Sunday, 14 August 2016

Peraduan Gambar #cantiknyaMalaysia

Assalamualaikum.

Apa khabar korang semua. Harap sihat hendaknya. Entry kali ni kitorang nak kongsi dengan korang pasal peraduan #cantiknyaMalaysia yang dianjurkan oleh TV3 dan juga Huawei. Peraduan ni tersangat la senang nak sertai. Semudah ABC, 123. Haaaa. Kalau dah senang kenapa tak nak sertai. Mana tau rezeki korang dapat menang hadiah.

Macam mana sertai peradua ni? Ni adalah cara paling mudah untuk korang sertai.


1. Ambil apa-apa gambar menggambarkan kecantikan atau keindahan Malaysia. Tak kisah lah dari aspek apa sekali pun. Lain orang lain cara dia mentafsir maksud "CANTIK" tu.

2. Upload gambar korang dalam Instagram korang. Make sure Instagram korang tak private eh. Kena open to public. Bila dah upload gambar kena la bagi caption tidak melebihi 30 patah perkataan pasal gambar tersebut.

3. Sebelum nak upload tu, kena la letak hashtag #cantiknyaMalaysia dan #HuaweiBestWei. Itu hashtag wajib ok. Kalau tak letak hashtag maksudnya korang tak sertai peraduan ni la. Hehehe.

Selesai! Senang kan?! Tak susah pun nak sertai peraduan #cantiknyaMalaysia ni. Ikut je langkah-langkah diatas ni. Di ingatkan, korang kena letak caption dan hashtag sekali ok. Kalau letak hashtag je tanpa letak caption, mungkin penyertaan korang tak dikira. Make sure ikut peraturan ok!

Hadiah dapat apa eh? Hadiah dia menarik ok! 5 pemenang akan memenangi wang tunai RM1000, telefon pintar Huawei dan gambar mereka ada disiarkan dalam tv. Cool kan? Apa lagi. Cepat-cepat la sertai. Peraduan dah pun bermula dari 1 Ogos 2016 hingga 5 September 2016. 

Masih tak faham juga? Meh la tengok video promo untuk peraduan ni. Harap dapat membantu.


Selamat mencuba semua!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment