Wednesday, 16 December 2015

Makan di Zawara Coffee

Assalamualaikum.

Tak perlu mukadimah yang panjang bila bercakap pasal makanan. Hahaha! Kali ni kitorang nak share pengalaman kitorang makan dekat Zawara Coffee. Rasanya semua orang dah pernah dengar nama kedai makan ni kan. Dekat iklan radio pun ada.



Ok, apa yang menarik dekat Zawara Coffee ni? Sudah semestinya air kopi yang diorang jual la. Nama kedai pun "Coffee" kan. Ada pelbagai jenis minuman kopi boleh korang pilih. Selain kopi, diorang juga ada jual makanan. Tak banyak pilihan tapi menu diorang ada kelainan sikit. Kalau nak tau apa menu dia, kena la datang cuba makan dekat Zawara Coffee.

Ini antara makanan yang kitorang order masa makan di Zawara Coffee.






Macam mana? Terliur tak tengok gambar makanan yang ada dekat Zawara Coffee ni? Apa rasa makanan yang kitorang order? So far semua makanan sedap. Nyum nyum nyum! Kitorang bagi 4 bintang. Range harga makanan dari RM10 - RM30 macam tu. Harga air pula dari harga RM10 - RM20. Boleh kata harga tak mahal tak murah. Kira berpatutan la.

Kalau korang nak pergi, boleh la cari Zawara Coffee yang berdekatan sebab diorang ada 9 outlet. 3 outlet yang dah dibuka dekat Setapak, Bukit Jelutong dan Bangi Central. Coming soon outlet akan dibuka di TTDI, Putrajaya, Setia Alam, The Curve, Cyberjaya dan The Strand. Dekorasi dalam kedai juga simple dan elegen. Sedap mata memandang.

Kalau korang tercari-cari kat mana nak makan, boleh la korang cuba. Ok? Atleast cuba sekali. Dah cuba nanti bagi tau kitorang ok ke tak. Sebelum balik kita selfie.


Sekian saja dari kitorang.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment