Wednesday, 30 March 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (Febuari 2016)

Assalamualaikum.

Masih belum follow kitorang dekat twitter? Pergi la follow. Tak rugi pun. Dapat tau perkembangan terkini kitorang sambil baca tweet tweet merepek kitorang. Hahaha! Untuk RT paling banyak untuk bulan Febuari ni, tweet merepek apa yang mendapat RT paling banyak? Jom kita tengok!

Nombor 1 : 3.5k+ RT, 906 Likes

Nombor 2 : 3.1k+ RT, 983 Likes

Nombor 3 : 281 RT, 169 Likes

Nombor 4 : 225 RT, 86 Likes

Nombor 5 : 244 RT, 79 Likes

Seperti biasa, jumlah RT dan likes tu akan meningkat ikut masa ke semasa. Kalau korang usha kat twitter mungkin jumlahnya akan berubah. Nampaknya niat nak buat video untuk top 5 RT ni masih tak kesampaian. Busy uols nak shoot video. Hehehe! 

Itu saja untuk entry kali ni, kita tunggu untuk RT bulan Mac pula ya. Seperti biasa, jangan lupa follow twitter kitorang @mrandmrsaidil

Assalamualaikum.

Friday, 25 March 2016

Food Review : D'Timer Cafe

Assalamualaikum.

Kalau kitorang buat review makanan tu maksudnya tempat tu mesti ada sesuatu yang best. Tak percaya? Baca la review makanan kali ni. Hahaha! Ok, kedai makan ni nama dia D'Timer Cafe yang terletak di Wangsa Maju. Menyediakan makanan traditional Johor. Siapa orang johor kat sini? Apa yang best?

Yang bestnya adalah makanan dia lah. Menyajikan makanan traditional dari Johor seperti Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari, Lontong Kering, Roti Jala, Lempeng dan macam-macam lagi. Pekena pula dengan kopi. Fuhhhh! Meleleh air liur ok. Suasana kedai yang simple dan classy. Buat D'Timer Cafe ni nampak sempoi. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.






Macam mana? Nampak menarik kan? Kalau korang teringin nak makan boleh la singgah D'Timer Cafe ni. Dibuka dai jam 9.00 pagi hingga 10.00 Malam. Lokasinya sangat mudah, waze je No 10-G Jalan Maju Ria 2, Block B, Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10. Kitoran bagi 4/5 bintang untuk D'Timer Cafe. 


Apa yang best lagi adalah ada free wifi. Hahaha! Ok sebelum balik, tanda bukti kitorang dah sampai sini semestinya selfie sekeping! Yeayyy! Jangan lupa datang dan cuba makanan kat D'timer Cafe ok :)

Assalamualaikum.

Thursday, 24 March 2016

Movie Review : Batman v Superman Dawn of Justice

Assalamualaikum.

Bila dapat tiket free, ada la entry untuk movie review ni. Hahaha! Kitorang berkesempatan untuk menonton tayangan perdana Batman v Superman di GSC Pavilion. Apa yang best dengan cerita ni? Jom baca review dari kitorang ni.


Dari segi jalan cerita, filem ni best dan menarik. Ye la bila 2 super hero bergaduh. Ada ke manusia tak suka scene gaduh-gaduh? Ada yang menganggap Superman ni makluk asing yang tak patut hidup kat dunia ni. Tapi dia kan banyak bantu manusia dalam kesusahan. Bila ada pula si jahat, terjadilah konflik dimana muncul lah Batman nak kasi mereka berdua ni bergaduh. Gaduh punya gaduh, in the end diorang berbaik juga untuk selamatkan mak si Superman. Kenapa nak kena selamatkan mak Superman? Korang kena tengok sendiri la filem ni. Hahaha!

Scene gaduh-gaduh, semua best lah. Kira macam kehebatan 2 super hero yang berbeza tapi korang boleh tengok semua tu dalam 1 filem. Ada je superhero lain, tapi tak menonjol sangat. Muncul masa scene gaduh-gaduh tolong Batman dan Superman bunuh penjahat. Apa yang tak bestnya, ending dia Superman mati. Hahahaha! Siapa kata hero tak boleh mati. Tak dijangka kan? Tapi tak tau la. Mati dihidup kembali tak untuk next filem (kalau ada sambungan). Overall memang layan dan best! Kitorang bagi 5 bintang! Yeayyy!


Apa yang best dan menarik hati kitorang adalah tiket movie premiere ni. Cool ok! Bentuk lambang Batman v Superman. Tak nak review panjang-panjang, nanti korang akan bosan bila tengok kat wayang nanti. Hehehe! Kepada peminat Batman dan Superman korang memang kena tengok sendiri filem ni. Jadi apa tunggu lagi. Pergi la tengok filem ni. Rugi kalau korang tak tengok. Jangan download dari internet ya! Babap nanti! Hehehe.

Ok itu saja movie review dari kitorang. Selamat menonton!

Assalamualaikum.

Tuesday, 15 March 2016

#MrsaidilTurns29

Assalamualaikum.

14 Mac merupakan hari lahir buat mrsaidil (Puan Noor Ameera Binti Datuk Abidullah). Seperti biasa babah didil berhempas pulas perah idea untuk buat surprise untuk isteri tersayang. Gitu! Hahaha. Tak ada apa yang gempak pun, semuanya hanya surprise yang dah penah orang lain juga buat. Curi idea dan realisasikan pada insan yang kita sayang. Effort tu yang penting. Kan?

Nak tau apa yang jadi? Korang tengok je la sendiri beberapa keping gambar yang dah babah didil snap buat kenangan. Nak cerita panjang korang bukan baca pun. Biar gambar saja menceritakan segalanya. Cewah!





Macam mana? Korang kalau dapat surprise macam ni apa yang korang akan rasa? Happy? Excited? Nervous? Sedih? Teruja? hehehe. Kalau tak puas tengok gambar, meh tengok video disebalik tabir mrsaidil kena surprise. Enjoy!


Tahun ni dah meriah sangat surprise dia, tahun depan dah tak ada idea nak surprise apa lagi. Hahaha! Harapnya ada lah idea baru untuk tahun depan. Apa-apa pun, happy birthday mrsaidil yang ke 29! Semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu dan segalanya yang baik-baik. Amin!

Ada sesiapa yang jeles tak? Eh.

Assalamualaikum.

Monday, 14 March 2016

Bulan Mac #mrandmrsaidilgiveaway

Assalamualaikum.

Tengah baik hati ni nak bagi giveway kat korang semua. Hehehe! Setelah buat undian antara topup dan baju terbaru dari Abstrax sebagai hadiah, ramai yang undi baju terbaru dari Abstrax. Macam mana rupa baju terbaru dari Abstrax tu? Meh tengok sini.


Macam mana nak menang eh? Senang je. Semudah A B C, 1 2 3. Hahaha! Korang perlu ikut langkah-langkah ini.

1. Like FB page mrandmrsaidil
2. Tag 5 orang kawan-kawan korang dekat gambar yang akan diupload (seperti gambar diatas)
3. Giveaway bermula dari hari ni (14 Mac 2016) hingga 31 Mac 2016
4. Pemenang akan di pilih secara rawak dalam cabuatan undian
5. Hanya sorang pemenang akan di pilih (boleh pilih saiz dan baju lengan panjang atau pendek)

Haaa, mudah kan? Tak perlu slogan atau repost gambar ke apa. Mari la join giveaway yang tak seberapa ni. Jangan lupa khabarkan pada kawan-kawan yang lain. Mana tau rezeki korang nak menang baju terbaru dari Abstrax ni.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Friday, 11 March 2016

5 sebab ayam goreng KFC sedap

Assalamualaikum.

Cakap je pasal ayam goreng, benda pertama yang kitorang ingat dalam kepala adalah KFC. Kenapa KFC? Sebab tu la satu-satunya restoran makanan segera yang menawarkan ayam goreng paling best dan sedap (bagi pendapat kitorang la). Mungkin korang ada fikir benda lain, tapi tidak pada kitorang. Kalau nak makan ayam goreng je mesti pergi KFC.


Sebab dah terbiasa dengan kesedapan ayam goreng di KFC. Kitorang nak share 5 sebab kenapa ayam goreng KFC ni sedap.

1. Resepi asli - bermula dari tahun 1952 Colonel Harland Sanders dah buat ayam goreng ni dengan menggunakan campuran 11 jenis herba dan rempah ratus. Patut la sedap. Lagi-lagi tang kulit ayam goreng tu. Pehhhhh!

2. Harga mampu beli - harga yang kitorang rasa semua orang mampu beli. Bermula dari RM4.00. Ada banyak set ok. Kitorang ulang sekali lagi, ada banyak set yang ditawarkan untuk korang boleh beli bila duduk depan kaunter nak beli KFC tu. Kalau tak nak beli set, ala carte pun ada. Kuasa pilihan ditangan anda!

3. Senang nak dapat - kenapa senang nak dapat? Kat Malaysia ni ada lebih 500 buah restoran KFC. Korang boleh cari dekat dengan rumah korang. Jangan duduk pedalaman sangat, kalau duduk pedalaman sangat tu susah sikit la nak beli KFC ni.

4. Ada servis penghantaran - biasa la tu kalau korang malas nak keluar rumah, capai je handphone telefon KFC cakap korang lapar dan nak order ayam goreng. Tunggu sekejap nanti sampai la ayam goreng KFC yang sedap depan pintu rumah korang.

5. Dibuka 24 jam - tak semua restoran KFC yang buka 24 jam. Tapi kalau bini korang tengah mengandung mengidam nak makan ayam goreng KFC pukul 2 3 pagi. Mengagau kau nak cari. Kesimpulannya korang boleh makan ayam goreng KFC ni tak kira masa pagi petang dan malam.

Macam mana? Korang setuju tak 5 sebab kenapa ayam goreng KFC ni sedap? Hehehe. Dah-dah, tak perlu tunggu lagi. Pergi KFC cepat untuk makan ayam goreng KFC. Hmmm, sedapnya! Lagi sedap kalau dapat free atau orang belanja. Yeayyy!

Assalamualaikum.

Thursday, 10 March 2016

4 Jenis buah-buahan yang dapat kempiskan perut

Assalamulaikum.

Siapa je suka perut buncit kan. Semua pun nak perut yang slim. Setelah baca beberapa info di internet, kitorang nak kongsi 4 jenis buah-buahan yang boleh kempiskan perut.  Buah-buahan tu adalah:

TEMBIKAI
Buah ini akan membuatkan anda kerap buang air kecil, sekali gus membantu mengeluarkan garam didalam tubuh badan yang menyebabkan perut kembung.

PISANG
Buah ini kaya dengan kalium/potasium yang boleh mencegah terbentuk gas dalam perut atau membantu mengeluarkan angin. Buah ini juga membuat perut kenyang sehingga anda mampu mengawal makan berlebihan.

NENAS
Buah ini kaya dengan enzim bromelain yang dapat membantu mencegah terbentuknya angin ketika proses pencernaan sehingga membuat perut kempis. Buah ini juga mampu membersihkan usus dari lemak yang terkumpul dan sisa lain didalam pencernaan.

AVOKADO
Buah ini kaya dengan enzim lipase yang bagus untuk pencernaan, membantu memecah lemak dan membantu memindahkan makanan dari perut ke usus sehingga mencegah angin didalam perut.

Korang suka buah yang mana satu? Harap dengan perkongsian ni dapat la korang kempiskan perut korang tu eh. Cuba dulu baru tau. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

5 idea jambangan kegembiraan

Assalamualaikum.

Kitorang nak kongsi dengan korang 5 idea jambangan kegembiraan untuk korang berikan pada insan tersayang. Kadang-kadang korang tak ada idea nak bagi apa kan. Jadi ini sedikit perkongsian yang kitorang rasa boleh diguna pakai mengikut citarasa mrandmrsaidil. Jom kita tengok apa yang menarik:

Jambangan bunga

Jambangan buah-buahan

Jambangan coklat

Jambangan ayam goreng

Jambangan kek cawan

Mungkin ini hanya 5 idea jambangan kegembiraan yang biasa dan korang pernah nampak. Kalau korang ada idea kreatif lain, cuba kongsikan dengan kitorang ya. Mana tau boleh jadi trending lepas ni. hehehe

Harap entry ni dapat membantu korang dalam mencari hadiah kejutan. Jadi dah ada idea nak beri kejutan pada insan tersayang?

Assalamualaikum.

Monday, 7 March 2016

Jalan-jalan Australia (Sydney)

Assalamualaikum.

Cuma nak kongsi cerita bila babah didil pergi jalan-jalan Australia (Sydney) atas urusan kerja. Dah nama pun kerja, jadi tak ada jalan-jalan sangat la pun. Tapi sebelum pergi jalan-jalan ke negara orang, kena la buat persiapan macam buat research sikit tempat yang best dan menarik yang ada kat tempat yang kita nak pergi tu. Apa yang patut dan tak patut kita buat bila berkunjung ke negara orang. Ini sedikit tips yang boleh korang gunakan:

1. Kena tau musim - Australia ni da 4 musim, jadi sebelum korang pergi kena check la cuaca kat sana. Bawa baju ikut musim ya. Jangan kau main redah je booking tiket flight tanpa check masa tu musim apa. Menyesal tak sudah bila korang datang sana ada salji turun.

2. Kena buat Visa - tak payah tanya kenapa Australia kalau nak datang melancong kena buat visa. Buat je visa secara online. Senang dan mudah.

3. Kena tau apa barang yang boleh bawa masuk dan tak boleh bawa masuk - Imigresen dekat australia agak ketat. Jangan terkejut kalau beg korang kena punggah masa kat imegrensen. Ada juga anjing untuk kesan barang-barang terlarang.

4. Kena bawa plug adapter - plug kat Australia lain sikit. Jadi beli la awal ya.

5. Kena tau tempat-tempat yang korang nak pergi - korang kena tau tempat-tempat yang korang nak pergi, incase kena tanya dengan pihak imigresen. Jadi bila dah tau mana korang nak pergi, senang la nak jawab bila ditanya.

6. Kena buat itinerary - since bandar Sydney kawasan bandar dia tak besar pun. Dalam 3-4 jam korang dah boleh habis pusing. Korang kena fikir tempat yang best untuk korang pergi selain dari bandar Sydney.

7. Kena tau sistem pengangkutan - kat Sydney ada bas yang percuma kat certain area. Tapi mostly semua kena bayar. Takde tree tram kat Sydney. Beli la kad opal, dia ada 4 jenis ikut kesesuaian trip korang.

8. Kena tau tempat makanan halal - mostly kat Sydney tak ada masalah nak cari tempat makan halal. Banyak je restoran yang sediakan makanan halal, just bersedia je la dengan duit. Makanan di Sydney agak mahal!

9. Kena tukar duit secukupnya - bila travel ke Sydney, jangan berangan bawa duit ngam-ngam. Biar lebih jangan kurang. Syndey antara bandar termahal didunia. Faham-faham je la ye.

10. Kena tau tempat penginapan - bila ke Sydney korang kena tau lokasi hotel yang korang duduk. Dekat atau jauh dari bandar. Kalau jauh kena la keluarkan lebih budget untuk transportation, tapi kalau duduk dekat bandar senang la sikit.

Jadi tu la serba sedikit tips bila korang nak ke Sydney Australia. Basically sama je kalau korang travel ke mana-mana negara luar. Tapi Australia ni orang cakap kena lebih persiapan la. Tak gitu? Selama 3 hari babah didil pergi kat Sydney ni antara tempat yang sempat babah didil pergi.

HARI PERTAMA:



Pergi Tobruk Sheep Station. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam sejam setengah dari bandar Sydney. Ada 3 aktiviti yang boleh korang buat masa kat Tobruk tu.

1. Belajar main boomerang
2. Belajar macam mana nak cukur bulu biri-biri
3. Belajar macam mana nak guna penyebat

Very good experience! Wajib pergi kalau korang berada di Sydney.

HARI KEDUA:



Pergi Featherdale Wildlife Park. Dari bandar Sydney sejam macam tu. Dia macam zoo la juga tapi binatang dalam tu banyak burung. Yang paling penting main attraction dia adalah kangaroo dan koala. Kalau dah pergi Australia kalau tak jumpa kangaroo dan koala baik tak payah pergi Australia.




Lepas tu pergi juga Laperouse beach. Tempat ni juga famous sebab tempat nudist beriadah di tepi pantai. Tapi tu dulu-dulu la, sekarang dah tak ada kot. But the view is very very nice and chill untuk tengok sunset. Tempat ni juga lokasi pengambaran Mission Imposibble 2. 

HARI KETIGA:



Pergi tengok Opera House dan Harbour Bridge. Sebenarnya patut pergi betul-betul dekat dengan Opera House tu, tapi sebab tak cukup masa. Dapat pergi tengok view dari jauh je sebab ada photoshoot. Apa-apa pun kalau dah nampak Opera House dan Harbour Bridge tu memang betul la korang kat Sydney! Lepas pergi Opera House tu ada pergi Paddy's market untuk beli souvenir tapi tak sempat nak snap gambar!

Tu je la tempat yang sempat babah didil pergi. Sebenarnya banyak je lagi tempat yang boleh korang pergi macam Bondi beach, Royal Botanic Garden, The Rocks, The Blue Mountains dan banyak lagi. So kalau nak explore semua tempat memang kena stay lama sikit la. Hehehe

So far everything is good. Dapat pengalaman baru, dapat tengok negara orang macam mana, dapat tengok pemandangan yang cantik dan duit pun habis. hehehe! Ok dah tu je. Tulis panjang-panjang korang bukan baca pun. Hehehe :)

Entry kali ni akan bersambung. Nantikan sambungannya ok.

Assalamualaikum.