Monday, 2 November 2015

Review Foodgasm Fest 2015

Assalamualaikum.

Dengar je pasal foodgasmfest, kitorang dah teruja untuk pergi. Ye la, last year ada buat tapi kitorang tak berkesempatan untuk pergi. Tahun ni diorang ada buat lagi, jadi kitorang tak nak lepaskan peluang lah (punya eksited).


Tapi malangnya masa kitorang nak pergi macam-macam halangan yang berlaku. Bukan kitorang tak pergi ok. Kitorang dah pergi dan dah sampai pun dekat area foodgasmfest tu. Kali ni diorang buat dekat dataran PJ. Ini sebab mengapa kitorang tak jadi pergi foodgasmfest tu:

1. Jalan sesak - lepas je jalan area mid valley jalan dah mula sesak menuju ke amcorp mall tu. bayangkan nak masuk ke dataran pj tu sangat sangat sesak. Macam mana nak sampai lokasi kalau dah berjam-jam sangkut kat tengah jalan?

2. Parking penuh - kitorang tak tau la dalam area dataran PJ tu macam mana. Tapi apa yng kitorang nampak diorang parking sampai dekat tepi jalan dekat federal tu. Kan menggangu laluan orang nak keluar masuk.

3. Tempat yang kurang strategik - mungkin lokasi tu cantik dalam gambar tapi ada fikir tak pengunjung yang datang macam mana? mana diorang nak parking, sesak ke tak kalau nak ke lokasi event? ada buat research tak? Padang tempat event lecak teruk sampai berlumpur sebab kena hujan.

4. Hujan - macam biasa cuaca memang kita tak boleh ramal. Tapi rasanya boleh tau masa buat event tu bakal hujan ke tak. Kan ada ramalan cuaca that day hujan turun ke tak. Tempat lecak bertambah lecak sebab hujan.

5. Harga makanan over price - Walaupun kitorang tak sampai dekat tapak event, rata-rata komen yang dilemparkan dilaman sosial foodgasmfest memberi komen yang negatif pasal harga makanan. Sebangai contoh aiskrem malaysia yang dijual dengan harga RM2.50. Korang rasa berbaloi ke tak?

Ok, rasanya tu je kot sebab kenapa kitorang tak jadi pergi foodgasmfest. Bukan tak nak pergi, tapi bila ada masalah dah timbul, terus kitorang batalkan niat kitorang nak pergi foodgasm tu. Kitorang bukan apa, rasa kesian pada mereka yang datang jauh dari luar KL. Kan?

Jadi bagi ubati kekecewaan kitorang nak pergi foodgasm, kitorang pergi Mid Valley dan buru beberapa jenis makanan yang boleh buat kitorang happy. Nak tau apa makanan buruan tu kena la tengok video kitorang kat bawah ni:

  

Oklah, hope organiser untuk foodgasmfest amek feedback pengunjung untuk perbaiki apa yang dah jadi. Tak salah nak buat event macam ni. Cuma kena buat lebih kajian untuk jalankan event dengan lebih baik. Good luck for next foodgasmfet. Kalau ada lagi. Hehe!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment