Monday, 12 October 2015

Makan di Restoran BIGFOOD Johor Bahru

Assalamualaikum.

Masa kitorang kat JB, seperti biasa kitorang mesti akan cari cafe hispter untuk kitorang cuba dan buat review. Kitorang pun tweet la kat twitter tanya kat mana ada cafe hispter kat JB ni. Sebaik ada yang reply tweet. Some of them jawab  pergi la " Cats Cafe, BIGFOOD ". Fikir punya fikir, kitorang decide pergi makan dekat BIGFOOD sebab dekat dengan hotel kitorang.

Ok jom buat review!


Melihat restoran BIGFOOD ni, kitorang rasa ianya cukup hispter untuk anak-anak muda dan para mak bapak datang untuk makan sambil menikmati suasana ala-ala urban di kota Kuala Lumpur. Lokasi yang strategi sebab dekat corner lot. Restoran ni tak susah nak cari dan parking pun ada disekitar restoran. 


Interior dalam restoran ni pula sedap mata memandang. Tak serabut dan konsep yang simple ala-ala vintage tak vintage sangat. Lampu kuning buat suasana dalam restoran nampak tenang dan santai. Overall tak mengecewakan. Yang penting ada aircond! 



Macam mana pula dengan makanan di Restoran BIGFOOD ni? Lihat la gambar diatas. Itu la yang kitorang makan. Nampak lazat kan? Nyum Nyum. Bila makanan sampai atas meja kitorang terus kata "WOW" banyaknya. Dah nama Restoran BIGFOOD, mesti la portion dia besar. Rasa makanan dia pula? Emmm, kitorang rasa, kitorang rasa, kitorang rasa, not bad la sedap juga. Boleh makan dan ada rasa. Kitorang bagi 3.5 bintang. Mungkin kena cuba semua jenis makanan baru boleh cakap sedap ke tak. Kalau kita rasa satu dua menu saja kita tak boleh judge kan? 

Tapi apa yang menarik perhatian kitorang adalah dessert diorang. Kek diorang nampak sangat lazat dan mengancam. Terliur juga la kitorang tengok. Tapi malangnya kitorang tak sempat nak order sebab perut dan kenyang. Hahaha!

Overall, BIGFOOD tak mengecewakan. Kitorang rasa cukup hispter bila lepak makan dekat BIGFOOD ni. Seperti biasa sebelum balik kitorang belanja selfie seketul. Tu kiranya bukti kitorang penah sampai dan makan kat situ.


Jadi kalau korang datang Johor Bahru jangan lupa singgah dan cuba makan dekat BIGFOOD ni. Kitorang rekemen korang makan situ. OK! Ni alamat dia: No 1 Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Heights, 80200 Johor Bahru.

Selamat mencuba!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a comment