Friday, 25 March 2016

Food Review : D'Timer Cafe

Assalamualaikum.

Kalau kitorang buat review makanan tu maksudnya tempat tu mesti ada sesuatu yang best. Tak percaya? Baca la review makanan kali ni. Hahaha! Ok, kedai makan ni nama dia D'Timer Cafe yang terletak di Wangsa Maju. Menyediakan makanan traditional Johor. Siapa orang johor kat sini? Apa yang best?

Yang bestnya adalah makanan dia lah. Menyajikan makanan traditional dari Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari, Lontong Kering, Roti Jala, Lempeng dan macam-macam lagi. Pekena pula dengan kopi. Fuhhhh! Meleleh air liur ok. Suasana kedai yang simple dan classy. Buat D'Timer Cafe ni nampak sempoi. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.






Macam mana? Nampak menarik kan? Kalau korang teringin nak makan boleh la singgah D'Timer Cafe ni. Dibuka dai jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam. Lokasinya sangat mudah, waze je No 10-G Jalan Maju Ria 2, Block B, Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10. Kitoran bagi 4/5 bintang untuk D'Timer Cafe. 


Apa yang best lagi adalah ada free wifi. Hahaha! Ok sebelum balik, tanda bukti kitorang dah sampai sini semestinya selfie sekeping! Yeayyy! Jangan lupa datang dan cuba makanan kat D'timer Cafe ok :)

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment