Monday, 7 March 2016

Jalan-jalan Australia (Sydney)

Assalamualaikum.

Cuma nak kongsi cerita bila babah didil pergi jalan-jalan Australia (Sydney) atas urusan kerja. Dah nama pun kerja, jadi tak ada jalan-jalan sangat la pun. Tapi sebelum pergi jalan-jalan ke negara orang, kena la buat persiapan macam buat research sikit tempat yang best dan menarik yang ada kat tempat yang kita nak pergi tu. Apa yang patut dan tak patut kita buat bila berkunjung ke negara orang. Ini sedikit tips yang boleh korang gunakan:

1. Kena tau musim - Australia ni da 4 musim, jadi sebelum korang pergi kena check la cuaca kat sana. Bawa baju ikut musim ya. Jangan kau main redah je booking tiket flight tanpa check masa tu musim apa. Menyesal tak sudah bila korang datang sana ada salji turun.

2. Kena buat Visa - tak payah tanya kenapa Australia kalau nak datang melancong kena buat visa. Buat je visa secara online. Senang dan mudah.

3. Kena tau apa barang yang boleh bawa masuk dan tak boleh bawa masuk - Imigresen dekat australia agak ketat. Jangan terkejut kalau beg korang kena punggah masa kat imegrensen. Ada juga anjing untuk kesan barang-barang terlarang.

4. Kena bawa plug adapter - plug kat Australia lain sikit. Jadi beli la awal ya.

5. Kena tau tempat-tempat yang korang nak pergi - korang kena tau tempat-tempat yang korang nak pergi, incase kena tanya dengan pihak imigresen. Jadi bila dah tau mana korang nak pergi, senang la nak jawab bila ditanya.

6. Kena buat itinerary - since bandar Sydney kawasan bandar dia tak besar pun. Dalam 3-4 jam korang dah boleh habis pusing. Korang kena fikir tempat yang best untuk korang pergi selain dari bandar Sydney.

7. Kena tau sistem pengangkutan - kat Sydney ada bas yang percuma kat certain area. Tapi mostly semua kena bayar. Takde tree tram kat Sydney. Beli la kad opal, dia ada 4 jenis ikut kesesuaian trip korang.

8. Kena tau tempat makanan halal - mostly kat Sydney tak ada masalah nak cari tempat makan halal. Banyak je restoran yang sediakan makanan halal, just bersedia je la dengan duit. Makanan di Sydney agak mahal!

9. Kena tukar duit secukupnya - bila travel ke Sydney, jangan berangan bawa duit ngam-ngam. Biar lebih jangan kurang. Syndey antara bandar termahal didunia. Faham-faham je la ye.

10. Kena tau tempat penginapan - bila ke Sydney korang kena tau lokasi hotel yang korang duduk. Dekat atau jauh dari bandar. Kalau jauh kena la keluarkan lebih budget untuk transportation, tapi kalau duduk dekat bandar senang la sikit.

Jadi tu la serba sedikit tips bila korang nak ke Sydney Australia. Basically sama je kalau korang travel ke mana-mana negara luar. Tapi Australia ni orang cakap kena lebih persiapan la. Tak gitu? Selama 3 hari babah didil pergi kat Sydney ni antara tempat yang sempat babah didil pergi.

HARI PERTAMA:



Pergi Tobruk Sheep Station. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam sejam setengah dari bandar Sydney. Ada 3 aktiviti yang boleh korang buat masa kat Tobruk tu.

1. Belajar main boomerang
2. Belajar macam mana nak cukur bulu biri-biri
3. Belajar macam mana nak guna penyebat

Very good experience! Wajib pergi kalau korang berada di Sydney.

HARI KEDUA:



Pergi Featherdale Wildlife Park. Dari bandar Sydney sejam macam tu. Dia macam zoo la juga tapi binatang dalam tu banyak burung. Yang paling penting main attraction dia adalah kangaroo dan koala. Kalau dah pergi Australia kalau tak jumpa kangaroo dan koala baik tak payah pergi Australia.




Lepas tu pergi juga Laperouse beach. Tempat ni juga famous sebab tempat nudist beriadah di tepi pantai. Tapi tu dulu-dulu la, sekarang dah tak ada kot. But the view is very very nice and chill untuk tengok sunset. Tempat ni juga lokasi pengambaran Mission Imposibble 2. 

HARI KETIGA:



Pergi tengok Opera House dan Harbour Bridge. Sebenarnya patut pergi betul-betul dekat dengan Opera House tu, tapi sebab tak cukup masa. Dapat pergi tengok view dari jauh je sebab ada photoshoot. Apa-apa pun kalau dah nampak Opera House dan Harbour Bridge tu memang betul la korang kat Sydney! Lepas pergi Opera House tu ada pergi Paddy's market untuk beli souvenir tapi tak sempat nak snap gambar!

Tu je la tempat yang sempat babah didil pergi. Sebenarnya banyak je lagi tempat yang boleh korang pergi macam Bondi beach, Royal Botanic Garden, The Rocks, The Blue Mountains dan banyak lagi. So kalau nak explore semua tempat memang kena stay lama sikit la. Hehehe

So far everything is good. Dapat pengalaman baru, dapat tengok negara orang macam mana, dapat tengok pemandangan yang cantik dan duit pun habis. hehehe! Ok dah tu je. Tulis panjang-panjang korang bukan baca pun. Hehehe :)

Entry kali ni akan bersambung. Nantikan sambungannya ok.

Assalamualaikum.

1 comment:

  1. It’s really a great topic selected by you to discuss over here. Sometime it’s difficult to get approval on visa. Lot of people discuss such things online and try to find out solution for the same so sharing such things which relate to visa, can really help people.
    Thanks & Regards,
    Working Visa Australia

    ReplyDelete