Thursday, 24 March 2016

Movie Review : Batman v Superman Dawn of Justice

Assalamualaikum.

Bila dapat tiket free, ada la entry untuk movie review ni. Hahaha! Kitorang berkesempatan untuk menonton tayangan perdana Batman v Superman di GSC Pavilion. Apa yang best dengan cerita ni? Jom baca review dari kitorang ni.


Dari segi jalan cerita, filem ni best dan menarik. Ye la bila 2 super hero bergaduh. Ada ke manusia tak suka scene gaduh-gaduh? Ada yang menganggap Superman ni makluk asing yang tak patut hidup kat dunia ni. Tapi dia kan banyak bantu manusia dalam kesusahan. Bila ada pula si jahat, terjadilah konflik dimana muncul lah Batman nak kasi mereka berdua ni bergaduh. Gaduh punya gaduh, in the end diorang berbaik juga untuk selamatkan mak si Superman. Kenapa nak kena selamatkan mak Superman? Korang kena tengok sendiri la filem ni. Hahaha!

Scene gaduh-gaduh, semua best lah. Kira macam kehebatan 2 super hero yang berbeza tapi korang boleh tengok semua tu dalam 1 filem. Ada je superhero lain, tapi tak menonjol sangat. Muncul masa scene gaduh-gaduh tolong Batman dan Superman bunuh penjahat. Apa yang tak bestnya, ending dia Superman mati. Hahahaha! Siapa kata hero tak boleh mati. Tak dijangka kan? Tapi tak tau la. Mati dihidup kembali tak untuk next filem (kalau ada sambungan). Overall memang layan dan best! Kitorang bagi 5 bintang! Yeayyy!


Apa yang best dan menarik hati kitorang adalah tiket movie premiere ni. Cool ok! Bentuk lambang Batman v Superman. Tak nak review panjang-panjang, nanti korang akan bosan bila tengok kat wayang nanti. Hehehe! Kepada peminat Batman dan Superman korang memang kena tengok sendiri filem ni. Jadi apa tunggu lagi. Pergi la tengok filem ni. Rugi kalau korang tak tengok. Jangan download dari internet ya! Babap nanti! Hehehe.

Ok itu saja movie review dari kitorang. Selamat menonton!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment