Friday, 16 October 2015

Yeayyy Menang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah babah didil menang "People's Choice Award" setelah short film yang masuk pertandingan "Indiviour Red Ribbon Short Film Competition" tu dapat LIKE paling banyak. Total LIKE adalah dalam 3000 lebih. Penat lelah berhempas pulls pulun promote dan berusaha untuk menang. Hehehe!




Mungkin ada yang mempertikaikan "ala buat banyak fake account boleh la menang, itu bukan people choice tapi own choice". Rasanya penganjur tak ada tetapkan apa-apa peraturan untuk raih LIKE paling banyak. Jadi peserta boleh buat apa saja yang mereka mahukan. Terpulang atas usaha masing-masing. Siapa berusaha lebih, InsyaAllah ganjaran menanti kita. Biar la orang nak cakap apa tapi babah didil dah berusaha untuk menang. Itu pun berkat usaha kawan-kawan dan semua orang yang sudi LIKE short film tu. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah!

Kepada semua yang LIKE short film babah didil. Terima kasih banyak-banyak, semoga tuhan merahmati kalian semua. Duit kemenangan tu akan digunakan sebaiknya. Ada la sikit untuk team babah didil dan selebihnya babah didil nak buat kenduri aqiqah thekhaleeshs. 

Kalau ada competition lain, InsyaAllah kitorang nak join lagi. Mana tau ada rezeki macam ni kan. Jangan malas untuk mencuba sebab kita tak tau rezeki kita ada kat mana. Hehehe!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment