Friday, 4 December 2015

Makan di Hammer Bay Seafood

Assalamualaikum.

Sebut je pasal Penang, benda pertama yang kitorang akan tanya adalah:

1. Makan mana?
2. Makan mana?
3. Makan mana?

Nampak tak kitorang ni kaki pelahap? Hahaha. Sebab tu kalau datang Penang memang tak pernah membosankan. Makan adalah sasaran nombor satu kitorang. Hehehe

Sebab kitorang ada kat Penang, kitorang nak share dengan korang tempat makan ni. Hammer Bay Seafood. Tempat ni dekat dengan Queens Bay Mall. Kalau nak datang boleh waze je. Ni alamat dia: Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Macam biasa, tempat ni terkenal dengan makanan laut yang fresh! Ada beberapa buah gerai. Korang kena pilih la nak makan dekat mana. Konsep tempat makan dia ala-ala food court gitu. Menu wajib kalau makan seafood adalah sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan bakar dan udang butter. Kalau ada semua tu dah cukup dah. Perfect! Korang selalu akan order apa?





Macam mana? Terliur tak tengok gambar makanan yang kitorang share ni? Hehehe. Kalau korang datang Penang, diwajibkan singgah ok. Berbaloi dan tak mengecewakan. Kitorang recommend sangat untuk korang cuba makan kat sini. Kitorang bagi 4 bintang! Dapdapdap!

Apa lagi, kalau ada plan nak datang ke Penang make sure tempat makan ni jadi senarai wajib pegi tau. Hehehe!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment