Thursday, 21 April 2016

#TontonMacamVIP

Assalamualaikum.

Siapa kat sini ada akaun tonton? Tau tak tonton tu apa? Tonton ni laman web online yang menyediakan rancangan yang ada dekat TV3, TV9, NTV7 dan juga 8TV. Kiranya kalau korang terlepas tonton rancangan kat station tv tu, boleh la korang tengok dekat tonton.

Dulu tonton sediakan siaran percuma kepada semua pengguna. Tapi lepas dia buat beberapa perubahan dan beri nafas baru beberapa hari lepas. Ada la sedikit perubahan. Seperti yang dijangka, siaran percuma telah digantikan kepada siaran berbayar. Tapi tak semua rancangan dikenakan bayaran.

Mungkin pengguna ada yang rasa sedikit kekecewaan sebab sebelum ni semua siaran boleh tengok tanpa sebarang bayar. Sekarang berbayar pula. Mana mana pengguna tak mengamuk dengan perubahan baru ni. Macam-macam komen negatif telah dilemparkan dekat laman sosial tonton. Korang tengok la sendiri.

Kalau difikirkan balik, mungkin itu satu strategi pemasaran dari pihak tonton untuk lebih dekat dengan penggunanya. Dengan tag line #TontonMacamVIP membolehkan pengguna dilayan seperti VIP. VIP tu maksudnya bila korang subscribe pelan tonton yang sedia ada, korang boleh la tonton drama kegemaran korang. Yang tak subscribe tu tak dapat la tonton. Kan? Nampak tak beza bila korang ada subscribe pelan tonton dan tak subscribe? Apa yang lebih menarik, kalau korang dah subsribe pelan tonton, korang boleh download rancangan kegemaran korang tu dan boleh tengok secara offline. Cool kan?


Ini interface terbaru tonton. Kalau korang nak tengok boleh klik www.tonton.com.my. Interface baru ni nampak lebih teratur dan mesra pelanggan berbanding interface yang lama. Tonton juga memperkenalkan logo terbaru dari mereka. Logo yang lebih matang dan nampak segar! Pendapat korang?


Seperti yang kitorang cakap tadi, kalau nak jadi VIP pengguna tonton mudah je. Subscribe pelan tonton yang dah disediakan. Bagi kitorang tak de la mahal pun. Mampu bayar la orang cakap. Nak layanan VIP kena la keluar duit sikit. Tak gitu? Ini pelan langganan tonton yang boleh korang beli.

Pelan serendah RM3 untuk akses sehari. Tak kan korang rasa mahal sangat untuk layan rancangan kegemaran korang? Buat la pilihan yang bijak sebab ada 4 pelan langganan yang disediakan. Apa yang boleh kitorang sarankan, kongsi dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Subscribe 1 pelan, pastu kongsi ramai-ramai. Kan jimat tu?


Yang selalu on the phone tu korang boleh la muat turun aplikasi tonton di handphone korang. So senang la korang nak tengok rancangan kegemaran korang kalau tak ada laptop. Memudahkan korang untuk layan tonton kata mana-mana je. Muat turun aplikasi tonton di Play store dan juga App store (akan datang).

Macam mana? Masih geram dengan tonton sebab diorang dah kenakan bayaran untuk tengok rancangan kegemaran korang? Sebagai pengguna, korang kena fikir juga baik buruk sesuatu benda tu. Jangan cepat menghukum. Dalam hidup ni tak kan nak selalu bergantung hidup dengan benda percuma je kan. Fikir positif je. Tak perlu nak hentam itu ini.

Bagi kitorang simple je. Kalau nak tengok rancangan kegemaran korang, bayar je. Kalau tak mampu nak bayar. Tak payah tengok. Korang ada sumber lain untuk tengok rancangan kegemaran korang kan? Cari yang percuma. Mudah bukan?

Konsep dia lebih kurang macam Astro on the go, iflix dan lain-lain. Kalau korang bayar baru boleh korang tengok. Tak bayar jangan nak merungut. Take it or leave it. Gitu! Hehehe. Jadilah pengguna yang bijak ya. Tak perlu nak korang hentam dan bagi komen negatif. Apa korang dapat, dapat penat je kan.

Itulah sedikit penjelasan dan pemahaman kitorang selepas tengok interface dan perubahan baru tonton. Bagi kitorang ok je, good step to future. Sebab TV semakin lama orang dah tak tengok sangat. Semua pun lebih kepada online. Jangan terkejut kalau satu hari nanti TV dah tak ada orang tengok. Seram tak? Hahaha.

Itu saja untuk entry kali ni.

Assalamualaikum.

18 comments:

  1. macam mana cara nak stopkan langanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. login >> klik profile >> blh kanan de membership >> cancel renewal

      Delete
    2. Saya lupa email ngan password tonton la

      Delete
    3. Dah try tp x de cancel renewal

      Delete
  2. Mcm mana nk beli tonton vip selain pkai kad kredit?

    ReplyDelete
  3. Sya da lma stop tgk tnton and sya amk plan rm5 per week , tpi wlaupun sya da x tgok tnton ... Dia still amk per week at bill sya so dia jdi rugi. Jdi soalan sya , ada spe2 thu how to stop plan rm5 ni 😂😂😂 . Sya da cba stop , tpi still x blh 😭😭

    ReplyDelete
  4. Awak boleh bagi sikit pencerahan. Kalau dulu saya boleh tonton episod yang belum dimainkan di tv, tapi skrg dah tak boleh nak tonton drama yg belum ditayang kan di tv. So, macam mana nak buat utk saya nak tgk in advance before masuk tv? 😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Awak boleh bagi sikit pencerahan. Kalau dulu saya boleh tonton episod yang belum dimainkan di tv, tapi skrg dah tak boleh nak tonton drama yg belum ditayang kan di tv. So, macam mana nak buat utk saya nak tgk in advance before masuk tv? 😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  6. Bayar RM3 tu mmg boleh tgk tanpa on data ke? Kalau bayar RM3 tu data stilk jalan ke mcm mn?

    ReplyDelete
  7. nk tngok drama chinese ...tpi x der sub huhu...ad cara x nk bg ad sub

    ReplyDelete
  8. saya nk stop langgan yg rm5 tu tapi dkt bahagian membership tu xde pon cancel renewal.. mcm mane nk ea?

    ReplyDelete
  9. mcm mn nk cancel..bayar for nothing

    ReplyDelete
  10. pada sesiapa yang nak terminate subscription.
    utk Android User.

    1. Pergi kat Playstore. / Open Playstore
    2. Cari Apps Tonton
    3. Kat situ korang akan dapat tgk Package yang korang pilih. Klik pada Manage Subcriptions.
    4. Korang klik pada Cancel Subcriptions.
    5. Done.

    Utk yang download apps melalui PC/IOS. Nanti aku cuba dapatkan info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu, bergu a sangat info ni

      Delete
    2. sy try cari word cancel subscription dlm apps tonton kt fon...xjumpe.yg ade dlm tab membership tu membership type n remewal date.plsss assist.

      Delete
    3. Kena uninstall dulu..lepas tu nnti kat bawah tu baru jumpa manage subcription..

      Delete
  11. Tonton kadang tak boleh main dengan baik...kadang berhenti dan ulang semula iklan menyemak

    ReplyDelete