Thursday, 30 June 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (Mei 2016)

Assalamualaikum.

Nak kongsi report bulanan twitter kitorang. Untuk bulan Mei ni, jom kita tengok jumlah RT dan likes paling banyak dari tweet kitorang. Tweet apa yang sampai banyak sangat RT dan likes tu? Jom kita tengok!

Nombor 1 : 2134 RT, 1042 Likes

Nombor 2 ; 949 RT, 341 Likes

Nombor 3 : 514 RT, 152 Likes

Nombor 4 : 476 RT, 212 Likes

Nombor 5 : 344 RT, 185 Likes

Haaaa, tweet mana yang ada korang RT atau likes? Ke korang masih tak follow twitter kitorang? Huhuhu. Kalau belum follow sila follow la ya. Tak rugi pun. Hehehe! Ok la, itu saja report twitter untuk kali ini.

Assalamualaikum.

Tuesday, 14 June 2016

Mat Salleh beri reaksi pada lagu Yuna "Crush"

Assalamualaikum.

Dah dengar lagu dan muzik video Yuna berduet dengan Usher berjudul "Crush"? Korang patut tengok ok. Artis tempatan yang dah berjaya di peringkat antarabangsa. Tahniah Yuna! Tapi adakah mat saleh kat sana tu dapat terima lagu Yuna bersama Usher tu? Jom kita tonton reaksi mat saleh ni bila dengar lagu dan tengok muzik video "Crush" ni.


Nampaknya mat saleh ni macam berikan respon yang positif dekat lagu dan muzik video "Crush" ni. Walaupun macam ada sedikit rasa tak puas hati. Tapi secara keseluruhan mereka suka dengan lagu Yuna berduet dengan Usher ni.

Haaaa, siapa kata artis Malaysia tak mampu bersaing dengan artis antarabangsa. Kitorang rasa bangga kejap sebab Yuna dah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Keep it up Yuna! Teruskan buat lagu yang best ok. InsyaAllah akan berjaya lagi dimasa akan datang. Ole!

Itu saja untuk perkongsian kali ini.

Assalamualaikum.

Monday, 13 June 2016

"I Don't Know My Name" oleh Grace VanderWaal

Assalamualaikum.

Siapa kat sini suka tengok program realiti? Kitorang memang suka tengok! Hahaha. Baru-baru ni kat youtube tengah viral kanak-kanak berusia 12 tahun, Grace VanderWaal menyertai sesi ujibakat American's Got Talent. Nampak macam biasa-biasa je. Tapi bila menyanyi, korang akan terkejut la dengan bakat nyanyian budak tu.

Dah tengok belum video sesi ujibakat tu? Dah viral kot. Lebih 10 juta penonton di laman youtube American's Got Talent dalam masa kurang seminggu. Jom kita layan.


Menyanyikan lagu ciptaan sendiri " I Don't Know My Name" membuatkan Grace mendapat pujian yang cukup baik dari juri. Sampai dapat golden buzzer terus ke live show. Hebat kan?! Juri pun ada cakap dia akan bakal jadi the next Taylor Swift. WOW! Tu memang power.

Mampukah Grace akan mara ke peringkat seterusnya? Sama-sama la kita nantikan ya. Semua tu korang boleh tengok update dekat youtube American's Got Talent ok!

Bila nak ada peserta dari Malaysia? Jeng jeng jeng.

Assalamualaikum. 

Iklan Samsung Ramadhan: Siberturahim

Assalamualaikum.

Salam ramadan semua! Dah seminggu puasa baru nak wish kan. Hahaha! Macam mana puasa korang? Kitorang ok saja. Kali ni kitorang nak share dengan koran iklan Samsung Ramadan. Best ok! Sangat berkait rapat dengan kita untuk masa sekarang. Ye la masing-masing sibuk dengan teknologi kan. Jadi iklan ni sangat berkesan!

Korang dah tengok ke belum? Very simple story line tapi betul-betul kena dengan situasi sekarang ni. Kalau belum tengok iklan tu, meh tengok sini.


Best kan iklan Samsung Ramadan ni! Moral of the video, dalam keluarga jangan la bermasam muka, bergaduh semua ok. Back to back kita semua satu keluarga. Kena la saling menyayangi antara satu sama lain. Bukan pentingkan diri sendiri dan ego. Kalau ada gaduh-gaduh tu bermaaf-maafan la ya. Hehehe. 

Lagi 3 minggu nak raya, macam mana persiapan korang? Jangan buat persiapan saat-saat akhir ok! Sekarang tak sabar nak tunggu iklan raya apa yang best untuk tahun ni. Nantikan entry pasal iklan raya pula. Selamat berpuasa semua!

Assalamualaikum.