Friday, 29 July 2016

Perkhidmatan Buat Resume Kreatif

Assalamualaikum.

Ada sesiapa perlukan perkhidmatan buat kreatif resume? Mana tau korang nak resume yang lain dari yang lain. Ni hah kitorang ada sediakan khidmat buat resume kreatif. Babah didil la yang buat. Dari resume biasa dalam  bentuk words tu akan di edit jadi resume kreatif. Ada yang masih tak faham apa tu resume kreatif? Kalau tak faham meh tengok contoh kat bawah ni.



Dah faham apa resume kreatif? Kalau korang berminat nak ubah resume korang boleh la hubungi babah didil ya. Whatsapp je 0177252087. InsyaAllah korang akan dapat khidmat yang terbaik dari babah didil. Gitu! Lepas ada resume kreatif ni, baru la semangat sikit korang nak apply kerja lepas ni. Hehehe.

Good luck semua!

Assalamualaikum.

Sunday, 24 July 2016

5 Jawapan Masuk Akal Bila Orang Tanya "Kenapa Kau Gemuk?"

Assalamualaikum.

Siapa berbadan besar kat sini? Mesti selalu dapat soalan "kenapa kau gemuk?". Soalan ni selalu jadi persoalan bila dah lama tak jumpa atau saja nak mulakan perbualan (kalau orang tu badan berisi la). Setuju?

Kat sini kitorang nak bagi sedikit tips kalau ada orang tanya korang "kenapa kay gemuk?". Harap dapat membantu la. Kitorang rasa jawapan ni boleh di terima pakai. Hahaha! Jom tengok 5 jawapan masuk akal yang kitorang dapat bantu.





 

Kitorang tweet benda ni kat twitter kitorang. Macam mana? Membantu tak jawapan dari kitorang ni? Hahaha! Harap dapat membantu ya. Yang berbadan besar tu jangan la sedih bila orang tanya soalan "kenapa kau gemuk?". Fikir positive je ok?

Itu saja untuk entry kali ini.

Assalamualaikum.

Thursday, 14 July 2016

Movie Review : Ghostbusters

Assalamualaikum.

Seperti biasa kalau dapat tiket premiere movie baru, kitorang akan buat review. Movie review kali ni untuk filem Ghostbuster. Apa yang best ya dengan cerita ni? Jom baca ulasan dari kitorang!


Ok kitorang rasa semua tau filem ni pasal apa. Filem ni mengisahkan pasukan penangkap hantu. Filem ni macam lain dari cerita asal Ghostbusters di mana kalau ikut cerita asal pasukan penangkap hantu ni lelaki. Tapi untuk filem Ghostbusters ni pasukan penangkap hantu dia semua perempuan. Dalam filem ni menceritkan macam mana pasukan Ghostbuster terbentuk walaupun ada yang tak suka dan percaya dengan kewujudan hantu ni.Cerita jadi best bila mulanya hantu mula tonjolkan diri dekat bandar New York. Lepas tu apa jadi?

Haaa, korang kena la tengok sendiri. Menghiburkan sebab penangkap hantu tu perempuan yang kelakar. Kitorang bagi 3 bintang. Yeayyy! Kalau yang takut hantu pun akan jadi tak takut hantu sebab hantu dia macam terlalu urban. Hehehe!

Ok, itu saja movie review untuk kali ni. Janghan lupa pergi panggung ok!

Assalamualaikum.

Saturday, 9 July 2016

Koleksi Iklan/Filem Pendek Raya 2016

Assalamualaikum.

Kalau raya, benda yang menarik perhatian kitorang adalah iklan/filem pendek raya. Kira iklan/filem pendek raya ni buat kitorang tertunggu-tunggu juga la. Nak tengok  dan bezakan iklan/filem pendek raya mana paling best tahun ni. Huhuhu. Untuk tahun 2016 ni, kitorang rasa iklan paling best adalah iklan dari TNB Malaysia. Simple tapi sangat bermakna!

Apa-apa pun, ni antara koleksi iklan/filem pendek raya yang ada untuk tahun 2016. Jom kita enjoy!



\










Korang suka iklan/filem pendek yang mana? Cuba share dengan kitorang. Hehehe! Selamat hari raya. Yeayyy!

Assalamualaikum.