Thursday, 29 September 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (Ogos 2016)

Assalamualaikum.


Report bulanan untuk RT paling banyak dekat twitter kitorang. Dah follow twitter kitorang belum? Jangan lupa ok. Tanpa buang masa jom kita tengok RT paling banyak dekat tweet yang mana satu ya!

No 1: 250 RT, 73 Like

No 2: 211 RT, 71 Like

No 3: 173 RT, 74 Like

No 4: 121 RT, 64 Like

No 5: 104, 46 Like

Macam mana? Korang ada RT tak? Ke tak layan twitter? Hahaha. Makin lama macam dah makin kurang RT. Mungkin tweet kitorang hambar kot. Bulan september nak kasi improve kitorang punya tweet. Hehehe! Itu saja untuk entry kali ini.

Assalamualaikum.

Monday, 26 September 2016

Komen lagu dan muzik video Anuar Zain - Andainya Takdir

Assalamualaikum.

Korang dah dengar lagu terbaru dari Anuar Zain - Andainya Takdir? Kalau belum dengar jangan lupa dengar ok. Since kitorang ni minat Anuar Zain. Kitorang nak bagi komen sikit pasal lagu dan muzik video Andainya Takdir ni.

Dari segi lagu:
Tak disangkal lagi, lagu bermelodi balada adalah makanan Anuar Zain. Bagi je la lagu apa, pasti akan dibawakan dengan begitu sempurna. Memang terbaik dari semua segi. Vokal tak payah cakap la, memang tip top. Awek awek dengar mesti cair punya lah. Dari segi lagu memang kitorang bagi 5 bintang!

Dari segi muzik video:
Tak tahu nak mula dari mana, tapi secara keseluruhannya jalan cerita yang boleh diterima pakai. Sebab dia buat ala ala drama gitu, mesej dia sampai tapi tak tau apa yang kurang. Dari segi lakonan memang tak ada masalah buat Sharifah Sakinah dan adik Balqis tu, Anuar Zain punya lakonan pun ok. Cuma kurang bahagian pertukaran masa je la kot, dari mula sampai habis rambut Anuar Zain maintain je panjang. Dari anak dia kecik sampai besar. Sharifah Sakinah pun maintain muda je muka. Huhuhu. Pastu efek rambut berterbangan macam terlalu banyak. Macam mengganggu mata bila tengok. Dan kenapa ada sambungan? Adakah lagu ini ada ada part 2 atau muzik video ni ada part 2 yang menyambung lagu ini atau cerita lain yang akan sambung dekat tv atau apa eh? Rasa kehairanan sikit disitu. Jarang jarang orang buat muzik video ada part 2. Hehehe. Apa apa pun, kitorang bagi 3 bintang untuk muzik video Andainya Takdir ni.

Baru 3 hari ditayangkan di youtube, jumlah tontonan dah mencecah hampir 300k. Syabas! Nampaknya Anuar Zain masih relevant dalam industri muzik Malaysia. Kalau korang belum tengok lagi muzik video Andainya Takdir ni, boleh la tengok.


Apa pula kata korang? Kitorang bukan menghentam atau memberi pandangan negatif, ini hanya pandangan kitorang tentang lagu Andainya Takdirnya. No heart feeling ok. Mungkin betul mungkin tak betul. Jangan kecam kitorang pula bila buat komen macam ni. Hehehe. Sekadar perkongsian, mana tau korang bersependapat dengan kitorang. Akan datang dapat tambah baik mana yang perlu jika komen yang diberikan ni membina. 

Apa apa pun tahniah Anuar Zain atas pelancaran single terbaru Andainya Takdir ini. Semoga terus menyinari industri muzik Malaysia.

Assalamualaikum.

Vending machine yang cool dari Nescafe

Assalamualaikum.

Last few days kitorang pergi The Curve, kitorang jumpa vending machine Nescafe yang agak cool. Sebab apa cool? Sebab korang boleh main simple game dan korang boleh dapat free stuff dari Nescafe. Yeayyy! FREE stuff. Kitorang memang suka benda percuma. Hahaha! Macam mana rupa game tu? Meh la tengok video yang sempat kitorang rakam.


Macam mana? Senang je kan nak main game tu? Kitorang tak tau la Nescafe letak vending machine tu kat mana lagi. Kalau korang terjumpa jangan segan dan cuba main ok! Its open to public. Sesiapa je boleh main. Tapi kalau korang main, pastu tak keluar apa-apa. Maksudnya free stuff diorang dah habis lah. Hehehe!

Satu cara pengiklanan yang bagus dari Nescafe! Keep it up! Ok, itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Thursday, 22 September 2016

Gift Box H&M

Assalamualaikum.

Korang selalu pergi shopping dekat H&M? Kalau korang selalu shopping dekat situ, jangan lupa dapatka gift box yang diorang sedia kan. Ianya sangat cantik, cool, nice dan awesome. Hahaha! Boleh request kalau korang nak bagi hadiah dekat sesiapa. Dan ianya percuma! Tak perlu bayar apa-apa. Cantik ke design gift box tu? Meh tengok sendiri dalam video kitorang ni.


Macam mana? Cool kan? Jangan lupa dapatkan gift box dari H&M tu. Boleh simpan atau bagi orang untuk hadiah. If korang dah tau info ni duduk diam diam. hehehe! Kalau tak tau lagi kongsi dan bagi tau kawan kawan yang lain ya! Itu saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Tuesday, 6 September 2016

Terima Kasih Oh! Media

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas kitorang ada tweet something dekat twitter pasal rambutan yang dah siap di kopek. Just random post dekat twitter. So far ramai yang bersependapat dengan tweet kitorang tu. Dapat RT lebih 5000+. WOW! Rasa macam retis. Hahaha!

Semalam facebook page Oh! Media ada kongsi screenshot tweet yang kitorang buat tu. Terima kasih Oh! Media kerana kongsikan tweet kitorang tu. Walaupun hanya random tweet. Hehe!


Rasa bangga dan kembang punggung tu ada sikit. Hahaha! Kepada yang masih belum follow twitter kitorang jangan lupa follow ok! Itu saja.

Assalamualaikum.