Thursday, 8 December 2016

KitKat Chocolatory di Mid Valley Mega Mall

Assalamualaikum.

Kepada penggemar coklat KitKat. Diorang dah buka kedai coklat custom made dekat Mid Valley. KitKat Chocolatory nama kedai tu. Bunyi macam menarik kan sebab korang buat custom made ikut apa yang korang nak. Maksudnya coklat dengan isi pilihan yang korang suka. Ala-ala main masak-masak gitu. Hahaha!

Macam mana nak buat custom made coklat KitKat tu? Mudah je. Pegi mesin yang diorang sedia, tekan-tekan, buat bayaran, siap! Mudah je kan? Harga range aroud RM18-30 macam tu ikut topping dalam coklat tu korang pilih apa. Nampak cool bila dah siap. Boleh la korang bagi hadiah atau buat hantaran kahwin ni. Gittew!

Ni sedikit gambar yang sempat kitorang snap bila pergi KitKat Chocolotary hari tu!









Kalau korang pergi Mid Valley singgah la. Boleh tengok sendiri macam mana diorang proses buat coklat tu. Dah singgah jangan lupa beli. Kedai ni ada dekat tingkat 1 depan kedai Baskin Robbins. Ok, pergi cepat!

Assalamualaikum.

Sunday, 13 November 2016

Pengalaman di Tunku Azizah Women & Children's Hospital

Assalamualaikum.

Mesti yang ramai tanya, kat mana mrsaidil bersalin? Untuk entry kali ni, kitorang akan cerita dan beritahu korang pengalaman bersalin mrsaidil dekat mana. Untuk bersalin anak kedua kitorang ni, kitorang memilih untuk bersalin di hospital swasta. Kenapa nak bersalin dekat hospital swasta? Jawapannya nak merasa bersalin kat tempat yang berbeza dan rasa sendiri pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan hospital swasta. Haaa gitu. Masa bersalin anak pertama (kembar), mrsaidil bersalin dekat hospital kerajaan (Hospital Ampang). Jadi tak salah kita cuba hospital swatsa kan.


Macam mana hospital swasta tu? Hospital mana? Kitorang memilih Tunku Azizah Women & Chilren's Hospital untuk bersalin anak kedua ni. Selepas mendapat review dan bacaan dari orang ramai. Kitorang buat check up bulanan dekat situ. Ada juga buat check up di klinik kesihatan kerajaan juga untuk buat back up. Secata purata, check up bulanan masa mengandung dikenakan bayaran dalam lingkungan RM120. Kalau ada ubat mahal sikit. Tapi servis dia memang terbaik. Boleh pilih doktor mana yang korang nak. Kitorang memilih doktor Zanariah. Doktor Zanariah sangat la baik dan macam mak-mak ok. Sangat prihatin dengan mrsaidil. Kitorang bagi 5 bintang. TERBAIK!

Macam mana pula servis lepas admit dan suasana dekat Tunku Azizah Women & Children's Hospital ni? Ok ke tak? Secara peribadi, kitorang anggap tempat dan servis yang diberikan tersangat la bagus. Mungkin hospital ni tak la besar mana, sebab tu mereka boleh menjaga kebajikan setiap pelanggan dia. Untuk bersalin dekat hospital ni, dia ada 3 pakej yang disediakan. Boleh pilih ikut budget yang korang ada.

1. 6 bedded ward - RM2400 (Normal) / RM6300 (Caesarean)
2. Single room - RM2500 (Normal) / RM6500 (Caesarean)
3. Suite - RM2700 (Normal) / RM6900 (Caesarean)


Kitorang pilih pakej single room dengan harga RM2500. Lebih privacy sebab bilik sorang. Kalau nak acah-acah lebih selesa dan bayar lebih, boleh ambil Suite. Beza pun cuma RM200. Sepanjang mrsaidil admit, layanan dari nurse yang bertugas sangat baik. Kitorang bagi 5 bintang!


Macam biasa bila mrsaidil dah masuk labour room. Hanya suami je dibenarkan teman. Orang lain tak boleh masuk ok. Sepanjang menunggu masa nak bersalin, mraidil ada bersama mrsaidil. Masuk labour jam 2.00 pagi. Mrsaidil tahan contractions sementara tunggu bukaan sampai 10cm baru boleh bersalin. Sakit contractions hanya tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana. Tapi mrsaidil cakap contractions masa bersalinkan kembar dulu macam tak sakit sangat berbanding bersalin kali kedua ni. Mungkin sebab anak perempuan kot. 



Apa yang menarik sepanjang tahan contractions tu, diorang sediakan kurma untuk ibu makan bagi memudahkan bersalin dan juga boleh guna untuk tahnik anak lepas bersalin. Bagus ya! Dalam masa 2 jam contractions, mrsaidil dok bising cakap sakit sakit sakit, tapi nurse yang bertugas malam tu sangat bagus. Beri kata semangat dan menjalankan tugas dengan baik. Erti kata lain berpengalaman la walaupun mrsaidil dah meronta-ronta nak meneran. Tapi masa tu bukaan baru 8cm. Kalau teran juga mungkin akan koyak dan bleeding. Tunggu punya tunggu sampai doktor sampai. Akhirnya mrsaidil selamat bersalin jam 4.15 pagi. Alhamdulillah. Syukur semuanya selamat! Mraidil dapat potong sendiri tali pusat baby ok. Sup sap sup sap, dalam masa 15-20 minit gitu baby dan mrsaidil siap. Boleh la pegang baby dah mraidil azankan. Servis tip top terbaik!


Semuanya dah selamat. Syukur alhamdulillah! Servis dan layanan yang baik dari pihak hospital. Terima kasih buat doktor Zanariah dan juga 2 nurse yang bertugas malam tu, memang terbaik dan tersangat baik servis. Kitorang rasa lega sangat semuanya selamat. TERIMA KASIH! Bila dah selamat bersalin, duduk la dekat bilik sendiri sementara tunggu untuk discharge. Sebab mrsaidil bersalin jam 4.15 pagi dan tak tidur lagi kat hospital, kena la duduk dan tidur kat hospital sehari. Dapat la berehat sebelum balik.


Sebelum mrsaidil discharge. Kena settlekan payment dulu dengan bayaran RM2500 ikut pakej yang kitorang ambill. Masa masuk hospital admit, korang kena bayar deposit 50% dari harga pakej yang korang ambil. Masa discharge hanya bayar baki 50% bayaran. Tak susah pun. Kitorang decide nak sunatkan baby terus. Bayaran untuk sunatkan baby RM60 untuk baby perempuan. Kalau baby lelaki tak sure berapa. Tapi kalau nak sunat baby lelaki kena buat temu janji. Settle buat bayaran. mrsaidil boleh discharge dan balik rumah. YEAYYY!

Itulah sedikit perkongsi dan pengalaman kitorang/mrsaidil masa bersalin dekat Tunku Azizah ni. Secara keseluruhannya. Memang tak ada yang kurang dan kitorang sangat selesa bila ada dekat hospital ni. Nak cakap lebih-lebih pun tak guna sebab servis yang disediakan memang terbaik, tip top, kelas A. Kitorang suka! Kitorang bagi 5 bintang! Hehehe.

Jadi kepada bakal ibu diluar sana. Kalau nak bersalin dekat hospital swasta, kitorang cadangkan pergi la Tunku Azizah Women & Children's Hospital ni. Ianya pilihan yang tepat. Sangat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Sangat recommended! 

Baiklah, itu saja perkongsian kitorang untuk kali ni. Harapnya dapat membantu ya. Maklumat lanjut korang boleh pegi facebook Tunku Azizah ni. Jumpa lagi untuk entry akan datang.

Assalamualaikum.

Mrsaidil Selamat Bersalin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mrsaidil selamat bersalin pada 8 November 2016 jam 4.15 pagi di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Baby apa ya? Mrsaidil selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel dan cantik. Hehe. Terima kasih pada semua yang mendoakan perjalanan bersalin selamat dan berjalan lancar. Amin.

Ramai yang ucap tahniah atas kelahiran baby baru kitorang ni. Terima kasih kitorang ucapakan! Makin bertambah ahli keluarga kitorang. Dulu berempat, sekarang berlima. Cukup ada anak lelaki dan perempuan. Syukur alhamdulillah!

Nak tengok baby girl kitorang macam mana? Ni kitorang tunjuk eksklusif dalam blog ni dulu. Tempat lain tak tengok upload lagi tau. Hehehe. Tadaaaa!


Tunjuk gambar dari sisi tepi je. Gambar dari atas nampak penuh kemudian kitorang upload ya! Hehehe. Nama anak siapa? Haaa, kitorang reveal dekat dalam blog ni juga. Eksklusif juga. hehehe! Nama anak kitorang Noor Khaleesh Wafiyya Binti Aidil. Nama ni mrsaidil yang bagi. Kalau nak tau maksud nama tu, boleh tanya mrsaidil ok. Akhirnya terjawab persoalan korang yang nak tengok gambar dan nama baby baru kitorang ni. Hehehe.

Jom layan sedikit video yang sempat babah didil buat lepas mrsaidil bersalin. Ada juga tunjuk muka baby sikit. Hehehe



Sekali lagi, terima kasih kitorang ucapkan pada semua yang mendoakan kelancaran mrsaidil bersalin. Nantikan video yang akan datang. InsyaAllah kitorang akan update lagi perkembangan hidup kitorang ni. Harap korang sudi tengok. Keluarga kitorang yang tak seberapa ni. Amin. Seperti biasa jangan lupa follow kitorang dekat sosial media. Jumpa lagi untuk entry akan datang!

Assalamualaikum.

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (September 2016)

Assalamualaikum.

Seperti biasa, recap bulanan  untuk RT dan like paling banyak dekat twitter. Agaknya tweet apa yang banyak dapat RT dan like eh? Jom kita tengok.

Nombor 1: 6100+ RT, 2300+ Likes

Nombor 2: 437 RT, 197 Likes

Nombor 3: 213 RT, 85 Likes

Nombor 4: 177 RT, 66 Likes

Nombor 1: 164 RT, 96 Likes

Korang ada RT atau Like tweet kitorang ke tak? Ke tak follow lagi? Hehe. Meh follow kitorang cepat! Itu saja recap untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Wednesday, 2 November 2016

Movie Review : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Assalamualaikum.

Siapa je tak tau kartun Upin Ipin ni. Rasanya semua orang tau kan. Kitorang berkesempatan pergi menonton movie terbaru Upin Ipin Jeng Jeng Jeng pada malam gala yang diadakan pada 1 November 2016 di MM Cineplex e@Curve. Macam mana movie Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni? Best ke tak? Jom baca review kitorang ni!


Secara keseluruhannya sangat menghiburkan! Untuk kanak-kanak la. Untuk orang dewasa not bad. Kitorang ingat movie ni 100% animasi. Tapi sebenarnya filem manusia biasa yang dicampur dengan animasi Upin Ipin. Sangat impress dengan teknik cgi yang digunakan. Nampak smooth dan tak kantoi sangat. Tu patut diberi pujian.

Ok, kisah Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni pasal Aqish dan kawan-kawannya yang tinggal dekat rumah anak-anak yatim yang dijaga oleh Kak Noreen selepas ayah Noreen meninggal dunia. Amanah ayah Noreen untuk terus sambung jaga rumah anak-anak yatim tu, tapi tiba-tiba datang abang jahat nak rampas dan jual tanah tu. Dari situ mula la cerita macam mana diorang berusaha untuk selamatkan rumah anak-anak yatim. Dapat ke mereka selamatkan rumah anak-anak yatim tu? Kena la tengok sendiri nanti. Tak kan nak cerita semua kan. Overall jalan cerita ok dan tak bosan.

Dari segi lakonan pula, pelakon cilik Puteri Balqis tak ada masalah untuk bawakan watak. Cuma kitorang rasa banyak sangat scene sedih dan menangis untuk Balqis. Untuk Sara Ali, Gambit, Awie dan Remy Ishak. Well blend together, serasi berlakon bersama. Yang best David Teo pun berlakon ok. Hehe. Ramai juga pelakon kanak-kanak dalam cerita ni. Tak tau nama tapi well known juga. So part lakonan kanank-kanak tak mengecewakan. Overall dari segi lakonan semuanya baik.

Apa lagi yang menarik? Tak boleh la cerita semua. Korang kena la tengok sendiri nanti. Tak rugi untuk korang tengok movie ni. Boleh bangga la dengan filem Upin Ipin ni sebab buatan anak Malaysia. Meh layan trailer filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni!


Jadi korang jangan lupa tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng ni di pawagan pada 24 Novemver 2016. Kasi pecah panggung ya! Bawa anak-anak sedara mara adik kecil yang comel menonton. Memang tak rugi! Anak kitorang tengok pun tak menangis sebab fokus tengok Upin Ipin. Hehehe!

Selamat menonton!

Assalamualaikum.

Thursday, 27 October 2016

Movie Review : Doctor Strange

Assalamualaikum.

Nak buat review movie baru, Doctor Strange. Semalam berkesempatan untuk tengok dekat wayang. Seperti biasa, soalan yang orang akan tanya "best ke tak cerita tu?". Ni adalah jawapa yang boleh kitorang bagi untuk soalan tersebut.


Movie Doctor Strange best! Kenapa best? Dari segi jalan cerita tak complicated. Senang untuk faham. Kisah seorang doktor  bernama Strange yang boleh dikatakan power dalam bidang bedah membedah. Kemudian dia ditimpa kemalangan dan tangan dia rosak teruk. Masih hidup tapi ada masalah dengan jari jari dia sebab tisu tangan dia rosak teruk akibat kemalangan tu. Cuba untuk ubati tangan dengan pelbagai cara. Tapi masalah Doctor Strange ni dia ada sifat ego yang sangat tinggi bajet dia paling power sampai menidakkan hukum (kitorang rasa lah). Lepas tu? Kena la tengok sendiri kat wayang. Hahaha!

Dari segi efek grafik memang baik. Paling best tang bangunan pusing pusing tunggang terbalik. Scene lawan yang tak berapa banyak sangat sebab cerita ni pasal magik. Jadi scene lawan lawan tu tak sepower cerita Marvell yang lain. Overall tak mengecewakan. Masa tengok cerita ni korang kena teliti betul betul, baru la korang akan faham kesinambungan dunia realiti dan dunia magik ni. Yang penting korang boleh tengok jasad dan roh manusia terpisah. Part tu pun macam cool. Hehehe

Kesimpulannya, korang kena la tengok cerita ni kat wayang. Berbaloi dan sesuai untuk tontonan santai. Kitorang bagi 4 bintang. Yeayyy! Kalau korang masih tak dapat tangkap macam mana cerita tu, boleh tengok trailer ni. Mana tau kitorang bagi review ni macam tak berapa clear. Hehehe!


Selamat menonton!

Assalamualaikum.

Wednesday, 26 October 2016

Nak RM50? #mrandmrsaidilgiveaway

Assalamualaikum.

Dah lama tak buat giveaway. Jadi kali ni kitorang buat lagi. Yeayyy! Kitorang nak bagi RM50 kat korang ni. Takkan tak nak? Ke tak heran? Hehehe. Tak susah pun nak sertai. Mana tau rezeki, dapat la duit poket RM50.


Macam mana nak sertai? Ikut langkah langkah ini (kena buat dekat instagram):

1. Follow instagram mrandmrsaidil
2. Repost gambar ini, tag 3 akan anda dan hashtag #mrandmrsaidilgiveaway
3. Tarikh tutup giveaway 21 Oktober 2016
4. Pemenang akan dipilih secara rawak dalam cabutan undi

Haaa, senang je kan? Tak susah pun. Sertai la sekarang sebab last day nak join 31 Oktober 2016. Khabarkan pada kawan kawan semua ya. Tak cuba tak tau. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Sunday, 16 October 2016

Makan di Kueh 13

Assalamualaikum.

Review terbaru dari kitorang. Yeayyy! Kitorang dapat info ni melalui facebook. Ada orang share pasal tempat ni, so kitorang pergi la sendiri untuk rasai apa yang best dekat sana. Nama tempat tu adalah Kueh. Apa yang best dekat Kueh ni ya?

Apa yang menariknya pasal kedai ni adalah dia menyediakan lebih 20 jenis kuih muih traditional melayu. Haaa, rambang mata nak pilih yang mana. Nampak semua sedap! Kalau boleh nak cuba semua sebab ada kuih muih yang rare dan susah nak dapat. Dibawah satu bumbung, boleh la korang rasa semua kuih muih traditional yang diorang jual. Nyum Nyum nyum! Ni antara kuih muih yang ada (yang masih ada masa kitorang datang).









Camne? Bestkan kuih muih dia. Pernah jumpa ke tak kuih muih ni? Hehehe. Macam mana pula keadaan kedai Kueh ni? Tempat makan yang agak luas. Boleh la dalam 100-150 orang makan dalam satu masa. Konsep yang simple dan dekorasi yang urban urban traditional gitu. Nak makan kena order dekat kaunter, beratur ok.




Macam mana? Ok tak review kitorang ni? Ada rasa nak pergi dan cuba makan kat sini? Hehehe. Kalau nak pergi, senang je. Korang boleh pergi dekat seksyen 13 Shah Alam. Kedai ni betul betul sebelah kedai Nasi Lemak Cinta Sayang. Waze je, pasti sampai. Kalau nak view lebih menarik, meh tengok video yang kitorang sempat rakam ni.


Jadi korang semua, selamat mencuba ok!

Assalamualaikum.

Monday, 10 October 2016

Da'i Niezal Juara Da'i Pendakwah Nusantara musim ke 4

Assalamualaikum.

Semalam berlangsung Pentas Akhir Da'i Pendakwah Nusantara musim ke 4 di TV3. 3 peserta akhir Da'i Saiful, Da'i Niezal dan Da'i Nasrul berentap untuk bergelar juara. Ramai yang menjangkakan Da'i Saiful bakal bergelar juara. Tetapi nasib menyebelahi Da'i Niezal, beliau begitu yakin di pentas akhir sekali gus dinobatkan sebagai juara.

Apa yang boleh kitorang katakan, pada malam tu Da'i Niezal memang memberikan persembahan yang terbaik. Tazkirah yang menusuk kalbu dan apa yang disampaikan membawa kesan kepada kitorang. Babah didil tengok secara langsung. Jadi memang boleh meleleh la air mata. Tapi tahan je, control macho. Syabas Da'i Niezal!

Juara membawa pulang wang tunai RM50,000, 2 pakej Umrah dan barangan Almas. Saguhati pula menerima wang tunai RM5,000, sebuah tablet pintar dan barangan Almas. Tahniah pada 3 peserta akhir yang memberikan persembahan yang baik. Kitorang suka! Hehehe.

Jom kita tengok sikit gambar yang sempat babah didil snap masa Pentas Akhir Da'i Pendakwah Nusantara musim ke 4. Check it out!










Babah didil kerja, so dapat la shoot gambar yang best masa Pentas Akhir Da'i ni. Hehehe! Kitorang harap rancangan ni akan berterusan untuk musim yang baru. InsyaAllah. Program bagus harus diteruskan untuk masa akan datang. Yeayyy!

Sekian saja untuk kali ini.

Assalamualaikum.

Friday, 7 October 2016

Review Hotel Grand Bluewave JB

Assalamualaikum.

Nak buat review sikit pasal hotel yang babah didil menginap masa dekat JB hari tu. Hotel tu adalah Grand Bluewave. Hotel ni dekat bandar JB. Jadi senang la kalau korang nak keluar jalan-jalan bandar JB atau ke Singapura. Macam mana hotel tu? Ok ke tak?

Ni review dari babah didil. Secara keseluruhannya, bilik yang best dan memuaskan hati. Besar dan selesa, dapat pula pemandangan kolam renang dan negara Singapura dari tingkap bilik. Memang terbaik lah! Overall memang A! Tak mengecewakan. boleh bagi 4 bintang! Harga hotel? Kena la check dekat internet. Hehehe. Sebab lain bilik lain harga dia. Ni view bilik yang babah didil duduk.




Kalau korang ke JB, cuba la menginap di Hotel Grand Bluewave ni. Dekat bawah hotel tu ada 1 cafe hipster. Jalan kaki je dah sampai. Hehe. Ok lah. Itu saja review kali ni. Tunggu review hotel lain pula ya.

Assalamualaikum.

Wednesday, 5 October 2016

Makan di Pots & Pans JB

Assalamualaikum.

Babah didil berkesempatan untuk cuba makan dekat cafe hipster masa pergi JB hari tu. Seperti biasa bila dah jumpa cafe baru dan hipster kat luar KL, mesti la kitorang nak buat review. Apa nama cafe tu? Cafe hispter tu adalah Pots & Pans. Korang pernah pergi? Kalau tak pernah pergi meh baca review kitorang ni.


Bagi kitorang, dekorasi dalam cafe yang sangat minimal tanpa serabut kepala nak letak benda-benda tak penting dan merepak. Just simple dekorasi dah nampak cool. Dia tak buat fancy fancy sebab mungkin cafe ni sedikit kecil dekat bangunan yang lama. Bab makanan pula, banyak juga pilihan. Dari starters, entree, pasta dan desserts. Minuman pula ada coffee, tea, milkshake dan lain-lain. Korang boleh la pilih makanan apa yang korang nak ya.


Untuk review, babah didil cuba makan salted egg yolk prawn pasta. Apa rasa? Untuk cubaan kali pertama, rasa dia sangat sedap! Sangat sangat sangat sedap! Memang recommend la kalau korang nak cuba. Rasa dia padu melekat! Tapi kalau ada makan dengan cili potong lagi kick! Hahaha. But overall memang sedap!

Harga pula macam mana? Bagi kitorang harga dia sangat berpatutan dan mampu beli la. Tak mahal, tak murah sangat. Average la orang kata. Boleh la datang balik kalau korang teringin. Hehehe. Cakap banyak tak guna, apa kata korang tengok sedikit video review masa babah didil berkungjung ke Pots & Pans ni:


Kalau korang datang JB, jangan lupa singgah ok. Lokasi cafe ni terletak di No 15, Jalan Bukit Meldrum 80300, Johor Bahru. Kalau susah sangat follow je diorang dekat Instagram, Facebook ok!


Apa apa pun, cafe ni memang best dan terbaik! kitorang bagi 4 bintang! Yeayyy! Ada lagi tempat best untuk kitorang review? Bagi cadangan dekat ruangan komen dibawah. 

Assalamualaikum.

Thursday, 29 September 2016

Top 5 RT Paling Banyak Dari Twitter Mrandmrsaidil (Ogos 2016)

Assalamualaikum.


Report bulanan untuk RT paling banyak dekat twitter kitorang. Dah follow twitter kitorang belum? Jangan lupa ok. Tanpa buang masa jom kita tengok RT paling banyak dekat tweet yang mana satu ya!

No 1: 250 RT, 73 Like

No 2: 211 RT, 71 Like

No 3: 173 RT, 74 Like

No 4: 121 RT, 64 Like

No 5: 104, 46 Like

Macam mana? Korang ada RT tak? Ke tak layan twitter? Hahaha. Makin lama macam dah makin kurang RT. Mungkin tweet kitorang hambar kot. Bulan september nak kasi improve kitorang punya tweet. Hehehe! Itu saja untuk entry kali ini.

Assalamualaikum.