Thursday, 31 December 2015

Recap 2015

Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2015. Pejam celik dah habis tahun 2015. Apa yang korang dah buat? Tercapai tak impian 2015 korang? Hehehe. Bagi kitorang tahun 2015 adalah tahun yang sangat sangat awesome sebab banyak moment best yang kitorang lalui. Antaranya adalah.....


Korang kena la tengok video yang kitorang dah buat ni. Yeayyy!


Apa-apa pun terima kasih 2015 kerana telah memberikan satu kenangan yang best buat kitorang. Memang masa tak boleh berulang tapi dengan adanya video yang kitorang buat ni, boleh la ubat kerinduan kitorang sendiri. hehehe!

Harapnya tahun 2016 akan lebih baik dari tahun 2015 ni. Sama-sama kita berdoa ya. So bye bye 2015, hello 2016!

Assalamualaikum.

Monday, 21 December 2015

Bila Jumpa Getah Gelang

Assalamualaikum.

Apa korang akan buat kalau jumpa getah gelang? Mesti guna untuk ikat something kan. Tapi pernah tak korang perasan kalau korang pegang getah gelang ni, secara automatik korang akan play around dengan getah gelang tu guna jari-jari korang? Hehehe. Tipu la kalau korang tak pernah buat camni:





Pernah buat ke tak? Kalau korang pernah buat maksudnya kita geng. Hahaha! Bentuk apa lagi korang boleh buat? Cuba share dengan kitorang. Rasanya macam rare je main permainan getah gelang ni. Siapa tak pernah main, sila duduk gua. Hewhewhew.

Assalamualaikum.

Friday, 18 December 2015

Jalan Jalan Bukit Bendera Penang

Assalamualaikum.

Bila cakap pasal Penang, mesti orang akan cakap pasal makan. Selain makan, Penang ada juga tempat-tempat best untuk korang pergi macam muzium, taman rama-rama dan banyak lagi. Jadi, masa kitorang datang Penang haritu kitorang berkesempatan untuk pergi Bukit Bendera. Yeayyy!

Apa yang best? Kat atas Bukit Bendera tu korang boleh tengok view Penang secara keseluruhannya. Nampak la bangunan dan pemandangan laut sekitar Penang. Jambatan Pulau Pinang pun nampak uols! Walaupun Bukit Bendera tak de la tinggi sangat, nampak la juga view Penang.

Nak naik Bukit Bendera senang je, beli tiket. Harga tiket RM10 untuk warganegara Malaysia. Kalau pelancong mahal sikit. Make sure masa nak beli tunjuk kad pengenalan ok. Dah beli tiket baru la korang boleh naik Bukit Bendera. Naik train uols naik atas tu. Train ke cable car? Hahaha. Mana-mana pun tak kisah la. Janji sampai atas.

Kalau dah sampai atas, jangan khusyuk ambil gambar je. Korang kena la chill chill makan ice manggo kat tempat medan makan kat atas tu. Bukan ada ice manggo je, macam-macam jenis ais kisar yang dijual macam abc, cendol dan lain. Selain makan, ada juga muzium burung hantu. Kalau korang rajin boleh la masuk tengok. Ada juga orang duduk tepi tepi tu lukis karikatur. Menarik kan?


Cerita banyak tak guna. Korang tengok je la sedikit video yang sempat kitorang rakam masa pergi naik Bukit Bendera:


Macam mana? Best tak video yang kitorang rakam? Kalau korang datang Penang jangan lupa pergi Bukit Bendera ok. Tak rugi pun. Boleh feeling feeling macam kat London sebab sejuk sikit, lol. Sekian.

Assalamualaikum.

Wednesday, 16 December 2015

Makan di Zawara Coffee

Assalamualaikum.

Tak perlu mukadimah yang panjang bila bercakap pasal makanan. Hahaha! Kali ni kitorang nak share pengalaman kitorang makan dekat Zawara Coffee. Rasanya semua orang dah pernah dengar nama kedai makan ni kan. Dekat iklan radio pun ada.



Ok, apa yang menarik dekat Zawara Coffee ni? Sudah semestinya air kopi yang diorang jual la. Nama kedai pun "Coffee" kan. Ada pelbagai jenis minuman kopi boleh korang pilih. Selain kopi, diorang juga ada jual makanan. Tak banyak pilihan tapi menu diorang ada kelainan sikit. Kalau nak tau apa menu dia, kena la datang cuba makan dekat Zawara Coffee.

Ini antara makanan yang kitorang order masa makan di Zawara Coffee.






Macam mana? Terliur tak tengok gambar makanan yang ada dekat Zawara Coffee ni? Apa rasa makanan yang kitorang order? So far semua makanan sedap. Nyum nyum nyum! Kitorang bagi 4 bintang. Range harga makanan dari RM10 - RM30 macam tu. Harga air pula dari harga RM10 - RM20. Boleh kata harga tak mahal tak murah. Kira berpatutan la.

Kalau korang nak pergi, boleh la cari Zawara Coffee yang berdekatan sebab diorang ada 9 outlet. 3 outlet yang dah dibuka dekat Setapak, Bukit Jelutong dan Bangi Central. Coming soon outlet akan dibuka di TTDI, Putrajaya, Setia Alam, The Curve, Cyberjaya dan The Strand. Dekorasi dalam kedai juga simple dan elegen. Sedap mata memandang.

Kalau korang tercari-cari kat mana nak makan, boleh la korang cuba. Ok? Atleast cuba sekali. Dah cuba nanti bagi tau kitorang ok ke tak. Sebelum balik kita selfie.


Sekian saja dari kitorang.

Assalamualaikum.

Monday, 14 December 2015

Pencarian Bakat Baru NAR Records

Assalamualaikum.

Kitorang saja nak kongsi dengan korang pasal pencarian bakat baru untuk syarikat rakaman NAR Records. Diorang tengah cari bakat baru untuk diketengahkan dan menjadi artis dibawah naungan mereka. Tak percaya tengok iklan kat bawah ni.


Ada bakat menyanyi? Nak sertai? Tak susah pun, cuma rakam video nyanyian korang pastu email je kat diorang. Kalau dah upload kat youtube pun ok jugak. Bagi link video korang tu kat email NAR Records (nar.records@gmail.com). Masa nak hantar penyertaan tu bagi sekali butiran peribadi dan no telefon. Yag penting korang berumur 17 hingg 23 tahun sahaja. Macam mana? Semudah ABC je nak sertai. 

Apa lagi, jangan lengah masa. Pergi cepat join. Mana tau rezeki korang nak jadi artis. Hehehe. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

Thursday, 10 December 2015

Makan di Kitchen Project Ipoh

Assalamualaikum.

Haritu kitorang pergi Ipoh untuk hadiri majlis kahwin kawan. Dah alang-alang tidur satu malam kat Ipoh, apa lagi misi cari makanan wajib dijalankan. Hehehe. Kitorang jumpa kedai makan ni pun secara tak sengaja. Acah-acah nak cari kedai makan hipster dekat pukul 10 malam. Kau rasa ada ke kedai makan hipster yang bukak dekat Ipoh ni? Pusing punya pusing, akhirnya terjumpa satu kedai ni. Tadaaaa, terjumpa Kitchen Project.


Kitchen Project ni terletak sebelah Restoran Simpang Tiga. Ni alamat dia: D-G Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said 30450 Ipoh. Menu dekat Kitchen Project ada chicken chop, grilled lamb, steak dan banyak lagi. Rambang mata bila tengok menu diorang. 


Apa rasa makanan dekat Kitchen Project? Ni review dari kitorang. Portion yang besar, sangat sedap dan harga yang berpatutan. Memang A+! Harga dia macam tak kena dengan makanan yang korang akan dapat. Hehehe. Kitorang makan 5 orang, bil dia baru RM150+ je. Murah kan dengan makan steak, grilled lamb bagai.


Apa yang cool Kitchen Project ni berkonsepkan open kitchen. Korang boleh la tengok diorang masak secara langsung. Kalau nak komen or nak suruh dia tambah itu ini cakap je. Jadi kalau korang pergi Ipoh jangan lupa singgah makan dekat Kitchen Project ok. Kitorang sangat recommend! Must visit! ok?

Follow instagram Kitchen Project @KitchenProject2015

Assalamualaikum.

Wednesday, 9 December 2015

Ramalan Juara Gegar Vaganza 2015

Assalamualaikum.

Korang semua mesti tengok program realiti Gegar Vaganza kan? Rancangan ni dah masuk minggu akhir. Seramai 6 finalis akhir akan berentap untuk memenangi wangi tunai berjumlah RM100,000 serta sebuah lagu baru. Finalis akhir tu adalah Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad Lazim dan Acong. 


Semua peserta hebat-hehat belaka. Ye la, mereka kan artis. Bab menyanyi tak ada masalah pun. Bagi je lagu apa confirm boleh nyanyi punya. Tapi antara mereka berenam ni, agak agak siapa yang menang? Dari pemerhatian persembahan mereka tiap-tiap minggu, ini ramalan yang boleh kitorang berikan:

1. Faradhiya
2. Siti Nordiana
3. Ezad Lazim
4. Nassier Wahab
5. Haiza
6. Acong

Ini cuma ramalan kitorang je ok. Dari apa yang kitorang rasa dan nampak ikut persembahan mingguan diorang. Bukan betul-betul. Mana tau mungkin mengena ramalan kitorang ni kan? Hehehe. Jadi siapa pilihan juara korang?

Tak kisah la siapa yang menang, menang kalah adat pertandingan. Dah masuk peringkat akhir pun dah dikira pemenang. Apa-apa pun kitorang nak wish good luck pada kesemua peserta akhir Gegar Vaganza 2015!

Assalamualaikum.

Friday, 4 December 2015

Makan di Hammer Bay Seafood

Assalamualaikum.

Sebut je pasal Penang, benda pertama yang kitorang akan tanya adalah:

1. Makan mana?
2. Makan mana?
3. Makan mana?

Nampak tak kitorang ni kaki pelahap? Hahaha. Sebab tu kalau datang Penang memang tak pernah membosankan. Makan adalah sasaran nombor satu kitorang. Hehehe

Sebab kitorang ada kat Penang, kitorang nak share dengan korang tempat makan ni. Hammer Bay Seafood. Tempat ni dekat dengan Queens Bay Mall. Kalau nak datang boleh waze je. Ni alamat dia: Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Macam biasa, tempat ni terkenal dengan makanan laut yang fresh! Ada beberapa buah gerai. Korang kena pilih la nak makan dekat mana. Konsep tempat makan dia ala-ala food court gitu. Menu wajib kalau makan seafood adalah sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan bakar dan udang butter. Kalau ada semua tu dah cukup dah. Perfect! Korang selalu akan order apa?





Macam mana? Terliur tak tengok gambar makanan yang kitorang share ni? Hehehe. Kalau korang datang Penang, diwajibkan singgah ok. Berbaloi dan tak mengecewakan. Kitorang recommend sangat untuk korang cuba makan kat sini. Kitorang bagi 4 bintang! Dapdapdap!

Apa lagi, kalau ada plan nak datang ke Penang make sure tempat makan ni jadi senarai wajib pegi tau. Hehehe!

Assalamualaikum.

Tuesday, 1 December 2015

Cadar Gambar Makanan

Assalamualaikum.

Tempat tidur adalah tempat paling penting untuk kita rehatkan badan. Nak tidur kan, mesti la kena ada tempat yang selesa. Jadi macam-macam design cadar yang ada kat pasaran tu. Tapi apa menarik yang kitorang jumpa, ada cadar gambar makanan. Cool kan? Kalau tak percaya tengok gambar ni.





Yay or nay? Apa pendapat korang? Bagi kitorang for design memang 100% aweosme cool! Tapi kalau nak guna untuk harian macam tak cool sebab gambar makanan. Ada ke korang nak tidur atas makanan? Kalau fikir secara logik memang tak ada orang nak baring atas makanan. Tapi kalau sebab cantik diatas katil memang ya. Korang boleh pakai cadar gambar makanan ni.

Kitorang tak pasti cadar ni dijual di Malaysia ke tak. Untuk maklumat lanjut korang boleh pegi www.worldofbuzz.com untuk maklumat lanjut. Kitorang just nak share cadar cool ni dekat korang. Kalau berminat boleh la beli. Ok?

Assalamualaikum.