Saturday, 10 October 2015

Makan di Restoran Thai Base

Assalamualaikum.

Kalau bab makan ni, kitorang memang nombor 1. Hahaha! Sebenarnya dah banyak kali kitorang makan kat restoran ni. Jadi kitorang ambil keputusan nak review makanan yang ada dekat restoran ni. Restoran yang kitorang maksudkan adalah restoran Thai Base yang terletak di Bandar Sri Damansara.

Restoran ni ada menyediakan pelbagai jenis masakan yang berunsurkan ayam, daging dan makanan laut (ketam je tak ada). Sebab banyak sangat jenis makanan yang ada, korang akan pening nak order apa nanti. Bagi kitorang SEMUA SEDAP! Seriously tak tipu. Korang kena datang banyak kali untuk cuba semua masakan yang ada. Yang paling penting suasana restoran ni selesa.

Haritu kitorang makan dalam 10 orang. Family dinner gitu. Jadi kitorang order la beberapa jenis masakan seperti udang butter, ayam masak kicap, daging lada hitam, daging masak merah, kerabu mangga, asparagus masak belacan dan nasi putih. Order banyak-banyak ni pun still ada lebih sebab portion dia banyak.







Macam mana? Menarik tak makanan yang ada kat restoran Thai Base ni? Tengok gambar je dah meleleh air liur. Kan? Kitorang sarankan korang cuba makan sini. Kitorang bagi 5 bintang dekat semua makanan yang ada dekat restoran Thai Base ni. MEMANG TERBAIK! 


Kalau korang nak pergi ni alamat restoran tu: No. 7&8 Jalan Tanjung SD13/2, Bandar Sri Damansara,  52200 selangor. Boleh call 03.6272.1184 atau 03.6272.7475 untuk buat reservation awal. Datang tau. Korang tak akan rasa menyesal kalau dah cuba makan kat sini. Seriously tak tipu! Kena yakin dengan kitorang. Hahahaha! Itu saja untuk kali ni.

Assalamualaikum.

Nota kaki: kalau sesiapa nak jemput kitorang buat food review. Jangan segan silu jemput ok!

No comments:

Post a comment