Tuesday, 24 November 2015

Muzium Wonderfood di Penang

Assalamualaikum.

Nampaknya ada tarikan baru dekat penang. Kitorang jumpa dekat google. Hahaha! Muzium tu adalah Muzium Wonderfood. Tengok dari gambar yang dikongsi dilaman sosial, muzium ni mempamerkan replika makanan bersaiz besar dari manusia. Cool kan?

Ye la, Malaysia ni terkenal dengan makanan dia. Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan. Masa tidur je tak makan. Jadi dari situ la timbulnya ilham nak buat Muzium Wonderfood ni. Tak gitu?

Rasanya Muzium ni baru dibuka. Sebab kitorang pun baru tau wujudnya muzium ni. Info lebih pun kitorang tak tau sangat sebab tak pernah pergi lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan datang ke Penang, nanti kitorang singgah. Jom kita tengok sikit apa yang menarik dekat Muzium Wonderfood.




Foto ikhsan facebook dan instagram

Kalau korang nak pergi Muzium Wonderfood ni, boleh waze alamat ni 49, Lebuh Pantai Penang, Malaysia. Atau boleh contact 012-2251968 untuk tanya kalau sesat. OK? Apa yang pasti kitorang akan datang muzium ni untuk tengok sendiri apa yang menarik dalam tu. Sekian.

Assalamualaikum.

1 comment: