Monday, 13 June 2016

"I Don't Know My Name" oleh Grace VanderWaal

Assalamualaikum.

Siapa kat sini suka tengok program realiti? Kitorang memang suka tengok! Hahaha. Baru-baru ni kat youtube tengah viral kanak-kanak berusia 12 tahun, Grace VanderWaal menyertai sesi ujibakat American's Got Talent. Nampak macam biasa-biasa je. Tapi bila menyanyi, korang akan terkejut la dengan bakat nyanyian budak tu.

Dah tengok belum video sesi ujibakat tu? Dah viral kot. Lebih 10 juta penonton di laman youtube American's Got Talent dalam masa kurang seminggu. Jom kita layan.


Menyanyikan lagu ciptaan sendiri " I Don't Know My Name" membuatkan Grace mendapat pujian yang cukup baik dari juri. Sampai dapat golden buzzer terus ke live show. Hebat kan?! Juri pun ada cakap dia akan bakal jadi the next Taylor Swift. WOW! Tu memang power.

Mampukah Grace akan mara ke peringkat seterusnya? Sama-sama la kita nantikan ya. Semua tu korang boleh tengok update dekat youtube American's Got Talent ok!

Bila nak ada peserta dari Malaysia? Jeng jeng jeng.

Assalamualaikum. 

No comments:

Post a comment