Monday, 8 August 2016

Pokemon Go Untuk Rakyat Malaysia

Assalamualaikum.

Akhirnya permainan Pokemon Go dah masuk Malaysia. Kitorang rasa ramai yang tertunggu bila la nak masuk Malaysia. Secara rasminya Pokemon go ni masuk Malaysia sabtu lepas (6 Ogos 2016). Berjoget sakan la peminat Pokemon ni.


Nampaknya babah didil tak terkecuali terjebak nak main Pokemon Go ni. Hehehe! Nak main game ni mudah je, korang kena berjalan untuk tangkap pelbagai Pokemon yang berada di persekitaran korang. Sambil memburu tu sambil bersenam la kan. Pastu ada juga gym untuk bersaing dengan pasukan lain dan macam-macam lagi. Korang kena la explore sikit ya. 

Pokemon Go ni trending dekat twitter masa sabtu lepas. Sampai ada yang dah buat video macam mana nak main game ni. Some of video yang korang boleh tengok dan layan adalah dari youtube NerdGamingMalaysia. Jom kita layan.


Amacam? Cool kan? Tapi contoh video ni tak elok ok, jangan tiru. Nak main boleh tapi jangan sampai membahayakan diri korang. Cuma jangan terlalu taksus sampai jadi benda tak elok pula nanti. Ok?

Kalau korang belum download game ni, sila download. Just for fun dan habiskan masa lapang korang dengan main Pokemon Go ni. Tak salah nak main tapi jangan sampai leka dah la. Kerja dan tanggungjawab pada keluarga jangan lupa ya!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment