Monday, 9 November 2015

Klinik Wangsa - Dr Nadir Khan & Rakan-rakan

Assalamualaikum.

Sejak dah jadi babah dan mommy ni, banyak benda kena ambil tau pasal anak. Anak sihat ke tak, nak bawa pergi klinik ke tidak. Sikit-sikit la belajar, ilmu tu seiring bertambah sama macam anak membesar. Tak gitu?

Kepada ibu bapa diluar sana kalau anak korang sakit selsema batuk kahak, kitorang nak suggest korang pergi Klinik Wangsa ni sebab dia ada sediakan perkhidmatan untuk kurangkan selsema batuk kahak tu dengan cara neb dan sedut selsema kahak tu (tak tau la apa nama specific dia).

Masa first time kitorang pergi, klinik ni nampak lama dan hambar. Tapi sekarang dia dah diubah suai menjadi klinik yang lebih selesa dan sedap mata memandang. Tak percaya tengok la sendiri Klinik Wangsa ni.





So far kitorang dah pergi lebih 3 kali sebab anak kitorang kadang-kadang sakit selsema batuk kahak. Kesian diorang kalau bernafas ada bunyi. Jadi kalau rasa macam dah teruk sangat memang kat sini la kitorang bawa untuk sedut selsema kahak tu. Teknik yang digunakan rasanya mudah je, tapi alat dan kepakaran menyedut tu hanya ada pada doktor. 

Apa yang kitorang tau Klinik Wangsa ni milik Dr Nadir Khan dan rakan-rakan. Dr Nadir Khan tak ada hari-hari kat klinik, ada hari-hari tertentu je dia ada. Selebihnya rakan-rakan doktor yang ada kat klinik. Selain Dr Nadir khan, ada juga Dr Halim dan Dr Imran. Doktor lain tak perasan pula. Setakat ni kitorang pernah dapat khidmat Dr Nadir dan Dr Halim. Kedua-dua doktor memang terbaik!

Apa yang perlu korang buat bila pergi Klinik Wangsa ni? Sah-sah nak sedut selsema kahak kan. Ni adalah benda yang korang akan buat bila jumpa doktor dekat Klinik Wangsa ni.

1. Seperti biasa kena la jumpa doktor dulu. Nanti dia bagi consultation dan tanya pasal anak. Dah settle baru dia tanya nak buat neb saja atau nak buat neb dan sedut sekali.

2. Bila dah jumpa doktor, kena buat la buat neb. Fungsi neb ni nak kasi selsema kahak tu cair sebelum disedut. Neb mengambil masa dalam 10-15 minit. Masa ni korang akan kena tahan dan kentalkan diri sebab anak korang akan meronta ronta menangis tak nak kena neb.


3. Selepas kena neb, anak korang akan dibaringkan untuk proses sedut selsema kahak tu. Kena bedung kasi dia tak bertindak agresif. Kalau budak kecik macam ni ok lagi. Cuba bayangkan kalau anak ada 2 3 tahun?

4. Masa ni baru la doktor akan sedut selsema dan kahak yang dah cair lepas neb tu. Doktor akan cuba sedut sebanyak mungkin selsema kahak yang ada. Ambil masa dalam 10-15 minit juga. Masa ni pun sama, anak akan menjerit menangis. 

Ok dah habis. Tu je benda yang akan korang lalui kalau buat neb dan sedut selsema kahak. Tak susah mana pun, ikut je arahan doktor. Pang pung pang dalam 20 minit camtu siap lah. InsyaAllah selsema batuk kahak anak korang akan kurang sikit. Sebelum balik ambil ubat dan bayar. Bil tak mahal pun, around RM90-RM150 macam tu. Jangan lupa minta resit untuk buat claim. Hehehe.

Jadi kalau korang nak pergi Klinik Wangsa ni boleh ke alamat ni: 46, Jalan 2A/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Klinik di berdekatan dengan AEON Wangsa Maju. Tak susah pun nak cari Klinik Wangsa ni. 

Ok, itu saja perkongsian untuk kali ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment