Friday, 11 March 2016

5 sebab ayam goreng KFC sedap

Assalamualaikum.

Cakap je pasal ayam goreng, benda pertama yang kitorang ingat dalam kepala adalah KFC. Kenapa KFC? Sebab tu la satu-satunya restoran makanan segera yang menawarkan ayam goreng paling best dan sedap (bagi pendapat kitorang la). Mungkin korang ada fikir benda lain, tapi tidak pada kitorang. Kalau nak makan ayam goreng je mesti pergi KFC.


Sebab dah terbiasa dengan kesedapan ayam goreng di KFC. Kitorang nak share 5 sebab kenapa ayam goreng KFC ni sedap.

1. Resepi asli - bermula dari tahun 1952 Colonel Harland Sanders dah buat ayam goreng ni dengan menggunakan campuran 11 jenis herba dan rempah ratus. Patut la sedap. Lagi-lagi tang kulit ayam goreng tu. Pehhhhh!

2. Harga mampu beli - harga yang kitorang rasa semua orang mampu beli. Bermula dari RM4.00. Ada banyak set ok. Kitorang ulang sekali lagi, ada banyak set yang ditawarkan untuk korang boleh beli bila duduk depan kaunter nak beli KFC tu. Kalau tak nak beli set, ala carte pun ada. Kuasa pilihan ditangan anda!

3. Senang nak dapat - kenapa senang nak dapat? Kat Malaysia ni ada lebih 500 buah restoran KFC. Korang boleh cari dekat dengan rumah korang. Jangan duduk pedalaman sangat, kalau duduk pedalaman sangat tu susah sikit la nak beli KFC ni.

4. Ada servis penghantaran - biasa la tu kalau korang malas nak keluar rumah, capai je handphone telefon KFC cakap korang lapar dan nak order ayam goreng. Tunggu sekejap nanti sampai la ayam goreng KFC yang sedap depan pintu rumah korang.

5. Dibuka 24 jam - tak semua restoran KFC yang buka 24 jam. Tapi kalau bini korang tengah mengandung mengidam nak makan ayam goreng KFC pukul 2 3 pagi. Mengagau kau nak cari. Kesimpulannya korang boleh makan ayam goreng KFC ni tak kira masa pagi petang dan malam.

Macam mana? Korang setuju tak 5 sebab kenapa ayam goreng KFC ni sedap? Hehehe. Dah-dah, tak perlu tunggu lagi. Pergi KFC cepat untuk makan ayam goreng KFC. Hmmm, sedapnya! Lagi sedap kalau dapat free atau orang belanja. Yeayyy!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment