Tuesday, 2 February 2016

#thekhaleeshsturn1

Assalamualaikum.

Hari ni 2.2.2016 genaplah usia Muhammad Khaleesh Fayyad dan Muhammad Khaleesh Rayyan 1 tahun. Yeayyy! Pejam celik sekejap je dah 1 tahun. Satu perjalanan yang sangat mengembirakan bagi kitorang. Dapat tengok anak membesar depan mata. Satu anugerah yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah syukur!

Sempena menyambut hari lahir labu labu yang pertama ni, kitorang buat celebration sendiri kat rumah. Ala ala syok sendiri je. Walaupun diorang tak faham lagi, kitorang yang excited lebih. Hahaha! Even tak ada proper kek, kitorang celebrate la ala kadar je sebab berempat je. Siapa la nak makan kalau beli kek besar besar. Yeayyy!

Proper celebration aka birthday party akan kitorang buat pada 6.2.2016 dengan jemputan tertutup saja. Sementara nak tunggu birthday party thekhaleeshs ni apa kata korang layan je la dulu video yang sempat kitorang rakam buat kenangan. Hehehe!




Apa-apa pun babah dan mommy doakan khaleeshs terus sihat membesar bagaikan juara. Stay cute always dan tak merangam sangat. Hehehe! Be a good boy to babah and mommy. Nanti babah and mommy belikan hadiah ok. Yeayyy! Kalau korang nak wish birthday khaleeshs boleh la wish dengan hashtag #thekhaleeshsturn1 ok. InsyaAllah kitorang akan reply. Itu saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment