Tuesday, 27 October 2015

Movie Review : Love, Supermoon

Assalamualaikum.

Jarang sekali kitorang nak keluar pergi menonton wayang. Tapi kalau ada yang ajak dan free. Memang kitorang akan cepat-cepat pergi tengok. Hahaha! Ok untuk movie review kali ni, kitorang review pasal filem Love, Supermoon.


Ok filem ni best sebab kelakar. Kelakar yang boleh diterima pakai. Tak hambar. Jalan cerita yang tak susah untuk difahamkan. Plot cerita yang tak bosan. Tak melalut sangat. Filem yang tak berat untuk difikirkan. Pastu gandingan pelakon yang serasi. Overall memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Memang kena la dengan tema filem romantik paling kelakar 2015 tu. Kitorang bagi 4 bintang. YEAYYY!


Nak review lain? Korang tengok la video kat atas ni. Ni review dari kawan kitorang acap. Dia ni bagi review pun memang ikhlas dan terlalu telus. Jadi korang pun boleh bagi review lepas tonton filem ni sendiri.

By the way, masa kitorang tengok wayang tu pelakon yang memegang watak triz lakonan nadiya nisaa ada sekali menonton dalam panggung tu. Apa lagi, lepas habis movie kitorang selfie la. hehehe.


Kalau korang ada free time tu pergi wayang tonton filem Love, Supermoon ni. Confirm tak rugi duit korang tu. Sama-sama kita sokong filem buatan tempatan. Ok? Dah-dah pergi wayang cepat!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment