Tuesday, 13 October 2015

Makan Steamboat Cucuk di Dataran Bandaraya Johor Bahru

Assalamualaikum.

Nampaknya entry blog kali ni pasal makan lagi. Jangan marah ya! Hahaha. Since mood pergi Johor Bahru masih ada, kitorang share pula tempat makan lain yang ada di JB ni. Mungkin ni adalah tempat yang famous buat warga JB untuk chill dan lepak-lepak santai untuk makan yang tak berapa nak berat. Tempat tu adalah Dataran Bandaraya Johor Bahru, menyajikan steamboat cucuk yang dijual atas mini lori (mini ke?).

Kat dataran tu, ada banyak lori yang jual steamboat cucuk ni. Ada lebih 10 lori rasanya. Korang kena pandai pilih nak makan dekat lori yang mana satu. Setiap lori jual benda yang sama. Yang membezakannya adalah kuah cicah steamboat tu. Harga steamboat cucuk ni pun berlainan harga ikut warna lidi yang diletak warna. Contohnya lidi ada warna merah RM3, lidi ada warna biru RM2 dan lidi ada warna hitam RM1 (ni contoh je).  Lagi banyak korang ambil lagi banyak la korang kena bayar. Hehe







Selain steamboat cucuk, ada juga diorang jual makanan lain seperti char kuey tiaw, rojak buah, otak-otak dan lain-lain lagi. So macam mana? Teruja tak tengok steamboat cucuk ni? Apa yang boleh kitorang cakap steamboat cucuk ni not bad la untuk korang makan. Untuk santai-santai borak sambil makan tu memang ok sangat. Tak serabut kepala nak fikir. Kitorang bagi 3 bintang!

Jadi kalau korang datang JB singgah la, senang je nak pegi Dataran Bandaraya Johor Bahru ni. Jalan depan sikit dari Danga Bay sebelum hospital. Kalau tak tau, korang waze je la eh. Confirm sampai! Sebelum balik kitorang belanja selfie seketul!


Ok dah. Next post kitorang janji tak cerita pasal makanan dah. Kitorang akan share pasal benda lain pula. Hehehe.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment