Friday, 23 October 2015

Setapak Central

Assalamualaikum.

Pernah dengar Setapak Central? Kalau tak pernah dengar ni kitorang nak bagi tau. Sebenarnya dulu dikenali dengan KL Festival City, tapi kini dah di tukar kepada Setapak Central. Mungkin rebrand atau dah tukar management baru. Itu kitorang tak pasti. Yang pastinya KL Festival City dah tak ada, yang ada adalah Setapak Central. Ok?

Rasanya tak ada apa yang berubah melainkan nama tempat tu. Yang lain tetap sama. Dalam Setapak Central ada Parkson, Econsave dan bermacam-macam butik macam H&M, Cotton On, Al-Ikhsan, F.O.S, Giordano, Reject Shop, Polo Hauz dan banyak lagi. Tempat makan pun best ada Texas Chicken, Secret Recipe, Kenny Rogers, Seoul Garden dan lain-lain. Selain nak shopping dan makan, kat situ ada juga MBO cinema.



Jadi lepas ni kalau ada orang tanya kat mana Setapak Central boleh la korang jawab kat mana. Lokasi masih sama di Jalan Genting Klang dan Jalan Taman Ibu Kota. Setapak Central ni juga dekat sangat dengan Uptown Danau Kota. Ok? Take note atas perubahan nama tempat ni.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment