Wednesday, 9 December 2015

Ramalan Juara Gegar Vaganza 2015

Assalamualaikum.

Korang semua mesti tengok program realiti Gegar Vaganza kan? Rancangan ni dah masuk minggu akhir. Seramai 6 finalis akhir akan berentap untuk memenangi wangi tunai berjumlah RM100,000 serta sebuah lagu baru. Finalis akhir tu adalah Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Acong. 


Semua peserta hebat-hehat belaka. Ye la, mereka kan artis. Bab menyanyi tak ada masalah pun. Bagi je lagu apa confirm boleh nyanyi punya. Tapi antara mereka berenam ni, agak agak siapa yang menang? Dari pemerhatian persembahan mereka tiap-tiap minggu, ini ramalan yang boleh kitorang berikan:

1. Faradhiya
2. Siti Nordiana
3. Ezad Lazim
4. Nassier Wahab
5. Haiza
6. Acong

Ini cuma ramalan kitorang je ok. Dari apa yang kitorang rasa dan nampak ikut persembahan mingguan diorang. Bukan betul-betul. Mana tau mungkin mengena ramalan kitorang ni kan? Hehehe. Jadi siapa pilihan juara korang?

Tak kisah la siapa yang menang, menang kalah adat pertandingan. Dah masuk peringkat akhir pun dah dikira pemenang. Apa-apa pun kitorang nak wish good luck pada kesemua peserta akhir Gegar Vaganza 2015!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment