempak dari AJL yang lepas. Sama-sama kita nantikan malam kemuncak AJL31 22 Januari 2017 ni. Yeayyy!

Assalamualaikum.

Friday, 6 January 2017

Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati (Dr Hasmawati)

Assalamualaikum.

Siapa yang cari klinik pakar kanak-kanak area KL ni, kitorang cadangkan korang datang ke Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati. Kenapa kitorang cadangkan datang sini? Sebab doktor dia sangat-sangat bagus. Bagus macam mana ya?

Anak kitorang, Rayyan macam tak sihat. Mula-mula bawa pergi klinik biasa. Doktor periksa cuma kena demam biasa dan tonsil bengkak. Esoknya pula tiba-tiba naik bintik-bintik merah sekitar bawah mulut. Selera makan kurang dan minum susu pun tak nak. Malam susah tidur dan air liur asyik keluar je. Sebab risaukan kesihatan Rayyan ni, kitorang bawa la ke Klinik Pakar Kanak-kanak Desa Melawati ni. 


Datang awal ya untuk mengelakkan ramai orang. Sebelum klinik buka pun dah ramai yang beratur. Hehehe. Kitorang mulu-mula suspek Rayyan macam kena HFMD sebab tanda-tanda tu dah ada. Nak kepastian tu pergi klinik. Lepas jumpa doktor Hasmawati dan dia check Rayyan, memang confirm Rayyan kena HFMD. Banyak ulser dalam mulut Rayyan. Doktor bagi nasihat dan tips pada kitorang untuk cepat baik semua. Macam bagi aiskrim vanila untuk cepatkan baik dan tips lain. Sangat-sangat bagus ya doktor ni. Apa yang kitorang ingat, kalau anak-anak sakit paling penting sekali "ibubapa jangan terlebih emosi" sebab benda tu akan effect anak-anak kita. 

Tentang bayaran pula, bergantung pada sakit anak-anak kita. Macam Rayyan kena dalam RM200-250 sebab banyak ubat yang perlu diberi. Tak apa, janji anak sihat. Tu yang paling penting. Tapi rasanya harga bayaran kalau datang sini memang berpatutan. Boleh la cuba datang nanti ok.


Kalau korang nak datang boleh la ke alamat ni No 21,Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Boleh telefon 03-41051962 untuk maklumat lanjut. Klinik beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin-Jumaat), 9.00 pagi hingga 1 petang (Sabtu) dan hari ahad tutup.

Apa-apa pun kitorang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Doktor Hasmawati ni. Kalau anak korang sakit ke apa, boleh la cuba datang ya. Sekian saja perkongsian kitorang untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Tuesday, 3 January 2017

Tahun Baru 2017

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Harap semua sihat hendaknya. Dah tahun baru ni. Sibuk semua nak buka baru dan azam baru kan. Kitorang ni tak menyempat nak update blog ni. Sibuk sikit (alasan cliche). Hahaha! Apa-apa pun kitorang nak ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca.

Apa azam tahun 2017? Ada ke tak azam baru? Hehe. Ke azam tahun lepas masih tak tercapai. Kitorang tak ada azam baru pun. Cuma teruskan hidup macam biasa. Tak nak la pasang azam apa-apa. Takut tak tercapai, nanti sedih sendiri. Tak gitu. Bukan azam tapi adalah harapan untuk tahun 2017 ni. Apa yang kitorang harapkan?

1. Sihat tubuh badan
2. Rezeki berpanjangan
3. Bahagia sentiasa
4. Lebih bertanggungjawab
5. Bertambah rajin

Tahun 2017, usia pun makin bertambah. Masuk 3 series uols. Huhuhu. Tak boleh perasan muda dah lepas ni. Korang macam mana pula. Ada tak azam baru? Kalau ada jom kongsikan dengan kitorang kat ruangan komen dibawah. Ok? Sebelum tu belanja sikit gambar terbaru dari kitorang. Cukup berlima, YEAYYY!


Rasa itu saja untuk entry kali ni. Jumpa lagi untuk entry seterusnya.

Assalamualaikum.

***Nota kaki: Akan cuba untuk lebih update blog ni