Tuesday, 20 October 2015

Tips Ketika Jerebu

Assalamualaikum.

Seminggu dua ni Malaysia tengah alami musim jerebu. Jerebu ni tak elok sebab boleh jejaskan kesihatan kita lagi-lagi yang ada penyakit asma. Bacaan ipu jerebu sekarang ni agak teruk sampai sekolah tutup. Jadi sama-sama la kita jaga la kesihatan bila musim jerebu ni.


Jadi kitorang nak kongsikan beberapa tips yang boleh korang amalkan bila datangnya musim jerebu. Lets check it out!

  1. Kurangkan aktiviti luar - dah jerebu kan, kalau boleh duduk dalam rumah je. Kalau keluar nanti hirup udara tak sihat korang pun sakit.
  2. Pakai penutup muka - kalau dah terpaksa keluar rumah macam nak pergi kerja atau keluar beli barang/makanan, keluar je la. Tapi kena ambil langkah pencegahan dengan memakai penutup muka. Kurang sikit hirup udara jerebu tu.
  3. Pastikan ruangan rumah/bangunan sentiasa bersih - kalau ada ahli keluarga yang merokok tu nasihatkan la berhenti atau kurangkan merokok. Sebab asap rokok tu sendiri akan tambahkan lagi kekotoran udara.
  4. Sentiasa basuh tangan dan muka - kalau dah kena jerebu, mesti tak bersihkan. Kena la sentiasa bersih muka dan tangan tu. Cuci sekerap mungkin dengan sabu. Barulah bersih!
  5. Banyakkan minim air kosong - bila jerebu ni, lebihkan minum air kosong. Jadi badan tak adalah cepat lemah dan sentiasa segar. Ye la, dah sedut jerebu. Kena la neutralkan balik badan dengan minum air kosong. Kena minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Ok itu saja tips yang kitorang nak kongsikan. Jadi korang jaga kesihatan ok. Kalau jerebu teruk sangat, duduk je rumah. Comfirm sihat dan selamat. Jaga kesihatan ok!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment