Wednesday, 11 May 2016

Movie Review : The Angry Birds Movie

Assalamualaikum.

Untuk movie review kali ni kitorang review filem The Angry Birds Movie. Siapa suka angry birds? Siapa pernah main game angry birds? Mesti pernah main kan. Dari game jadi filem. Apa yang menarik ya? Adakah filem ni cerita pasal game? Jom baca review kitorang.

Ok, filem ni bukan cerita pasal game angry birds pun. Filem ni cerita pasal red (burung merah berkening pelik) yang tidak digemari dan difahami oleh burung-burung yang lain sejak dia kecil. Membesar di pulau burung namun duduk jauh dari perkampungan burung-burung lain. Red ni ada masalah marah. Sebab tu dia disuruh pergi kelas kawal kemarahan dia tu. Start dia pergi kelas kawal kemarahan tu bermula la kisah dimana ada geng piggy (khinzir hijua) datang pulau burung untuk curi semua telur burung dan musnahkan pulau burung tu. Red mensyaki yang geng piggy nak lakukan sesuatu yang buruk dekat pulau burung tu tapi sebab burung-burung lain tak percaya sebab Red ni tak digemari dan susah untuk dipercayai. Cerita bertambah klimaks bila semua telur dah kena curi dengan geng piggy. Nak tau apa kesudahanya, korang kena la tengok filem The Angry Birds Movie ni.

Filem ni serius best dan tak boring. Ada lawak yang buat korang tergelak. Dari segi penceritaan mudah difahami dan fun untuk ditonton. Seperti biasa nilai kerjasama, persahabatan, kekeluargaan ada dalam penceritaan filem ni. Kira lengkap la untuk tontonan seisi keluarga. Apa-apa pun The Angry Birds Moview ni filem kartun yang awesome! Kalau korang bawak budak-budak kecil mesti diorang suka. Kitorang bagi 4 bintang. Yeayyy!

Apa yang menarik perhatian kitorang adalah tiket tayangan premiere yang kitorang dapat. Super cool dan sangat kreatif. Tak percaya? Tengok kat bawah ni, cool kan?


Tayangan seluruh negara bermula 12 Mei 2016. Korang jangan lupa pergi tengok ok. Ajak anak-anak atau budak-budak kecil. Memang happening nanti panggung tu. Kalau nak feel lebih sikit apa kata korang layan trailer dia ni:


Memang berbaloi dan tak rugi kalau korang pergi tengok. Ok, sekian saja movie review untuk kali ni. Maaf kalau review kami ni ada kekurangan dari segi penceritaan dan rumusannya. Ye la, masa tengok tak fokus sangat sebab sibuk layan anak yang tak reti duduk dia. Hahaha! Apa movie yang seterusnya? Nak tiket free please! Hehehe.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Nice! This post will help in taking the decision properly. I am about to finish watching shows by Andy Yeatman and I was looking forward to add a nice movie to my list. I guess I am ready now and I would love to watch this movie with all my friends and cousins.

    ReplyDelete