Sunday, 13 November 2016

Pengalaman di Tunku Azizah Women & Children's Hospital

Assalamualaikum.

Mesti yang ramai tanya, kat mana mrsaidil bersalin? Untuk entry kali ni, kitorang akan cerita dan beritahu korang pengalaman bersalin mrsaidil dekat mana. Untuk bersalin anak kedua kitorang ni, kitorang memilih untuk bersalin di hospital swasta. Kenapa nak bersalin dekat hospital swasta? Jawapannya nak merasa bersalin kat tempat yang berbeza dan rasa sendiri pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta. Haaa gitu. Masa bersalin anak pertama (kembar), mrsaidil bersalin dekat hospital kerajaan (Hospital Ampang). Jadi tak salah kita cuba hospital swatsa kan.


Macam mana hospital swasta tu? Hospital mana? Kitorang memilih Tunku Azizah Women & Chilren's Hospital untuk bersalin anak kedua ni. Selepas mendapat review dan bacaan dari orang ramai. Kitorang buat check up bulanan dekat situ. Ada juga buat check up di klinik kesihatan kerajaan juga untuk buat back up. Secata purata, check up bulanan masa mengandung dikenakan bayaran dalam lingkungan RM120. Kalau ada ubat mahal sikit. Tapi servis dia memang terbaik. Boleh pilih doktor mana yang korang nak. Kitorang memilih doktor Zanariah. Doktor Zanariah sangat la baik dan macam mak-mak ok. Sangat prihatin dengan mrsaidil. Kitorang bagi 5 bintang. TERBAIK!

Macam mana pula servis lepas admit dan suasana dekat Tunku Azizah Women & Children's Hospital ni? Ok ke tak? Secara peribadi, kitorang anggap tempat dan servis yang diberikan tersangat la bagus. Mungkin hospital ni tak la besar mana, sebab tu mereka boleh menjaga kebajikan setiap pelanggan dia. Untuk bersalin dekat hospital ni, dia ada 3 pakej yang disediakan. Boleh pilih ikut budget yang korang ada.

1. 6 bedded ward - RM2400 (Normal) / RM6300 (Caesarean)
2. Single room - RM2500 (Normal) / RM6500 (Caesarean)
3. Suite - RM2700 (Normal) / RM6900 (Caesarean)


Kitorang pilih pakej single room dengan harga RM2500. Lebih privacy sebab bilik sorang. Kalau nak acah-acah lebih selesa dan bayar lebih, boleh ambil Suite. Beza pun cuma RM200. Sepanjang mrsaidil admit, layanan dari nurse yang bertugas sangat baik. Kitorang bagi 5 bintang!


Macam biasa bila mrsaidil dah masuk labour room. Hanya suami je dibenarkan teman. Orang lain tak boleh masuk ok. Sepanjang menunggu masa nak bersalin, mraidil ada bersama mrsaidil. Masuk labour jam 2.00 pagi. Mrsaidil tahan contractions sementara tunggu bukaan sampai 10cm baru boleh bersalin. Sakit contractions hanya tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana. Tapi mrsaidil cakap contractions masa bersalinkan kembar dulu macam tak sakit sangat berbanding bersalin kali kedua ni. Mungkin sebab anak perempuan kot. 



Apa yang menarik sepanjang tahan contractions tu, diorang sediakan kurma untuk ibu makan bagi memudahkan bersalin dan juga boleh guna untuk tahnik anak lepas bersalin. Bagus ya! Dalam masa 2 jam contractions, mrsaidil dok bising cakap sakit sakit sakit, tapi nurse yang bertugas malam tu sangat bagus. Beri kata semangat dan menjalankan tugas dengan baik. Erti kata lain berpengalaman la walaupun mrsaidil dah meronta-ronta nak meneran. Tapi masa tu bukaan baru 8cm. Kalau teran juga mungkin akan koyak dan bleeding. Tunggu punya tunggu sampai doktor sampai. Akhirnya mrsaidil selamat bersalin jam 4.15 pagi. Alhamdulillah. Syukur semuanya selamat! Mraidil dapat potong sendiri tali pusat baby ok. Sup sap sup sap, dalam masa 15-20 minit gitu baby dan mrsaidil siap. Boleh la pegang baby dah mraidil azankan. Servis tip top terbaik!


Semuanya dah selamat. Syukur alhamdulillah! Servis dan layanan yang baik dari pihak hospital. Terima kasih buat doktor Zanariah dan juga 2 nurse yang bertugas malam tu, memang terbaik dan tersangat baik servis. Kitorang rasa lega sangat semuanya selamat. TERIMA KASIH! Bila dah selamat bersalin, duduk la dekat bilik sendiri sementara tunggu untuk discharge. Sebab mrsaidil bersalin jam 4.15 pagi dan tak tidur lagi kat hospital, kena la duduk dan tidur kat hospital sehari. Dapat la berehat sebelum balik.


Sebelum mrsaidil discharge. Kena settlekan payment dulu dengan bayaran RM2500 ikut pakej yang kitorang ambill. Masa masuk hospital admit, korang kena bayar deposit 50% dari harga pakej yang korang ambil. Masa discharge hanya bayar baki 50% bayaran. Tak susah pun. Kitorang decide nak sunatkan baby terus. Bayaran untuk sunatkan baby RM60 untuk baby perempuan. Kalau baby lelaki tak sure berapa. Tapi kalau nak sunat baby lelaki kena buat temu janji. Settle buat bayaran. mrsaidil boleh discharge dan balik rumah. YEAYYY!

Itulah sedikit perkongsi dan pengalaman kitorang/mrsaidil masa bersalin dekat Tunku Azizah ni. Secara keseluruhannya. Memang tak ada yang kurang dan kitorang sangat selesa bila ada dekat hospital ni. Nak cakap lebih-lebih pun tak guna sebab servis yang disediakan memang terbaik, tip top, kelas A. Kitorang suka! Kitorang bagi 5 bintang! Hehehe.

Jadi kepada bakal ibu diluar sana. Kalau nak bersalin dekat hospital swasta, kitorang cadangkan pergi la Tunku Azizah Women & Children's Hospital ni. Ianya pilihan yang tepat. Sangat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Sangat recommended! 

Baiklah, itu saja perkongsian kitorang untuk kali ni. Harapnya dapat membantu ya. Maklumat lanjut korang boleh pegi facebook Tunku Azizah ni. Jumpa lagi untuk entry akan datang.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. as salam..TQ for the info...nk tnye overall cost ade cecah 4K ke? sis de additional cost x yg include ms wat payment tu??

    ReplyDelete