Thursday, 19 November 2015

4 Gambar Nasi Lemak Hipster

Assalamualaikum.

Kitorang ada jumpa something dekat internet pasal nasi lemak. Saja la nak kongsi pendapat dengan korang semua. Nasi lemak ni memang makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tapi bila nasi lemak tu dah hilang nilai kemelayuan dan tradisinya. Nasi lemak dah tak rupa nasi lemak. Kadang-kadang kitorang rasa sedih dengan evolusi nasi lemak ni.

Ni antara 4 gambar nasi lemak hipster yang telah diubah oleh segelintir peniaga. Mungkin nak nampak lebih komersial, tapi kitorang rasa cuba kekalkan identiti nasi lemak tu. Takkan kita nak lupakan asal usul nasi lemak tu.

1. Nasi lemak ikat tepi.

2. Nasi lemak dalam cawan

3. Nasi lemak segera

4. Nasi lemak sushi

Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan perubahan bentuk nasi lemak kegemaran korang ni? Kalau boleh cuba kekalkan identiti nasi lemak tu. Dibungkus dengan daun pisang. Tak gitu? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. "Ada perkara yang perlu dikekalkan dan ada perkara yang perlu diubah" - Ramai generasi baru lupa tentang hal ini, bagi mereka semuanya boleh diubah asalkan gaya yang utama ikut peredaran zaman. Hakikatnya mereka sebenarnya TAKUT untuk mempertahankan sesuatu tradisi itu dan terpengaruh dengan jiwa pemikiran asing. :)

    ReplyDelete
  2. Yang penting ada orang beli. Tapi yang nasi lemak dalam cawan tu macam senang nak makan. I mean if i were in rush, i'd simply buy that kind of nasi lemak tho

    ReplyDelete
  3. tu salah satu marketing plan. yg penting rasa tu sama. :)

    ReplyDelete