Monday, 30 May 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (April 2016)

Assalamualaikum.

Masih tak follow kitorang dekat twitter? Alahai sedihnya! Cepat follow. Hahaha! Macam biasa setiap bulan kitorang akan kongsi jumlah RT paling banyak dari twitter kitorang. Bulan ni tweet apa yang banyak RT? Jom kita tengok!

Nombor 1 : 3800+k RT, 1500+k Like

Nombor 2 : 763 RT, 263 Like

Nombor 3 : 434 RT, 128 Like

Nombor 4 : 357 RT, 99 Like

Nombor 5 : 266 RT, 145 Like

RT paling banyak untuk bulan April ni jadi viral jugak sebab ada beberapa Faceboook page share. Mungkin gambar tu nampak comel. Bertuah la labu, gambar dia ramai yang tengok. Hehehe. Ok la, itu saja untuk entry kali ni. Kepada korang semua yang masih belum follow kitorang dekat twitter, jangan lupa follow ok!

Assalamualaikum.

Tuesday, 24 May 2016

Ulang Tahun Kedua Perkahwinan #mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Hari ni 24 Mei 2016 genaplah usia perkahwinan kitorang yang ke 2. Alhamdulillah dah 2 tahun. Banyak benda dah jadi. Kejap ok. Kejap gaduh. Kejap bertekak. Biasa la tu asam garam hidup berkeluarga. So far kitorang dapat hadapinya bersama-sama. Syukur alhamdulillah.

Nak kongsi apa sempena ulang tahun ke 2 perkahwinan kitorang ni? Nak kongsi gambar nikah. Dah tunjuk entry tahun lepas. Nak tunjuk video nikah. Dah tunjuk jugak. Apa eh nak kongsi dengan korang? Hehehe

Ok la. Kitorang kongi benda yang sweet sikit. Sempena anniversary ni, mrsaidil ada buat something dekat mraidil. Dia buat loves notes lekat kat dinding. Ada 3 lokasi berbeza ok.

1. Luar pintu bilik air
2. Dalam bilik air
3. Pintu keluar rumah


Gitu! Sweet tak mrsaidil? Buat surprise bagi dekat mraidil. Hehehe. Paling sweet bila mrsaidil letak loves note dekat dalam laptop mraidil. Pandai nak buat surprise!


Rasanya tu je yang kitorang nak kongsi. Benda lain tu tak ada apa sangat. Nak buat surprise gempak-gempak pun gaji belum masuk. Hahahaha! Simple and sweet pun dah cukup. Apa-apa pun korang doakan la yang baik-baik dekat kitorang ya. Harap perkahwinan kitorang kekal selamanya. Amin.

Happy 2nd year wedding anniversary untuk kitorang. YEAYYY!

Assalamualaikum.

Wednesday, 11 May 2016

Movie Review : The Angry Birds Movie

Assalamualaikum.

Untuk movie review kali ni kitorang review filem The Angry Birds Movie. Siapa suka angry birds? Siapa pernah main game angry birds? Mesti pernah main kan. Dari game jadi filem. Apa yang menarik ya? Adakah filem ni cerita pasal game? Jom baca review kitorang.

Ok, filem ni bukan cerita pasal game angry birds pun. Filem ni cerita pasal red (burung merah berkening pelik) yang tidak digemari dan difahami oleh burung-burung yang lain sejak dia kecil. Membesar di pulau burung namun duduk jauh dari perkampungan burung-burung lain. Red ni ada masalah marah. Sebab tu dia disuruh pergi kelas kawal kemarahan dia tu. Start dia pergi kelas kawal kemarahan tu bermula la kisah dimana ada geng piggy (khinzir hijua) datang pulau burung untuk curi semua telur burung dan musnahkan pulau burung tu. Red mensyaki yang geng piggy nak lakukan sesuatu yang buruk dekat pulau burung tu tapi sebab burung-burung lain tak percaya sebab Red ni tak digemari dan susah untuk dipercayai. Cerita bertambah klimaks bila semua telur dah kena curi dengan geng piggy. Nak tau apa kesudahanya, korang kena la tengok filem The Angry Birds Movie ni.

Filem ni serius best dan tak boring. Ada lawak yang buat korang tergelak. Dari segi penceritaan mudah difahami dan fun untuk ditonton. Seperti biasa nilai kerjasama, persahabatan, kekeluargaan ada dalam penceritaan filem ni. Kira lengkap la untuk tontonan seisi keluarga. Apa-apa pun The Angry Birds Moview ni filem kartun yang awesome! Kalau korang bawak budak-budak kecil mesti diorang suka. Kitorang bagi 4 bintang. Yeayyy!

Apa yang menarik perhatian kitorang adalah tiket tayangan premiere yang kitorang dapat. Super cool dan sangat kreatif. Tak percaya? Tengok kat bawah ni, cool kan?


Tayangan seluruh negara bermula 12 Mei 2016. Korang jangan lupa pergi tengok ok. Ajak anak-anak atau budak-budak kecil. Memang happening nanti panggung tu. Kalau nak feel lebih sikit apa kata korang layan trailer dia ni:


Memang berbaloi dan tak rugi kalau korang pergi tengok. Ok, sekian saja movie review untuk kali ni. Maaf kalau review kami ni ada kekurangan dari segi penceritaan dan rumusannya. Ye la, masa tengok tak fokus sangat sebab sibuk layan anak yang tak reti duduk dia. Hahaha! Apa movie yang seterusnya? Nak tiket free please! Hehehe.

Assalamualaikum.

Thursday, 5 May 2016

Baju Melayu Khaleesh

Assalamualaikum.

Nak khabarkan pada semua yang kitorang ada jual baju melayu untuk bayi/kanak-kanak. Sebenarnya dah lama nak buat perniagaan ni. Sekarang baru ada masa untuk buat. Alhamdulillah tahun 2016 ni kitorang cuba sesuatu yang baru dalam bidang perniagaan ni.

Baju melayu khaleesh diberi nama, sempena nama anak kembar kitorang. Secara asasnya ia hanya la baju melayu biasa. Kitorang pilih untuk buat baju melayu Johor sebab lebih senang untuk bayi/kanak-kanak pakai. Cutting dia selesa untuk budak-budak kecil.

Buat masa ini kitorang buat 5 pilihan warna yang berbeza iaitu merah (furschia red), biru (royal blue), warna belacan (dusty pink), kelabu (grey) dan peach. Dengan 3 pilihan saiz iaitu 0-6 bulan, 6-12 bulan dan 1 tahun+. Material kain guna cotton hakonne spuns. Contoh gambar seperti dibawah:






Harga asal RM100 je dengan penghantaran PERCUMA! Tapi sekarang ada harga promosi RM90 je sampai 31 Mei 2016. Boleh buat tempahan awal dan boleh bayar 2 kali tau. Mana tau korang tak ada duit kan. Boleh bayar sikit-sikit. Berminat nak beli? Boleh whatsapp je 0177252087 untuk buat tempahan. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow instagram khaleeshshop.


Puasa lagi 1 bulan, Raya lagi 2 bulan. Kena siapkan awal baju raya. Kang nanti nak raya tak ada baju raya pun. Mungkin apa yang kitorang jual ni dapat membantu korang dapatkan baju melayu raya untuk anak-anak korang. Harap kitorang dapat sokongan dari korang semua. Hehehe

Oh ya, baju melayu khaleesh ni sekali dengan seluar ok. Bukan baju saja. Gambar hanya untuk tujuan iklan. Akan datang ada baju kurta khaleesh pula! :)

Selamat membeli belah di khaleeshshop!

Assalamaualaikum.