Friday, 18 December 2015

Jalan Jalan Bukit Bendera Penang

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal Penang, mesti orang akan cakap pasal makan. Selain makan, Penang ada juga tempat-tempat best untuk korang pergi macam muzium, taman rama-rama dan banyak lagi. Jadi, masa kitorang datang Penang haritu kitorang berkesempatan untuk pergi Bukit Bendera. Yeayyy!

Apa yang best? Kat atas Bukit Bendera tu korang boleh tengok view Penang secara keseluruhannya. Nampak la bangunan dan pemandangan laut sekitar Penang. Jambatan Pulau Pinang pun nampak uols! Walaupun Bukit Bendera tak de la tinggi sangat, nampak la juga view Penang.

Nak naik Bukit Bendera senang je, beli tiket. Harga tiket RM10 untuk warganegara Malaysia. Kalau pelancong mahal sikit. Make sure masa nak beli tunjuk kad pengenalan ok. Dah beli tiket baru la korang boleh naik Bukit Bendera. Naik train uols naik atas tu. Train ke cable car? Hahaha. Mana-mana pun tak kisah la. Janji sampai atas.

Kalau dah sampai atas, jangan khusyuk ambil gambar je. Korang kena la chill chill makan ice manggo kat tempat medan makan kat atas tu. Bukan ada ice manggo je, macam-macam jenis ais kisar yang dijual macam abc, cendol dan lain. Selain makan, ada juga muzium burung hantu. Kalau korang rajin boleh la masuk tengok. Ada juga orang duduk tepi tepi tu lukis karikatur. Menarik kan?


Cerita banyak tak guna. Korang tengok je la sedikit video yang sempat kitorang rakam masa pergi naik Bukit Bendera:


Macam mana? Best tak video yang kitorang rakam? Kalau korang datang Penang jangan lupa pergi Bukit Bendera ok. Tak rugi pun. Boleh feeling feeling macam kat London sebab sejuk sikit, lol. Sekian.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment