Monday, 26 September 2016

Komen lagu dan muzik video Anuar Zain - Andainya Takdir

Assalamualaikum.

Korang dah dengar lagu terbaru dari Anuar Zain - Andainya Takdir? Kalau belum dengar jangan lupa dengar ok. Since kitorang ni minat Anuar Zain. Kitorang nak bagi komen sikit pasal lagu dan muzik video Andainya Takdir ni.

Dari segi lagu:
Tak disangkal lagi, lagu bermelodi balada adalah makanan Anuar Zain. Bagi je la lagu apa, pasti akan dibawakan dengan begitu sempurna. Memang terbaik dari semua segi. Vokal tak payah cakap la, memang tip top. Awek awek dengar mesti cair punya lah. Dari segi lagu memang kitorang bagi 5 bintang!

Dari segi muzik video:
Tak tahu nak mula dari mana, tapi secara keseluruhannya jalan cerita yang boleh diterima pakai. Sebab dia buat ala ala drama gitu, mesej dia sampai tapi tak tau apa yang kurang. Dari segi lakonan memang tak ada masalah buat Sharifah Sakinah dan adik Balqis tu, Anuar Zain punya lakonan pun ok. Cuma kurang bahagian pertukaran masa je la kot, dari mula sampai habis rambut Anuar Zain maintain je panjang. Dari anak dia kecik sampai besar. Sharifah Sakinah pun maintain muda je muka. Huhuhu. Pastu efek rambut berterbangan macam terlalu banyak. Macam mengganggu mata bila tengok. Dan kenapa ada sambungan? Adakah lagu ini ada ada part 2 atau muzik video ni ada part 2 yang menyambung lagu ini atau cerita lain yang akan sambung dekat tv atau apa eh? Rasa kehairanan sikit disitu. Jarang jarang orang buat muzik video ada part 2. Hehehe. Apa apa pun, kitorang bagi 3 bintang untuk muzik video Andainya Takdir ni.

Baru 3 hari ditayangkan di youtube, jumlah tontonan dah mencecah hampir 300k. Syabas! Nampaknya Anuar Zain masih relevant dalam industri muzik Malaysia. Kalau korang belum tengok lagi muzik video Andainya Takdir ni, boleh la tengok.


Apa pula kata korang? Kitorang bukan menghentam atau memberi pandangan negatif, ini hanya pandangan kitorang tentang lagu Andainya Takdirnya. No heart feeling ok. Mungkin betul mungkin tak betul. Jangan kecam kitorang pula bila buat komen macam ni. Hehehe. Sekadar perkongsian, mana tau korang bersependapat dengan kitorang. Akan datang dapat tambah baik mana yang perlu jika komen yang diberikan ni membina. 

Apa apa pun tahniah Anuar Zain atas pelancaran single terbaru Andainya Takdir ini. Semoga terus menyinari industri muzik Malaysia.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment