Saturday, 30 April 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (Mac 2016)

Assalamualaikum.

Update untuk RT paling banyak sepanjang bulan Mac 2016. Korang dah follow belum Twitter kitorang. Kitorang sangat aktif dekat twitter. Kalau nak tweet tweet tu jangan lupa mention kitorang ok. InsyaAllah kitorang akan balas dan follow balik. Jom kita tengok top 5 RT paling banyak sepanjang bulan Mac ni:

Nombor 1: 462 RT, 152 Likes

Nombor 2: 221 RT, 82 Likes


Nombor 3: 195 RT, 63 Likes


Nombor 4: 187 RT, 75 Likes



Nombor 5: 172 RT, 76 Likes

Macam mana top 5 RT untuk bulan Mac 2016? Pernah korang rasa atau fikir macam apa yang kitorang tu? Hehehe. Korang ada RT or like any tweet yang pernah kitorang tweet? Kepada semua yang dah follow, terima kasih kitorang ucapakan. Terus usha twitter kitorang. Kitorang akan update lagi tweet-tweet hambar untuk korang. 


Ok itu saja untuk entry kali ni, kita tengok pula top 5 RT paling banyak untuk bulan April 2016 nanti ok! Cepat follow twitter kitorang mrandmrsaidil.

Assalamualaikum.

Wednesday, 27 April 2016

Movie Review : Ada Apa Dengan Cinta 2

Assalamualaikum.

Siapa kat sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta? Kitorang rasa ramai je yang dah tengok filem Ada Apa Dengan Cinta ni kan? Pasti ramai yang tunggu Ada Apa Dengan Cinta 2 kan. Ada Apa Dengan Cinta 2 akan di tayangkan di pawagam pada 28 April 2016 di seluruh Malaysia. Tapi kitorang dapat tonton lebih awal sebab dapat tengok movie premiere. Jadi kitorang akan beri review untuk filem ini.


Ok, secara ringkas filem Ada Apa Dengan Cinta 2 ni menceritakan kisah bagaimana Rangga berjumpa kembali Cinta selepas 9 tahun Rangga meninggalkan Cinta. Jumpa pun tak sengaja sebab Rangga pulang ke Yogyakarta sebab nak berjumpa ibunya selepas 25 tahun tak jumpa. Tapi Rangga balik ke Indonesia dulu untuk cari Cinta di rumah lama, tapi Cinta dah berpindah. Bila tak jumpa Cinta, Rangga pun ke Yogyakarta untuk mencari ibunya. Pada yang sama Cinta dan kawan-kawannya bercuti ke Yogyakarta. 


Dari situ mula la cerita bila Karmen dan Milly ternampak Rangga berjalan-jalan sekitar pekan Yogyakarta. Karmen dan Milly beritahu Cinta yang mereka jumpa Rangga di pekan. Tapi Cinta tak nak jumpa Rangga. Karmen buat temujanji tanpa pengetahuan Cinta di sebuah pameran seni untuk pertemukan Cinta dan Rangga. Karmen buat macam ni sebab nak suruh Cinta dapat penjelasan dari Rangga kenapa Cinta ditinggalkan dan memutuskan hubungan cinta sebelum Cinta berkahwin dengan Trian. 


Akhirnya Cinta bersetuju untuk jumpa dengan Rangga untuk dapatkan penjelasan kenapa dia ditinggalkan. Bila Cinta dan Rangga berjumpa, macam-macam jadi. Apa jadi lepas tu? Adakah Cinta dan Rangga akan kembali bercinta? Korang kena la tengok filem ni. Kitorang tak nak kasi spoiler. Hahaha!

Apa-apa pun cinematografi dia superb. Pemandangan semua lawa-lawa. Shoot semua menarik. Pelakon semua pandai berlakon. Memang best lah! Kitorang bagi 4 bintang! Yeayyy! Kepada peminat Ada Apa Dengan Cinta, korang wajib tengok sebab Ada Apa Dengan Cinta 2 menceritakan segalanya kenapa Rangga tinggalkan Cinta. Pergi tengok ok. Tak rugi. Memang berbaloi, tak tipu.

Itu saja movie review kali ni. ok next movie please! Hahaha.

Assalamualaikum.

Tuesday, 26 April 2016

Mengandung Kali Ke 2. Anak Ke 3.

Assalamualaikum.

Cuma nak kongsi berita gembira. Alhamdulillah, mrsaidil mengandung buat kali ke 2. Tapi anak yang ke 3. Syukur sangat atas rezeki yang diberikan. Mungkin ramai yang cakap "eh anak kembar baru setahun kan? Cepat betul tambah anak". Bagi kitorang, tuhan akan beri rezeki kalau Dia tahu kita mampu dan bersedia untuk laksanakan tanggungjawab yang diberi. Terima kasih atas rezeki ni. Tak semua orang tuhan nak berikan rezeki macam ni kan? Makin besar tanggungjawab yang kena kitorang pegang dan laksanakan.


Kandungan dah masuk 2 bulan. Kitorang tahu mrsaidil mengandung masa tu baru 2 minggu, masa 2 minggu tu kitorang tak nak kecoh-kecoh sangat sebab masih terlalu awal lagi nak kongsi. Lepas masuk 2 bulan dan kandungan dah stabil, baru kitorang nak kongsi dengan semua. InsyaAllah kitorang akan kongsi perkembangan kandungan anak ke dua ni macam yang kitorang buat masa mrsaidil mengandungkan kembar. Siapa yang tak tau atau tak pernah tengok perkembangan kandungan kembar, boleh tengok dekat youtube kitorang. Klik sini ok.

Bila mrsaidil mengandung kali kedua ni, antara soalan yang menjadi pertanyaan semua orang adalah "mengandung kembar lagi tak?". Sebab masa mengandungkan anak pertama, mrsaidil kan mengandung kembar. Jadi bila mengandung kali ke dua ni. Tu la soalan yang paling banyak kitorang dapat, hehehe. Tapi setakat ini, kandungan mrsaidil sorang je. Tak kembar pun. Tapi tak tau la tiba-tiba kembar lagi. 

Apa-apa pun terima kasih atas ucapan tahniah dan pertanyaan yang diberikan kepada mrsaidil. Doakan kandungan mrsaidil terus dalam keadaan baik sampai bersalin nanti. Tunggu video dan entry pasal perkembangan kandungan yang kitorang akan buat nanti. Mungkin akan lain sikit sebab mrsaidil mengandungkan 1 baby je, pengalaman dia mesti beza sikit dari mengandung kembar.

Ok. Itu saja. Oh ya, kitorang harapkan dapat baby perempuan pula la kali ni. Hehehe.

Assalamualaikum.

Thursday, 21 April 2016

#TontonMacamVIP

Assalamualaikum.

Siapa kat sini ada akaun tonton? Tau tak tonton tu apa? Tonton ni laman web online yang menyediakan rancangan yang ada dekat TV3, TV9, NTV7 dan juga 8TV. Kiranya kalau korang terlepas tonton rancangan kat station tv tu, boleh la korang tengok dekat tonton.

Dulu tonton sediakan siaran percuma kepada semua pengguna. Tapi lepas dia buat beberapa perubahan dan beri nafas baru beberapa hari lepas. Ada la sedikit perubahan. Seperti yang dijangka, siaran percuma telah digantikan kepada siaran berbayar. Tapi tak semua rancangan dikenakan bayaran.

Mungkin pengguna ada yang rasa sedikit kekecewaan sebab sebelum ni semua siaran boleh tengok tanpa sebarang bayar. Sekarang berbayar pula. Mana mana pengguna tak mengamuk dengan perubahan baru ni. Macam-macam komen negatif telah dilemparkan dekat laman sosial tonton. Korang tengok la sendiri.

Kalau difikirkan balik, mungkin itu satu strategi pemasaran dari pihak tonton untuk lebih dekat dengan penggunanya. Dengan tag line #TontonMacamVIP membolehkan pengguna dilayan seperti VIP. VIP tu maksudnya bila korang subscribe pelan tonton yang sedia ada, korang boleh la tonton drama kegemaran korang. Yang tak subscribe tu tak dapat la tonton. Kan? Nampak tak beza bila korang ada subscribe pelan tonton dan tak subscribe? Apa yang lebih menarik, kalau korang dah subsribe pelan tonton, korang boleh download rancangan kegemaran korang tu dan boleh tengok secara offline. Cool kan?


Ini interface terbaru tonton. Kalau korang nak tengok boleh klik www.tonton.com.my. Interface baru ni nampak lebih teratur dan mesra pelanggan berbanding interface yang lama. Tonton juga memperkenalkan logo terbaru dari mereka. Logo yang lebih matang dan nampak segar! Pendapat korang?


Seperti yang kitorang cakap tadi, kalau nak jadi VIP pengguna tonton mudah je. Subscribe pelan tonton yang dah disediakan. Bagi kitorang tak de la mahal pun. Mampu bayar la orang cakap. Nak layanan VIP kena la keluar duit sikit. Tak gitu? Ini pelan langganan tonton yang boleh korang beli.

Pelan serendah RM3 untuk akses sehari. Tak kan korang rasa mahal sangat untuk layan rancangan kegemaran korang? Buat la pilihan yang bijak sebab ada 4 pelan langganan yang disediakan. Apa yang boleh kitorang sarankan, kongsi dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Subscribe 1 pelan, pastu kongsi ramai-ramai. Kan jimat tu?


Yang selalu on the phone tu korang boleh la muat turun aplikasi tonton di handphone korang. So senang la korang nak tengok rancangan kegemaran korang kalau tak ada laptop. Memudahkan korang untuk layan tonton kata mana-mana je. Muat turun aplikasi tonton di Play store dan juga App store (akan datang).

Macam mana? Masih geram dengan tonton sebab diorang dah kenakan bayaran untuk tengok rancangan kegemaran korang? Sebagai pengguna, korang kena fikir juga baik buruk sesuatu benda tu. Jangan cepat menghukum. Dalam hidup ni tak kan nak selalu bergantung hidup dengan benda percuma je kan. Fikir positif je. Tak perlu nak hentam itu ini.

Bagi kitorang simple je. Kalau nak tengok rancangan kegemaran korang, bayar je. Kalau tak mampu nak bayar. Tak payah tengok. Korang ada sumber lain untuk tengok rancangan kegemaran korang kan? Cari yang percuma. Mudah bukan?

Konsep dia lebih kurang macam Astro on the go, iflix dan lain-lain. Kalau korang bayar baru boleh korang tengok. Tak bayar jangan nak merungut. Take it or leave it. Gitu! Hehehe. Jadilah pengguna yang bijak ya. Tak perlu nak korang hentam dan bagi komen negatif. Apa korang dapat, dapat penat je kan.

Itulah sedikit penjelasan dan pemahaman kitorang selepas tengok interface dan perubahan baru tonton. Bagi kitorang ok je, good step to future. Sebab TV semakin lama orang dah tak tengok sangat. Semua pun lebih kepada online. Jangan terkejut kalau satu hari nanti TV dah tak ada orang tengok. Seram tak? Hahaha.

Itu saja untuk entry kali ni.

Assalamualaikum.

Tuesday, 19 April 2016

Resepi Lempeng Lemak Manis Yeayyy

Assalamaualaikum.

Siapa kat sini suka makan lempeng? Lempeng ni sebenarnya senang je nak buat. Tak susah pun nak buat. Jadi kali ni kitorang nak kongsi resepi nak buat lempeng lemak manis yeayyy. Bahan-bahan pun senang nak dapat. Jom kita tengok apa bahan-bahan dia:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu minyak masak/mentega
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 sudu garam secukup rasa
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • Sedikit esen vanila

Cara nak buat? Senang je. Campurkan semua bahan-bahan tadi, gaul sampai sebati. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang saja. Bila dah siap gaul, panaskan kuali pan. Nak senang pakai yang non stick pan. Dah panas pan tu tuang je adunan tadi dalam pan bentuk bulat. Kalau nak buat bentuk lain pun boleh.


Masak lempeng tu dalam masa 2 -3 minit. Dah nampak kekuningan maksudnya lempeng tu dah masak la. Ulang langkah tadi sampai adunan yang korang buat habis. Jadi inilah hasilnya.


Senang je kan nak buat lempeng lemak manis yeayy ni kan? Bila dah siap macam ni boleh la korang hidang makan waktu petang atau malam. Kalau sarapan pun ok. Nak lagi sedap boleh la korang cicah dengan sambal atau jem atau nutella or apa-apa je yang korang suka. 


Sekarang, waktu untuk makan! Masa makan jangan lupa jerit yeayyy! Hehehe. Harap korang dapat cuba buat sendiri ok. Kalau korang buat nanti, ambil gambar dan tag kitorang ya. Itu saja entry untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Friday, 8 April 2016

Movie Review : The Jungle Book

Assalamualaikum.

Kali ni kitorang nak review movie The Jungle Book pula. Seperti biasa, bila dah dapat tiket premiere ni rajin la sikit nak update review ni. Hahaha! Apa yang best dekat filem ni? Filem ni cerita pasal apa?


Kitorang tak tau cerita ni pasal tarzan masa kecil ke apa, tapi kisahnya lebih kurang macam tu la kot. Secara ringkas filem The Jungle Book mengisahkan seorang budak kecil bernama Mowgli yang hidup didalam hutan dan telah dibesarkan oleh puak serigala. Kiranya Mowgli tak membesar dengan manusia la. Kehiduapan Mowgli pun dipengaruhi oleh puak serigala. Tapi sebab ada harimau yang anggap dirinya paling kuat dan berkuasa dalam hutan tu nak Mowgli mati sebab takut bila besar nanti Mowgli akan musnahkan hidupan semua binatang yang ada kat dalam hutan tu. Dari situ bermula la kisah macam mana Mowgli terpaksa meninggalkan hutan demi keselamatan puak serigala. 

Nak tahu cerita lanjut korang kena la tengok sendiri sebab filem ni best ada aksi binatang bergaduh dan aksi Mowgli kalahkan harimau. Ye la, dia kan manusia tapi mampu nak kalahkan harimau. Hahaha! Nilai kekeluargaan ada diterapkan dalam filem ni. Tu yang best! Dengan semua karektor binantang yang awesome saling membantu antara satu sama lain. Kalau nak tengok filem yang tak berat dan senang nak faham tengok la filem ni. Kitorang wajibkan korang tengok filem ni. Confirm tak rugi. Kalau tak caya meh tengok trailer filem The Jungle Book ni.


Kalau korang berkesempatan nak tengok, pergi la tengok ok. Lagi best bawa anak-anak atau budak-budak kecil. Mesti diorang suka. Overall filem ni best dan layan. Kitorang bagi 4 bintang. Yeayyy! Korang jangan lupa tengok ok. Maaf la kalau movie review kali ni macam merepek sikit. Hahaha!

Selamat menonton!

Assalamualaikum.

Monday, 4 April 2016

Jalan-jalan Australia (Melbourne)

Assalamualaikum.

Ok ni adalah entry sambungan travel ke Sydney hari tu. Kalau korang tak baca atau dah lupa boleh klik sini untuk baca. Ok?

Kitorang bergerak dari Sydney ke Melbourne naik kapal terbang. Korang boleh la pilih syarikat penerbangan apa yang korang nak naik. Cari yang tambang murah sudah. Kitorang naik Jet Star. Perjalanan dari Sydney ke Melbourne mengambil masa dalam 2 jam 30 minit macam tu. Kalau tak nak naik flight, korang boleh naik bas. Tapi naik bas lagi lama la nak sampai.


Mendarat je dekat airport Melbourne, seperti biasa bergerak ke hotel. Sebab duduk lebih kurang 3 hari kat Melbourne, korang boleh sewa kereta untuk memudahkan perjalanan korang. Dari airport bergerak ke tempat sewa kereta dan terus pergi ke tengah bandar sebab hotel kat sana. Perjalanan dari airport nak ke bandar mengambil masa dalam 30 minit.


Sampai hotel je kitorang rehat sebab acah-acah penat travel dari Sydney kan. Kitorang duduk dekat Ibis Style Hotel. Not bad la hotel tu, yang penting hotel ni dekat tengah bandar. Senang nak gerak ke mana-mana. Hari pertama kat Melbourne habis macam tu je sebab fokus untuk rehat dan biasakan cuaca yang ada macam 4 musim. Kejap sejuk, kejap panas. Kalau tak percaya datang la ke Melbourne!


Hari ke dua kitorang mulakan dengan pergi jalan-jalan dekat tengah bandar Melbourne je. Kitorang pergi Queen Victoria Market. Kiranya tempat ni macam tempat shopping souvenir yang murah. Ada juga pasar basah kat situ. Best untuk korang yang suka shopping barang yang murah. 


Habis jalan-jalan dekat Queen Vitoria Market kitorang sambung pergi tempat shopping barang murah. Dia lebih kurang macam JPO kalau kat Malaysia. Nama tempat tu kitorang lupa. Hahaha! Tapi still dekat dengan bandar. Habis jalan dekat tempat tu, kitorang sambung pula pergi Bourke Street. Kat situ banyak kedai yang korang boleh pergi untuk shopping. Tapi paling besar kedai kat situ adalah H&M. 


Selesai hari kedua dekat Melbourne. Memang motif dia berjalan untuk shopping je. Sebenarnya ada la tempat best untuk korang pergi shopping. Tapi kitorang tak sempat nak pergi semua dalam masa sehari. Antara tempat yang best untuk korang singgah shopping adalah Collins Street, Block Arcade, Melbourne Central dan banyak lagi lah. 

Hari ke tiga dekat Melbourne, destinasi yang kitorang nak tuju adalah Bathing Box Brighton Beach. Perjalanan dari bandar Melbourne ke tempat tu mengambil masa dalam 1 jam. Kitorang bergerak ke sana naik kereta. Sampai je tempat tu, seperti biasa ambil gambar dan tengok permandangan yang cantik. 



Tempat ni jadi cantik sebab ada rumah kecil yang ada pelbagai warna buat tempat tu jadi unik. Pantai dia boleh mandi kalau korang nak mandi. Dari situ juga korang boleh nampak view keseluruhan bandar Melbourne.

Masa kat Melbourne korang boleh guna public transport atau sewa kereta. Kalau duduk kat bandar naik je public transport. Ada tram yang kena bayar dan ada tram yang free. Kalau tak nak naik tram pun korang boleh jalan kaki je. Sebab kat tengah bandar kan, pusing-pusing kat tempat yang sama.

Bab makanan pula, kat Melbourne adalah tempat paling senang nak cari makanan halal. Banyak restoran yang menyediakan makanan yang halal. Antara restoran yang famous adalah Zam Zam, Block M, Little Malaysia dan banyak lagi lah.  

Keseluruahn 3 hari dekat Melbourne sebenarnya tak cukup masa untuk pergi semua tempat yang menarik kat Melbourne ni. Ada banyak lagi tempat yang korang boleh pergi. Cuma kena travel lebih hari la kalau nak completekan semua tempat tu. But its a good experience berada dekat Melbourne. Kitorang lebih prefer pergi Melbourne dari pergi Sydney sebab Melbourne macam havoc sikit. Hahaha!

Antara tempat lain yang best korang boleh pergi adalah Yarra River, Horsier Lane (tempat graviti), Federation Square, St Kilda Beach, Eureka Skydeck Tower, Twelve Apostles, Great Ocean Road, Maru Koala & Animal Park, Flinders Street Station dan banyak lagi lah. Korang google je ok! Hehehe.

Sekian saja perkongsian kitorang masa dekat Melbourne Australia. Mungkin entry ni tak banyak sangat membantu korang kalau korang nak travel ke Melbourne, tapi kitorang mampu kongsi pengalaman kitorang berada dekat Melbourne. Apa-apa pun Melbourne best!

Kalau korang ada duit lebih travel la ke Melbourne, tak payah pergi banyak kali. Pergi sekali pun dah cukup untuk rasai pengalaman berada di negara orang. Ok?

Assalamualaikum.

Friday, 1 April 2016

5 Sebab Malaysia Airlines Best

Assalamualaikum.

Sebagai pengguna yang tak selalu travel menggunakan kapal terbang, kitorang ada la sedikit pengalaman yang nak dikongsikan bila korang travel menggunakan kapal terbang. Pemilihan nak naik kapal terbang apa mempengaruhi beberapa faktor. Termasuklah kos, keselesaan dan maklum balas orang ramai yang pernah naik kapal terbang tersebut. Kitorang pernah naik MAS, jadi kali ni kitorang nak kongsi 5 sebab kenapa Malaysia Airlines best!


1. Harga tiket mampu milik - Siapa kata harga tiket Malaysia Airlines mahal? Bukan semua tiket harga mahal ok. Korang kena pandai cari dan beli tiket atas talian dengan masa yang betul. Kadang-kadang korang dapat harga tiket jauh lebih murah berbanding syarikat penerbangan yang lain. Yang penting kena rajin usha harga tiket tu dan rancang perjalanan korang untuk cari harga tiket yang murah. Ok?


2. Kaunter Check in yang selesa dan layanan mesra dari cabin krew - Ramai yang cakap "Cabin crew Malaysia Airlines ni dah la tua, tak cantik. Patut kena cari dan ganti yang muda-muda baru sedap mata memandang". Bagi kitorang tak kisah la tua atau muda, janji layanan yang diberikan pada pelanggan dilaksanakan dengan baik dan sempurna itu dah cukup. Tak perlu yang muda dan cantik tapi kerja ala kadar je. Jika korang nak rasai apa yang kitorang cakap ni, cuba la naik Malaysia Airlines. Semuanya bagus, boleh buat kerja dan faham kerja mereka. 


3. Tempat duduk dalam kapal terbang yang selesa - Walaupun korang duduk dekat economy seat, korang boleh rasa sendiri kerusi yang korang duduk tu tak de la terlalu sempit atau kecil. Just nice la orang cakap. Berbaloi dengan harga tiket yang korang bayar. Bagi kitorang ianya selesa dan sesuai untuk semua orang (kalau yang gemuk tu maybe sedikit tak selesa kot, hehehe).


4. Makanan dalam kapal terbang yang sedap - Ok, kalau bab makanan ni kitorang tak boleh tipu sebab makanan dalam kapal terbang tu memang sedap. But depends juga menu yang diorang sediakan. Setakat ni memang tak mengecewakan. 


5. Ada Golden Lounge - Bagi yang naik business class, Malaysia Airlines ada menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa. Kalau korang yang naik economy class boleh je nak masuk tapi kena extra charge la. Golden Lounge tu memang best sebab ada makanan. Sementara korang tunggu nak naik kapal terbang, boleh la korang melantak puas-puas. Hehehe

Ok, ini adalah 5 sebab kenapa Malaysia Airlines best bagi pendapat kitorang. Mungkin ada benda lain yang lagi best. Apa yang kitorang cakap ni berdasarkan pengalaman kitorang sendiri. Kalau korang nak rasa sendiri kena la cuba naik kapal terbang Malaysia Airlines ok. Pastu kongsi dengan kitorang apa yang best berdasarkan pengalaman korang sendiri.

Diharap dengan perkongsian pendapat ni dapat la membantu korang semua bila nak beli tiket kapal terbang. Jangan risau ni bukan entry blog berbayar. Kitorang tulis ikhlas berdasarkan pengalaman kitorang sendiri. Apa yang mampu kitorang kongsi, apa salahnya kita gunakan bersama. Jangan difikirkan sangat dengan isu yang dah melanda Malaysia Airlines. Patutnya kita perlu berbangga dengan syarikat penerbangan negara kita sendiri. Harus beri sokongan. Ok!

Sekian saja.

Assalamualaikum.