Thursday, 10 March 2016

4 Jenis buah-buahan yang dapat kempiskan perut

Assalamulaikum.

Siapa je suka perut buncit kan. Semua pun nak perut yang slim. Setelah baca beberapa info di internet, kitorang nak kongsi 4 jenis buah-buahan yang boleh kempiskan perut.  Buah-buahan tu adalah:

TEMBIKAI
Buah ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam didalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.

PISANG
Buah ini kaya dengan kalium/potasium yang boleh mencegah terbentuk gas dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Buah ini juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu mengawal makan berlebihan.

NENAS
Buah ini kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah ini juga mampu membersihkan usus dari lemak yang terkumpul dan sisa lain didalam pencernaan.

AVOKADO
Buah ini kaya dengan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin didalam perut.

Korang suka buah yang mana satu? Harap dengan perkongsian ni dapat la korang kempiskan perut korang tu eh. Cuba dulu baru tau. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment