Thursday, 10 December 2015

Makan di Kitchen Project Ipoh

Assalamualaikum.

Haritu kitorang pergi Ipoh untuk hadiri majlis kahwin kawan. Dah alang-alang tidur satu malam kat Ipoh, apa lagi misi cari makanan wajib dijalankan. Hehehe. Kitorang jumpa kedai makan ni pun secara tak sengaja. Acah-acah nak cari kedai makan hipster dekat pukul 10 malam. Kau rasa ada ke kedai makan hipster yang bukak dekat Ipoh ni? Pusing punya pusing, akhirnya terjumpa satu kedai ni. Tadaaaa, terjumpa Kitchen Project.


Kitchen Project ni terletak sebelah Restoran Simpang Tiga. Ni alamat dia: D-G Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said 30450 Ipoh. Menu dekat Kitchen Project ada chicken chop, grilled lamb, steak dan banyak lagi. Rambang mata bila tengok menu diorang. 


Apa rasa makanan dekat Kitchen Project? Ni review dari kitorang. Portion yang besar, sangat sedap dan harga yang berpatutan. Memang A+! Harga dia macam tak kena dengan makanan yang korang akan dapat. Hehehe. Kitorang makan 5 orang, bil dia baru RM150+ je. Murah kan dengan makan steak, grilled lamb bagai.


Apa yang cool Kitchen Project ni berkonsepkan open kitchen. Korang boleh la tengok diorang masak secara langsung. Kalau nak komen or nak suruh dia tambah itu ini cakap je. Jadi kalau korang pergi Ipoh jangan lupa singgah makan dekat Kitchen Project ok. Kitorang sangat recommend! Must visit! ok?

Follow instagram Kitchen Project @KitchenProject2015

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment