Wednesday, 20 January 2016

Ramalan Juara Anugerah Juara Lagu 30

Assalamualaikum.

Bahang Anugerah Juara Lagu 30 dah mula terasa sebab minggu ni 24 Januari 2015 merupakan kemuncak segalanya. 12 lagu akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu 30. Korang rasa siapa yang bakal jadi juara?

Pada yang tak tahu, ni adalah 12 lagu yang akan bertaruh dalam Anugerah Juara Lagu 30:

1. Akim & The Majistret - Potret
2. Black - Mana Mungkin
3. Bunkface - Malam Ini Kita Punya
4. Caliph Buskers - Hanya NamaMu
5. Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah
6. Dramaband - Biarklah
7. Elizabeth Tan - Knock Knock Knock
8. Faizal Tahir - Assalamualaikum
9. Hazama - Sampai Mati
10. Kaka Azraff ft. Aliff Sleeq - Bukan Hal Aku
11. Noh Salleh - Angin Kencang
12. Stacy ft. Altimet - Not For Sale

Semua lagu nampaknya ada kekuatan yang tersendiri. Dari segi lagu, lirik dan melodi. Kalau dah top 12 ni kiranya semua dah terbaik. Tapi mesti ada satu yang paling baik kan? Ini hanya ramalan kitorang ya ikut sedap mata dan telinga. Tak tau la betul ke tak. Jom kita tengok siapa yang kena! Hahaha.

Ramalan kitorang:
Juara

Naib juara

ketiga

Haaa, ni la ramalan kitorang. Tak tau la betul ke tak. Nama pun ramalan kan. Kalau betul end result macam ni kitorang memang power la bab meneka ni. Hahaha! Kalau bab vokal terbaik pula, kitorang ramai Dayang Nurfaizah akan menang. Untuk persembahan terbaik tak boleh nak ramal sebab tak tengok lagi persembahan diorang macam mana. 

Jadi, apa pula ramalan korang? Apa kata kongsikan dengan kitorang. Mana tau ramalan korang lebih valid dari ramalan kitorang ni. Hehehe.

Assalamualaikum.

Tuesday, 19 January 2016

Hello 2016!

Assalamualaikum.

Rasanya agak lambat untuk kitorang nak ucap selamat tahun baru 2016! Dah tengah bulan hoi, baru terkebil-kebil nak ucap selamat tahun baru. Hahaha! Lupakan semua tu. Macam biasa, tiba je tahun baru, mesti macam-macam azam dah pasang. Jadi apa azam tahun 2016 korang?

Kitorang tak ada azam apa-apa pun. Cuma berharap tuhan selalu bersama kitorang dan sentiasa merahmati hidup kitorang dan semua umat didunia ni. Baik kan kitorang? Hehe. Selain tu, kitorang berazam nak rajin untuk update video. Doa-doa lah kitorang tak malas untuk updat video. Hahaha! Dah nak habis bulan Januari ni, 1 video pun kitorang tak update lagi. Sabar eh!

Nothing much, so far kitorang sihat Alhamdulillah. Harap korang pun begitu juga. Nak update apa lagi eh? Kalau ada apa-apa korang boleh la komen ke apa kat kitorang. Bagi idea atau pendapat untuk kitorang terus update latest news untuk korang. Ye la, kadang-kadang kitorang kering idea nak update apa. Ok?

Sebelum tamatkan entry kali ni, kitorang belanja sekeping gambar terbaru kitorang. Kasi buat lepas rindu. Cewah!


Happy new year gais!

Assalamualaikum.