Wednesday, 25 November 2015

4 Game Rare Zaman Sekolah

Assalamualaikum.

Saja nak imbau zaman sekolah. Selalu kalau cikgu tengah mengajar kat depan. Korang akan fokus belajar atau sibuk main dengan kawan meja sebelah? Rasanya antara korang mesti ada yang mengelat main dengan kawan meja sebelah kan? Hehehe. Baik mengaku korang ada buat. Jangan menipu, tak baik tau!

Kali ni kitorang nak kongsi 4 jenis game rare yang sering kali korang akan main masa cikgu tengah sibuk mengajar. Kalau korang tak pernah main, mungkin korang terlalu urban. Hehehe! Lets check it out!





Macam mana? Pernah tak main game ni? Kitorang ingat nama game BINGO je, game lain lupa dah tajuk dia apa. Hahaha! Zaman sekarang budak-budak sekolah ada lagi tak main game ni? Ke korang bawak ipad pergi sekolah?

Lagend kan game ni? Betul-betul mengamit memori masa sekolah. Kalau masih ingat jom kita main dan kenalkan pada anak-anak kita supaya game ni tak pupus. LOL!

Assalamualaikum.

Tuesday, 24 November 2015

Muzium Wonderfood di Penang

Assalamualaikum.

Nampaknya ada tarikan baru dekat penang. Kitorang jumpa dekat google. Hahaha! Muzium tu adalah Muzium Wonderfood. Tengok dari gambar yang dikongsi dilaman sosial, muzium ni mempamerkan replika makanan bersaiz besar dari manusia. Cool kan?

Ye la, Malaysia ni terkenal dengan makanan dia. Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan. Masa tidur je tak makan. Jadi dari situ la timbulnya ilham nak buat Muzium Wonderfood ni. Tak gitu?

Rasanya Muzium ni baru dibuka. Sebab kitorang pun baru tau wujudnya muzium ni. Info lebih pun kitorang tak tau sangat sebab tak pernah pergi lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan datang ke Penang, nanti kitorang singgah. Jom kita tengok sikit apa yang menarik dekat Muzium Wonderfood.




Foto ikhsan facebook dan instagram

Kalau korang nak pergi Muzium Wonderfood ni, boleh waze alamat ni 49, Lebuh Pantai Penang, Malaysia. Atau boleh contact 012-2251968 untuk tanya kalau sesat. OK? Apa yang pasti kitorang akan datang muzium ni untuk tengok sendiri apa yang menarik dalam tu. Sekian.

Assalamualaikum.

Thursday, 19 November 2015

4 Gambar Nasi Lemak Hipster

Assalamualaikum.

Kitorang ada jumpa something dekat internet pasal nasi lemak. Saja la nak kongsi pendapat dengan korang semua. Nasi lemak ni memang makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tapi bila nasi lemak tu dah hilang nilai kemelayuan dan tradisinya. Nasi lemak dah tak rupa nasi lemak. Kadang-kadang kitorang rasa sedih dengan evolusi nasi lemak ni.

Ni antara 4 gambar nasi lemak hipster yang telah diubah oleh segelintir peniaga. Mungkin nak nampak lebih komersial, tapi kitorang rasa cuba kekalkan identiti nasi lemak tu. Takkan kita nak lupakan asal usul nasi lemak tu.

1. Nasi lemak ikat tepi.

2. Nasi lemak dalam cawan

3. Nasi lemak segera

4. Nasi lemak sushi

Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan perubahan bentuk nasi lemak kegemaran korang ni? Kalau boleh cuba kekalkan identiti nasi lemak tu. Dibungkus dengan daun pisang. Tak gitu? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Assalamualaikum.

Monday, 16 November 2015

Best Vine Compilation 2015 (Dance With Father)

Assalamualaikum.

Kitorang saja nak kongsi video yang kitorang jumpa ni. Kompilasi video vine yang sangat awesome. Video vine ni antara anak dan bapanya. Comel gila ok! Kalau korang tak percaya boleh tengok sendiri. Kitorang tengok gelak-gelak ok.


Cool gila kan? Sporting betul kalau dapat ayah macam ni. So far kitorang rasa ni video kompilasi vine yang sangat awesome dan best! (based apa yang kitorang tengok). Kitorang bagi 5 bintang. Hehehe! Ok dah, tu je.

Assalamualaikum.

Wednesday, 11 November 2015

Top 20 Artis Malaysia Paling Ramai Pengikut di Instagram

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni, kalau korang tak ada buka akaun sosial media. Mungkin korang akan kena gelak sebab rata-rata manusia didunia ni mempunyai akaun di laman sosial. Tak kisah la di Facebook, Twitter, Instagram atau mana-mana aplikasi laman sosial. Janji ada. Mungkin hanya yang dah berumur macam mak ayah kita yang tak buka akaun sosial media ni.

Seiring dengan peredaran masa sekarang ni, lagi ramai pengikut kita dilaman sosial makin berpengaruh la kita. Kiranya kita dikenali ramai. Tak gitu? Jadi kali ni kitorang nak kongsi top 20 artis malaysia yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram. Semuanya melebihi 1 juta pengikut. Nak tau siapa ada lebih 1 juta pengikut tu? Ni dia top 20 yang kitorang dah usha setakat ni (latest update November 2015):

1. Nora Danish / 2.5 juta

2. Emma Maembong / 2.4 juta

3. Scha Alyahya / 2.1 juta

4. Zizan Razak / 2.1 juta

5. Dato' Siti Nurhaliza / 2 juta

6. Lisa Surihani / 2 juta

7. Elfira Loy / 1.9 juta

8. Hanis Zalikha / 1.8 juta

9. Awal Ashaari / 1.6 juta

10. Yana Samsudin / 1.6 juta

11. Fazura / 1.5 juta

12. Nelydia Senrose / 1.5 juta

13. Rozita Che Wan / 1.4 juta

14. Shila Amzah / 1.2 juta

15. Fasha Sandha / 1.2 juta

16. Jozlynn Hanania / 1.2 juta

17. Nabila Huda / 1.1 juta

18. Hairul Azreen / 1.1 juta

19. Aaron Aziz / 1.1 juta

20. Lara Alanaa - 1 juta

Top 5 semuanya melebihi 2 juta pengikut. WOW! Ramai kan? Semuanya artis yang popular. Makan hati sebab ramai sangat pengikut. Yang paling terkejut, anak pelakon dan pengacara terkenal awal dan scha tersenarai dalam top 20 pengikut paling ramai di Instagram. Kecik kecik dah dikenali, belum masuk sekolah lagi tu. Hehehe

Antara top 20 ni, artis yang mana korang minat? Ada follow ke tidak? Hehehe. Kalau korang bermurah hati follow Instagram kitorang juga instagram.com/mrandmrsaidil. Mana tau tahun depan tersenarai dalam top 20 ni. Hahaha!

#berangan

Assalamualaikum.

Monday, 9 November 2015

Klinik Wangsa - Dr Nadir Khan & Rakan-rakan

Assalamualaikum.

Sejak dah jadi babah dan mommy ni, banyak benda kena ambil tau pasal anak. Anak sihat ke tak, nak bawa pergi klinik ke tidak. Sikit-sikit la belajar, ilmu tu seiring bertambah sama macam anak membesar. Tak gitu?

Kepada ibu bapa diluar sana kalau anak korang sakit selsema batuk kahak, kitorang nak suggest korang pergi Klinik Wangsa ni sebab dia ada sediakan perkhidmatan untuk kurangkan selsema batuk kahak tu dengan cara neb dan sedut selsema kahak tu (tak tau la apa nama specific dia).

Masa first time kitorang pergi, klinik ni nampak lama dan hambar. Tapi sekarang dia dah diubah suai menjadi klinik yang lebih selesa dan sedap mata memandang. Tak percaya tengok la sendiri Klinik Wangsa ni.





So far kitorang dah pergi lebih 3 kali sebab anak kitorang kadang-kadang sakit selsema batuk kahak. Kesian diorang kalau bernafas ada bunyi. Jadi kalau rasa macam dah teruk sangat memang kat sini la kitorang bawa untuk sedut selsema kahak tu. Teknik yang digunakan rasanya mudah je, tapi alat dan kepakaran menyedut tu hanya ada pada doktor. 

Apa yang kitorang tau Klinik Wangsa ni milik Dr Nadir Khan dan rakan-rakan. Dr Nadir Khan tak ada hari-hari kat klinik, ada hari-hari tertentu je dia ada. Selebihnya rakan-rakan doktor yang ada kat klinik. Selain Dr Nadir khan, ada juga Dr Halim dan Dr Imran. Doktor lain tak perasan pula. Setakat ni kitorang pernah dapat khidmat Dr Nadir dan Dr Halim. Kedua-dua doktor memang terbaik!

Apa yang perlu korang buat bila pergi Klinik Wangsa ni? Sah-sah nak sedut selsema kahak kan. Ni adalah benda yang korang akan buat bila jumpa doktor dekat Klinik Wangsa ni.

1. Seperti biasa kena la jumpa doktor dulu. Nanti dia bagi consultation dan tanya pasal anak. Dah settle baru dia tanya nak buat neb saja atau nak buat neb dan sedut sekali.

2. Bila dah jumpa doktor, kena buat la buat neb. Fungsi neb ni nak kasi selsema kahak tu cair sebelum disedut. Neb mengambil masa dalam 10-15 minit. Masa ni korang akan kena tahan dan kentalkan diri sebab anak korang akan meronta ronta menangis tak nak kena neb.


3. Selepas kena neb, anak korang akan dibaringkan untuk proses sedut selsema kahak tu. Kena bedung kasi dia tak bertindak agresif. Kalau budak kecik macam ni ok lagi. Cuba bayangkan kalau anak ada 2 3 tahun?

4. Masa ni baru la doktor akan sedut selsema dan kahak yang dah cair lepas neb tu. Doktor akan cuba sedut sebanyak mungkin selsema kahak yang ada. Ambil masa dalam 10-15 minit juga. Masa ni pun sama, anak akan menjerit menangis. 

Ok dah habis. Tu je benda yang akan korang lalui kalau buat neb dan sedut selsema kahak. Tak susah mana pun, ikut je arahan doktor. Pang pung pang dalam 20 minit camtu siap lah. InsyaAllah selsema batuk kahak anak korang akan kurang sikit. Sebelum balik ambil ubat dan bayar. Bil tak mahal pun, around RM90-RM150 macam tu. Jangan lupa minta resit untuk buat claim. Hehehe.

Jadi kalau korang nak pergi Klinik Wangsa ni boleh ke alamat ni: 46, Jalan 2A/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Klinik di berdekatan dengan AEON Wangsa Maju. Tak susah pun nak cari Klinik Wangsa ni. 

Ok, itu saja perkongsian untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Monday, 2 November 2015

Review Foodgasm Fest 2015

Assalamualaikum.

Dengar je pasal foodgasmfest, kitorang dah teruja untuk pergi. Ye la, last year ada buat tapi kitorang tak berkesempatan untuk pergi. Tahun ni diorang ada buat lagi, jadi kitorang tak nak lepaskan peluang lah (punya eksited).


Tapi malangnya masa kitorang nak pergi macam-macam halangan yang berlaku. Bukan kitorang tak pergi ok. Kitorang dah pergi dan dah sampai pun dekat area foodgasmfest tu. Kali ni diorang buat dekat dataran PJ. Ini sebab mengapa kitorang tak jadi pergi foodgasmfest tu:

1. Jalan sesak - lepas je jalan area mid valley jalan dah mula sesak menuju ke amcorp mall tu. bayangkan nak masuk ke dataran pj tu sangat sangat sesak. Macam mana nak sampai lokasi kalau dah berjam-jam sangkut kat tengah jalan?

2. Parking penuh - kitorang tak tau la dalam area dataran PJ tu macam mana. Tapi apa yng kitorang nampak diorang parking sampai dekat tepi jalan dekat federal tu. Kan menggangu laluan orang nak keluar masuk.

3. Tempat yang kurang strategik - mungkin lokasi tu cantik dalam gambar tapi ada fikir tak pengunjung yang datang macam mana? mana diorang nak parking, sesak ke tak kalau nak ke lokasi event? ada buat research tak? Padang tempat event lecak teruk sampai berlumpur sebab kena hujan.

4. Hujan - macam biasa cuaca memang kita tak boleh ramal. Tapi rasanya boleh tau masa buat event tu bakal hujan ke tak. Kan ada ramalan cuaca that day hujan turun ke tak. Tempat lecak bertambah lecak sebab hujan.

5. Harga makanan over price - Walaupun kitorang tak sampai dekat tapak event, rata-rata komen yang dilemparkan dilaman sosial foodgasmfest memberi komen yang negatif pasal harga makanan. Sebangai contoh aiskrem malaysia yang dijual dengan harga RM2.50. Korang rasa berbaloi ke tak?

Ok, rasanya tu je kot sebab kenapa kitorang tak jadi pergi foodgasmfest. Bukan tak nak pergi, tapi bila ada masalah dah timbul, terus kitorang batalkan niat kitorang nak pergi foodgasm tu. Kitorang bukan apa, rasa kesian pada mereka yang datang jauh dari luar KL. Kan?

Jadi bagi ubati kekecewaan kitorang nak pergi foodgasm, kitorang pergi Mid Valley dan buru beberapa jenis makanan yang boleh buat kitorang happy. Nak tau apa makanan buruan tu kena la tengok video kitorang kat bawah ni:

  

Oklah, hope organiser untuk foodgasmfest amek feedback pengunjung untuk perbaiki apa yang dah jadi. Tak salah nak buat event macam ni. Cuma kena buat lebih kajian untuk jalankan event dengan lebih baik. Good luck for next foodgasmfet. Kalau ada lagi. Hehe!

Assalamualaikum.

Sunday, 1 November 2015

Hello mrandmrsaidil.com

Assalamualaikum.

Finally blog kitorang dah tukar kepada dot com. YEAYYY! Selepas beberapa minggu tunggu untuk dapatkan dot com ni, hari ni officially dapat. Jadi lepas ni makin rajin la kitorang update blog. Hehehe.

Thanks to our friend Adam Roslan sebab buat blog kitorang jadi dot com. Kalau korang nak domain dan hosting juga boleh roger adam eh www.rs.my. Murah uols!


Jangan korang malas pula view blog kitorang lepas ni. Hehehe! Selamat berhujung minggu.

Assalamualaikum.